Drama Adaptasi Novel – Kan Ku Kejar Cintamu

dramaBnovelBkanBkukejarBcintamu - Drama Adaptasi Novel - Kan Ku Kejar Cintamu

Salam drama. Nantikan tayangan pd 17/12/2018 di Astro Mega Drama.
Sinopsis:
Kan Kukejar Cinta Kamu (KKCK) ni nampaknya membawa kita menyelami perkahwinan tanpa restu keluarga. Tambahan pula kedua keluarga saling bermusuh sejak sekian lama atas suatu salah faham yg tidak dileraikan.


Alma Hakim (Alma) berkahwin dgn Mukramin Raiyan (Ray) di Ireland 3 bulan sebelum mereka kembali ke Malaysia sejurus selepas menamatkan pengajian. Yg tragiknya, sehari selepas mereka kembali ke tanahair, Ray mengalami kemalangan dan disahkan amnesia. Kat sinilah cabaran macam mana Alma nak kembali ke dlm hidup Ray. Nek bonda (atau dipanggil Nenek Hitler), orang yg punya kuasa veto dlm keluarga Raqib tahu Ray dah berkahwin dgn Alma tapi sebab berdendam dgn keluarga Alma, Nek Bonda berusaha merahsiakan kewujudan Alma drpada Ray. Sejarah hidup Ray pun habis di ‘alter’nya semata-mata mahu menafikan kewujudan Alma drpada hidup Ray.

Usaha demi usaha Alma berbaloi, bila dia berjaya menemukan dirinya dgn Ray di kelab malam yg biasa dikunjungi oleh Ray utk menemukan semula memorinya yg hilang. Pertemuan kedua kalinya lepas tu pula menemukan Datuk Seri Hakim (bapa Alma) dgn Nek Bonda Ray. Dari situ Ray tahu keluarganya ada masalah dgn keluarga Alma. Tapi dlm masa yg sama Ray ada terasa ‘sesuatu’ antara dia dan Alma.

Alma ni pula memang jenis selamba. Dia suka buat sesuatu perkara ikut rasa hati dia je. Jadi, bila tahu Ray amnesia, dia berusaha menggoda Ray sampai berjaya buat Ray tewas dgn godaan dia. Heh. Yg kejamnya, Ray dah siap sedia dgn video camera utk rakamkan adegan intim mereka tu. Bila keluarga Raqib berjaya beli saham syarikat bapa Alma, Ray gunakan video tu utk mengugut Datuk Seri Hakim supaya melepaskan pegangan sahamnya dlm syarikat tu. Datuk Seri Hakim sangat kecewa sampai kena serangan jantung. Adik Alma, Faris pun kemalangan dlm masa yg sama angkara orang upahan Nek Bonda. Alma yg rasa dia patut bertanggungjawab atas semua kejadian yg menimpa keluarganya, menghilangkan diri selama 2 thn. Sebelum tu dia sempat mengamuk di pejabat Ray dan berterus terang dgn Ray tentang status hubungan mereka.

Lepas 2 thn Alma kembali utk menuntut cerai drpada Ray sejurus lepas akhbar siarkan berita yg Ray akan melangsungkan perkahwinan dlm masa terdekat. Dah tentulah dgn gadis pilihan Nek Bonda si Dilaila tu. Yg menjadi masalahnya sekarang, perkahwinan mereka belum didaftarkan. Jadi, macam mana nak failkan perceraian? Masa inilah Ray memerangkap Alma dgn perjanjian yg agak berat sebelah, tapi sebenarnya bawa banyak kelebihan utk Alma dlm usaha nak ‘mengikat’ Ray semula.

Masa inilah Alma berusaha mendekatkan diri dgn Ray walaupun banyak sangat prasangka drpada pihak Ray. Kesian Alma, dahla kena buang keluarga, Ray pulak asyik ingat Alma berkahwin dgn dia sebab nak perangkap keluarga dia. Dlm masa yg sama Alma berusaha mencari punca dan menyelesaikan masalah kedua-dua buah keluarga. Tabah betul Alma ni.

Siapa agaknya yg membongkar rahsia keluarga Raqib? Bagaimana penerimaan Nek Bonda bila kebenaran terbongkar? Berjaya tak agaknya ingatan Ray dipulihkan? Dapatkah perkahwinan mereka diselamatkan? Hehe. Kisah kali ni diakhiri dgn scene yg agak nakal. 😉

credit to Hajar.

Terbitan: Global Station
Arahan: Yusry Abdul Halim

Lakonan:

pelakonBkanBkuBkejarBcintamu - Drama Adaptasi Novel - Kan Ku Kejar Cintamu


  • Fendy Bakry – 
kanBkukejarBcintaBkamu - Drama Adaptasi Novel - Kan Ku Kejar Cintamu

  • Amyra Rosli- Alma Binti Datuk Seri Hakim
  • Natasha Mahya
pelakonBkanBkuBkejarBcintamu 1 - Drama Adaptasi Novel - Kan Ku Kejar Cintamu
kanBkukejarBcintaBkamu 1 - Drama Adaptasi Novel - Kan Ku Kejar Cintamu

pelakonBkanBkuBkejarBcintamu 2 - Drama Adaptasi Novel - Kan Ku Kejar Cintamu
dramaBnovelBkanBkukejarBcintamu 1 - Drama Adaptasi Novel - Kan Ku Kejar Cintamu

admya:
amyra rosli akan jadi heroin drama ni

follow admin di facebook

Loading...

Tags: #Adaptasi #CINTAMU #drama #Kejar #Novel

author
Author: 
    Ratu Kebaya Masuk U | Telefilem Komedi Lakonan Ruhainies
    JUDUL : RATU KEBAYA MASUK U WAKTU SIARAN : Jumaat, 12 Januari 2018.
    Kompilasi 52 LAWAK Dubbing ajqhrs (@ajqhrs ig)
    Episod Penuh di http://www.layanon9.pro/ Like facebook page kami di https://www.facebook.com/layanon9 Follow kami di
    Rizki DA & Lesti DA – Rindu Berat | Tour Dangdut Vaganza
    Rizki DA & Lesti DA menyanyikan lagu Rindu Berat di Tour Dangdut Vaganza
    Biodata Pemain Anak Langit SCTV
    Berikut video biodata lengkap para pemain sinetron Anak Langit di SCTV Rating video:

    Leave a reply "Drama Adaptasi Novel – Kan Ku Kejar Cintamu"