Dr. Mahathir ada sebut PPSMI ke? – Guan Eng

7BB156B7 C55F 43D0 9218 EFBACD78F548 - Dr. Mahathir ada sebut PPSMI ke? - Guan Eng

Rancangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad utk mengembalikan semula pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dlm bahasa Inggeris (PPSMI) terus mendapat kritikan.

Dan persoalan sama ada ia dibincangkan dlm mesyuarat kabinet bersama jemaah menteri juga turut dibangkitkan.

Mengulas persoalan itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata cadangan mengenai pelaksanaan semula PPSMI memang ada dibangkitkan dlm mesyuarat kabinet.

Ditanya bilakah hal itu dibangkitkan, Lim memberitahu, ia berlaku “beberapa ketika dulu”.

Bagaimanapun, diminta mengulas lanjut perkara tersebut, setiausaha agung DAP itu berkata beliau tidak pasti mengenai apa yg sebenarnya dinyatakan Mahathir.

“Adakah dia menyebut mengenai PPSMI? Saya perlu semak (perkara tersebut), kerana laporan itu blh jadi salah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek menaik taraf Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier (SPCT) di George Town, Pulau Pinang, hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Jeffrey Chew.

Lim berkata demikian sbg mengulas rakaman video kenyataan dibuat Mahathir berkenaan perkara itu, yg dimuat naik di YouTube rasminya kelmarin.

Perdana menteri semasa mesyuarat khas bersama Kumpulan Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya menekankan tentang perlunya menggunakan bahasa Inggeris dlm pengajaran subjek Sains dan Matematik.

Mahathir yg juga pemangku menteri pendidikan berkata, langkah itu sejajar dgn hasrat kerajaan utk menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dan penguasaan bahasa itu dlm sistem pendidikan negara.

Mengulas lanjut, Lim berkata DAP memberikan pilihan kepada ibu bapa utk membuat keputusan mengenai pelaksanaan semula PPSMI.

“Saya yakin cadangan perdana menteri itu bertujuan memperkuat pengajaran Sains dan Matematik.

“Bagaimanapun, kita akan bincangkan perkara itu lagi dlm kabinet,” kata Lim.

Dasar PPSMI yg diperkenalkan pd 2003 tetapi digantikan dgn dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) secara berperingkat mulai 2010.


Loading...

Tags: #Guan #Mahathir #PPSMI #Sebut

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.