
Nantikan drama bersiri ‘Camelia’ yg akan disiarkan di slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce dan Hafidz Roshdi. Diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Akan menemui penonton bermula 16 Januari, setiap Isnin sehingga Khamis pukul 10 malam.
TAJUK : CAMELIA
EPISOD : 15 episod
MULA SIARAN : 16 Januari 2020.
WAKTU TAYANGAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SALURAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Azlina Pa’wan
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Saphire Screen Sdn Bhd
PELAKON : Saharul Ridzwan, Diana Danielle, Ain Edruce, Hafidz Roshdi, Lisdawati , Zarina Zainuddin, Ainina Ahmad, Aidil Aziz, Qistina Raisah, Puteri Balqis, Redzwan Adha, Mak Engku
WATAK PELAKON
Saharul Ridzwan sbg Malik
Diana Danielle sbg Camelia / Mariam
Ain Edruce sbg Marina
Hafidz Roshdi sbg Dr Azman
Lisdawati sbg Zakiah / Mak Su
Puteri Balqis sbg Mariam
Redzwan Adha sbg Malik
SINOPSIS CAMELIA
Pd thn 1999, 3 adik-beradik, Malik, Mariam dan Marina tinggal bersama ibubapa mereka, Halim dan Zainab, dan nenek sebelah mak mereka, Tok Su. Mereka bukan keluarga kaya, mengerjakan sawah yg dipajak.
Mariam tertekan semenjak kecil kerana selalu dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su sering lebihkan adiknya, Marina yg dikatakan amat cantik berbanding dirinya.
Walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik berada dipihaknya Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga membuatkan Mariam trauma. Tekanan dan trauma yg berterusan kemudiannya telah menyebabkan Mariam memiliki ‘split identiti’.
Identiti dimana dia mahu kelihatan lebih cantik drpd Marina. Identiti yg bernama ‘Camelia’. Camelia mula menguasai diri Mariam dlm usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina.
Malik yg akhirnya menjadi suami Mariam harus berusaha utk mengembalikan Mariam sebelum Camelia mengambil alih sepenuhnya badan Mariam. Malik berharap kekuatan cinta mereka berdua yg dipupuk sedr kecil dptmengalahkan ‘Camelia’.
