Doa Pembuka Majlis

gadis berdoa - Doa Pembuka MajlisBerikut adalah contoh Doa Pembuka Majlis yang boleh digunakan untuk sebarang acara.

Bacaan Doa Pembuka Majlis

Bismillahi rrahmaani rrahiim.

Alhamdulillahi robbil ‘aalamiin.
Wasolaatu wassalaamu ‘alaa asyrafil anbiyaai wal mursaliin,
wa ‘ala aalihi wasohbihi ajma’in.

Ya Allah,
Dengan nama-Mu, yang menyembuhkan segala penyakit,
Dengan nama-Mu, yang mencukupkan segala permintaan,
Dengan nama-Mu, yang memaafkan segala dosa,
Dengan nama-Mu yang tidak dapat dimudharatkan oleh sesuatu.
baik di bumi mahupun di langit dan
Ia maha mendengar lagi maha mengetahui.

Ya Ghaffar, maka ampunilah segala dosa-dosa kedua-dua ibu bapa, para guru, saudara kami serta sekian makhluk di muka bumi ini.

Ya Rabanna,
Sesungguhnya hanya kepada-Mu kami rafa’kan rasa syukur.
Hanya kepada-Mu kami menyembah,
dan hanya kepada-Mu, kami memohon pertolongan.
Maka Engkau berkati dan lancarkanlah majlis kami ini.

Tiadalah sesuatu urusan itu mudah melainkan Engkau jadikannya mudah,
dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah,
apabila Engkau kehendaki.

Terangilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu
sebagaimana Engkau terangi bumi ini dengan matahari-Mu selama-lamanya.

Rabbana aatinaa fid dunya hasanah,
wa fil aakhirati hasanah,
waqinaa ‘azaaba Nnaar.

Wasallallu ‘ala aalihi wa sohbihi wassalim tasliimann kathiira,
walhamdulillahi robbil ‘alamiin.

Loading...
author
Author: 
    Rasulullah – The Malay Chanting Group
    sejuk nya qalbu… by Iman Farrar Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    bacaan al quran yang sangat merdu sekali surat al baqarah full1
    bacaan al quran yang sangat merdu sekali surat al baqarah full1 Rating video:
    Doa Sebelum Tidur Islam Sesuai Sunnah Rasulullah (13 Amalan Doa & Dzikir)
    Doa sebelum tidur ini merupakan amalan doa dan dzikir sebelum tidur dalam Islam
    (DENGAR MOLEK) Soal Jawab Mengenai SOLAT – Ceramah Ustaz Azhar Idrus
    (DENGAR MOLEK) Soal Jawab Mengenai SOLAT – Ceramah Ustaz Azhar Idrus (DENGAR MOLEK)

    Comments are closed.