Imej via GPS Bestari |
PETALING JAYA: Kumpulan pendidikan Cina menentang penambahan unit baru dlm subjek Bahasa Melayu (BM) thn depan yg bertujuan mendedahkan pelajar sekolah vernakular seluruh negara kepada seni khat, satu bentuk tulisan kaligrafi Melayu-Arab.
Unit itu akan bermula thn depan sbg sebahagian drpada subjek BM Thn 4, walaupun difahamkan pelajar tidak akan menjalani ujian utk kemahiran mereka menulis khat.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) juga menyambut baik keputusan itu, dgn guru sudahpun menjalani latihan mengajar khat.
Tetapi Dong Zong dan Jiao Zong (DZJ), kumpulan yg mewakili kepentingan sekolah Cina seluruh negara menentang keputusan itu, dan sudah menggerakkan kumpulan kepentingan yg sama termasuk yg mewakili sekolah Tamil.
Mereka mendakwa “khat” sbg sebahagian drpada sukatan BM adalah “tidak sesuai”, mengatakan tidak ada hubungan secara langsung antara seni khat dan BM.
“Jadi, tidak mungkin utk meningkatkan penguasaan BM murid melalui pengajaran khat,” kata DZJ.
Kumpulan itu bagaimanapun berkata mereka gembira melihat kebudayaan semua kumpulan etnik, termasuk kaligrafi dipelajari semua kaum.
“Namun, kami tidak setuju jika pembelajaran kebudayaan tersebut diwajibkan,” kata DZJ.
Ia berkata jika kementerian ingin memperkenalkan seni khat itu, memadai sekadar pengenalan secara ringkas dan harus dimasukkan dlm subjek Pendidikan Seni.
“Kami menyokong usaha kerajaan utk mewujudkan interaksi kaum di sekolah tetapi menentang dgn tegas terhadap penambahan unit dan kandungan yg membebankan guru dan murid,” kata DZJ.
Tags: #Dong #khat #Pengenalan #Seni #Sokong #subjek #Zhong