Doktor Mediviron Hina Agong Pula Berhenti Kerja..

Setelah satu demi satu kes penghinaan terhadap Yg di-Pertuan Agong tular dlm media sosial, kini seorang doktor pula yg berkhidmat di Klinik Mediviron cawangan Kajang dilaporkan telah meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta.

Mediviron 1 - Doktor Mediviron Hina Agong Pula Berhenti Kerja..


Ini berikutan Dr. M. Rupesh didakwa telah mengeluarkan komen seolah-olah menghina Sultan Muhammad V dlm laman Facebook beliau, baru-baru ini.

Kumpulan Klinik Mediviron dlm satu kenyataan menjelaskan pihak pengurusan klinik itu berasa kecewa dgn komen yg dibuat oleh Dr. Rupesh yg disifatkan berkemungkinan mengguris perasaan dan sensitiviti warganet.

Jelas kenyataan itu, komen Dr. Rupesh dilakukan atas kapasiti peribadi beliau dan tidak mencerminkan apa juga pendapat dan penilaian kakitangan serta pengurusan Klinik Mediviron.

“Nilai-nilai yg kami tanamkan selama 33 thn dlm memberikan perkhidmatan terbaik oleh doktor dan jururawat kami meliputi pelbagai kaum dan masyarakat di negara ini. Malah, sbg rakyat Malaysia, kami sentiasa berlandaskan kepada prinsip Rukun Negara.

“Dr. Rupesh telah memohon maaf atas komen yg dibuat dlm akuan Facebook beliau sendiri dan beliau juga bersetuju utk bertanggungjawab sepenuhnya.

“Beliau telah melepaskan jawatannya sbg doktor di Klinik Mediviron Jalan Raja Harun, Kajang dgn serta-merta,” jelas Kumpulan Klinik Mediviron dlm satu kenyataan yg dimuat naik dlm laman Facebook klinik itu hari ini.

Akibat marah dgn tindakan Dr. Rupesh, rata-rata warganet menyerang laman Facebook Klinik Mediviron dgn mendesak tindakan tegas diambil terhadap doktor terbabit.

Sebelum ini, beberapa individu di laman media sosial termasuk Eric Liew dikecam kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Muhammad V berhubung perletakan jawatan Seri Paduka Bgnda sbg Yg di-Pertuan Agong.

Sumber : Utusan Online

Loading...

Tags: #Agong #Berhenti #Doktor #Hina #Kerja #Mediviron #Pula..

author
Author: 
    Download : Homophones of There | Their | They’re (Worksheets)
    Words there their they’re are homophones which are easily confused. This trio falls
    “Nak pakai kasut coklat, kasut putih, kasut hitam, kasut kelabu pun blh” – Dr Mahathir
    Dr Mahathir Mohamad berkata masih byk maklumat yg sedang “dihadam” beliau di Kementerian
    Sinopsis The Demi-Gods And Semi-Devils Episode 1
    Kini RTV akan menayangkan drama asal Tiongkok yg berjudul The Demi-Gods And Semi-Devils.
    Susul Ria Irawan, Ini Ucapan Ade Irawan Sebelum Meninggal yg Ternyata Jadi Kenyataan!
    slidegossip.com – Kabar duka kembali datang dr dunia hiburan tanah air. Hanya berselang

    Leave a reply "Doktor Mediviron Hina Agong Pula Berhenti Kerja.."