Dr Maszlee Malik Ikrar Perbaiki Sistem Pendidikan Negara

imageB252822529 - Dr Maszlee Malik Ikrar Perbaiki Sistem Pendidikan Negara

KUALA LUMPUR, 27 Dis — “Berazam memperbaiki sistem pendidikan termasuk meringankan beban guru”, itu ikrar Dr Maszlee Malik apabila dilantik sbg Menteri Pendidikan pd Mei lalu.

Sepanjang enam bln menerajui kementerian, anggota Parlimen Simpang Renggam itu dihujani pelbagai kontroversi namun beliau tetap mendapat sokongan pelbagai pihak dgn menyifatkan Maszlee berpengalaman luas dlm bidang pendidikan.

Bermula dgn kasut hitam pelajar, susulan keluhan drpada ibu bapa yg mengadu mengenai kebersihan kasut putih dipakai anak mereka, kementerian pd Oktober lalu bersetuju melaksanakan pemakaian kasut hitam utk murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara berkuat kuasa sepenuhnya mulai 2021.

Kontroversi terbaru ialah dakwaan beliau dipetik di luar konteks dlm isu memasukkan skandal 1MDB dlm sejarah negara.

Turut mendapat perhatian, cadangan pelajar menggunakan kolam renang hotel utk aktiviti mereka, yg ditolak pengusaha hotel. Walaupun cadangan itu mengundang polemik orang ramai, namun ia merupakan antara berita gembira diumumkan Maszlee selain mewujudkan kegiatan kokurikulum belajar berenang yg akan diajar kepada sekolah berhampiran kemudahan kolam renang awam.

Turut diasak sebelum itu serangan psikologi drpada netizen apabila mereka tidak bersetuju dgn pelantikan Maszlee sbg Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketujuh walaupun mendapat perkenan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Ketua Perlembagaan universiti itu.

Bagaimanapun, bekas profesor madya di Jabatan Sains Politik di UIAM itu akhirnya meletakkan jawatan presiden berkenaan.

Maszlee berpendapat bahawa sistem pendidikan negara perlu disuntik dgn kaedah baharu selain tidak harus terlalu tertumpu kepada kedudukan dan peperiksaan.

Menganggap penyenaraian nama dlm barisan 14 anggota kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sbg suatu penghormatan, Maszlee komited melakukan transformasi sistem pendidikan negara dgn menerapkan elemen penting iaitu sistem pendidikan berteraskan teknologi dan penekanan berkaitan Bahasa Inggeris.

Menurutnya, perkara itu menjadi fokus kementeriannya selaras dgn aspirasi Dr Mahathir yg mahu memberi penekanan keperluan utk menguasai pelbagai bahasa bermula dr bangku sekolah.

Agenda memperkasakan pendidikan diteruskan kementerian dgn pelantikan 13 individu terdiri drpada anggota akademik dan pakar utk menganggotai Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKDPN) pd Oktober lalu sbg badan bebas bg mengkaji dasar berkenaan.

JKDPN diwujudkan susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pd 6 Jun lalu, mula berkuat kuasa pd Oktober 2018 sehingga April 2019 itu berperanan memberi syor dr sudut kajian bebas melalui perspektif mereka mengenai pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara secara menyeluruh.

JKDPN yg dipengerusikan Presiden Pertubuhan Pentadbiran dan Pengurusan Pendidikan Malaysia yg juga Timbalan Naib Canselor Inti-UC Laureate International Universities, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid itu turut dianggotai Dr Madeline Berma dr Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Universiti Islam Antarabangsa Prof Datuk Dr Ab Halim Tamuri.

Menyentuh isu pembayaran semula pinjaman pendidikan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan kaedah bayaran balik pinjaman secara progresif atau potongan gaji berjadual (PGB) bermula Januari 2019

Kaedah PGB itu akan dilaksanakan mengikut peratus potongan drpada gaji peminjam apabila gaji mencecah RM2,000 sebulan dan peratus potongan adalah antara dua peratus sehingga 15 peratus.

Menerusi Belanjawan 2019 yg dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat baru-baru ini, Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM60.2 bilion selaras dasar kerajaan menghasilkan suasana pendidikan yg lebih berkualiti di semua peringkat.

Peruntukan itu disambut baik pelbagai pihak antaranya Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Datuk Mohamad Ali Hasan yg berpendapat ia menjadi bukti bahawa kerajaan Pakatan Harapan memberi keutamaan kepada sektor pendidikan negara. — BERNAMA

loading…

Loading...

Tags: #Ikrar #Malik #Maszlee #Negara #Pendidikan #Perbaiki #sistem

author
Author: 
    Sebelum Ditangkap Karena Narkoba, Artis Cantik Ini Sempat Diajak Ngamar! Begini Jawabnya!
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr aktris dan model cantik Vitalia Sesha. Setelah
    3 Artis Ini Sindir Pedas Anies Soal Banjir Jakarta, No 3 Sebut Pengurus Jakarta Bodoh!
    slidegossip.com – Hujan yg melanda kawasan Jakarta dan sekitarnya sejak Senin (24/2/2020) mengakibatkan
    Warganya Kebanjiran, Ridwan Kamil Asyik Tiktok Dgn Cinta Laura, Netizen: Banjir Urusin Pak!
    slidegossip.com – Baru-baru ini, video Gubernur Jawa Barat, Ridwan Kamil yg sedang asyik
    Ini Foto Trianeta Henuk, Penyanyi yg Tega Memukul dan Menendang Kepala Ibu Kandungnya!
    slidegossip.com – Mungkin gadis ini lupa kalau surga itu ada di telapak kaki

    Leave a reply "Dr Maszlee Malik Ikrar Perbaiki Sistem Pendidikan Negara"