Doktor saran suntikan vaksin syarat utk murid daftar sekolah

Loading...

ZOL 6839 1 - Doktor saran suntikan vaksin syarat utk murid daftar sekolah
Imej via Google Images

KUALA LUMPUR: Tiada suntikan vaksin, tiada sesi persekolahan bg anak-anak yg ibu bapa mereka enggan membenarkan pengambilan suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian baru-baru ini, demikian saranan penggiat industri kesihatan.

Saranan itu adalah antara gesaan mereka berikutan rancangan Kementerian Kesihatan utk membentangkan cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan.

Presiden Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berkata, sudah sampai masanya suntikan vaksin imunisasi ini diwajibkan sebelum kanak-kanak menyertai alam persekolahan kerana ia telah melibatkan kematian dan blh menjadi epidemik jika tidak ditangani dgn baik.

“Suntikan vaksin imunisasi ini perlu mandatori. Ia melibatkan kematian dan ia perkara serius kerana penyakit seperti difteria, ia blh berjangkit jika tersebar,” katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad semalam, bahawa pihaknya akan membentangkan cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan.

Menurutnya, kementerian mendapat ‘desakan’ kuat pelbagai pihak supaya kerajaan mempertimbangkan mewajibkan imunisasi vaksin berikutan keengganan ibu bapa mengambil suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian.

Ketika ini, tidak menjadi satu kewajiban atau mandatori kepada kanak-kanak utk divaksin sebelum dibenarkan masuk ke sesi persekolahan dan ia terpulang kepada pihak sekolah utk melakukan pemeriksaan atau pengesahan lanjut.

Mengulas mengenai perkara ini, Dr Ahmad Shukri berkata, jika ibu bapa masih berdegil dan ingin terus menghantar anak-anak ke sekolah walaupun tanpa pengambilan suntikan vaksin, pihak sekolah blh mengeluarkan surat kebenaran supaya pusat kesihatan memberikan vaksin kepada anak mereka.

“Ia melibatkan kebenaran ibu bapa, jika tidak, anak mereka akan menyebarkan pelbagai penyakit kerana tidak divaksin sebelum ini. Jika masih lagi tidak mahu memberi kebenaran, maka pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika ada kematian melibatkan mana-mana pihak,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden I-MEDIK Malaysia, Prof Dr Azizi Ayob berkata cadangan supaya mewajibkan kanak-kanak yg ingin mendaftarkan diri di sekolah supaya mengemukakan rekod imunisasi adalah baik kerana ia blh mengelakkan mereka menjadi ejen penyebar penyakit yg blh dicegah.

Beliau juga berkata terdapat keperluan utk mewujudkan undang-undang supaya ibu bapa patuh kepada jadual imunusasi di negara ini supaya ‘herd imunusation’ iaitu 95 peratus komuniti divaksin dpt dicapai.

“Kita tidak blh melarang kumpulan antivaksin kerana tiada akta melarang. Kebanyakan mereka berkomunikasi menerusi media sosial. Apa yg blh dilakukan ialah mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya suntikan vaksin,” katanya.

Dalam pd itu, Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin pula berkata, tindakan ibu bapa yg terdiri drpada kumpulan antivaksin, yg mempercayai maklumat drpada internet berbanding pihak yg layak memberi maklumat mengenai vaksin hanya akan membahayakan masyarakat.

“Jika kita benarkan terlalu ramai individu yg tidak mengambil vaksin, itu bermakna kita membenarkan penyakit utk terus berjangkit. Apabila kumpulan antivaksin ini menjadi besar, mereka mempengaruhi inidividu lain sedangkan mereka tiada kredibiliti utk memberi penerangan mengenai perkara itu ,” katanya.

Dilapor, lima lagi kanak-kanak disyaki positif jangkitan difteria dan kini ditahan di wad isolasi pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Baharu dan kesemua kanak-kanak berkenaan termasuk tiga perempuan berusia bawah empat thn itu, dikesan positif jangkitan difteria susulan saringan terhadap 52 individu oleh Jabatan Kesihatan negeri.

Seorang drpada mangsa yg positif adalah kakak kepada budak lelaki berusia dua thn satu bln yg meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria, Selasa lalu.

– BERNAMA

Loading...

Tags: #Daftar #Doktor #Murid #saran #Sekolah #suntikan #syarat #Vaksin

author
Author: 
    FG Walet Bird’s Nest Meluaskan Empayar Di Johor Bharu
    Assalamualaikum, Kebaikan sarang burung kepada kulit muka & kesihatan badan memang sudah terkenal
    7 Seleb Ini Ganti Nama Setelah Masuk Islam, Namanya Jadi Indah Banget!
    slidegossip.com – Memilih agama atau keyakinan memang sudah menjadi hak pribadi masing-masing orang,
    Dulu Laris Manis Jadi Artis Sinetron, Lama Tak Muncul Malah Jualan Kopi dan Rempeyek!
    slidegossip.com – Nasib orang siapa yg bisa tahu, terkadang berada di atas, di
    Download Round-Up 4 English Grammar Book
    Download Round-Up 4 English Grammar Book by clicking the picture

    Leave a reply "Doktor saran suntikan vaksin syarat utk murid daftar sekolah"