DONAT GEBU

DONAT GEBU,5 / 5 ( 1votes )

Assalamualaikum, 

Salam jumaat penghulu segala hari. Perkongsian resipi utk petang ini adalah Donat Gebu. Enak dimakan begitu sahaja, disalut dgn gula kastor ataupun di hias dgn toping coklat. Ada banyak resipi donat dlm blog ini dan utk langkah demi langkah cara membuatnya blhlah click dipautan INI 

Untuk resipinya blhlah ikut dibawah ini. Selamat mencuba ye 😉 

DonatBGebu. - DONAT GEBU
DONAT GEBU 
Bahan-bahan
160gm tepung gandum 
2 sudu besar mentega
1 sudu teh serbuk penaik 
2 sudu besar gula pasir

1 ½ sudu teh yis
60ml susu segar 
1 biji telur 
½ sudu teh esen vanila

Hiasan : Coklat masakan secukupnya – cairkan (double boil)
Kacang badam cincang secukupnya


Cara membuat :

1. Dlm bekas, masukkan susu segar, yis dan gula. Biarkan sehingga berbuih

2. Gunakan bekas yg lain, masukkan tepung. Buat lubang ditengah-tengahnya dan pecahkan telur. Masukkan juga esen vanila.

3. Seterusnya tuang campuran susu segar dan yis tadi kedalam tepung dan mulalah menguli. Masukkan juga mentega dan uli selama 15minit atau sehingga doh menjadi licin dan tidak melekat pd bekas.

4. Rehat doh selama 45 minit dan tutup bekas adunan dgn tuala dapur. Setelah cukup masa, keluarkan doh dan tumbuk utk keluarkan angin.

5. Canai doh jangan terlalu nipis atau tebal. Terap menggunakan penerap donat dan rehatkan lagi dlm 30minit.

6. Goreng dlm api sederhana sehingga masak dan setelah sejuk salutkan dgn gula kastor atau blh juga disalut dgn coklat masakan yg telah dicairkan. Blh taburkan badam cincang.

Nota : Jika adunan lembik dan melekat pd tangan semasa menguli, tekapkan tangan anda pd tepung dan teruskan menguli.
Loading...

Tags: #Donat #Gebu

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "DONAT GEBU"