Ditengking Kerana Solat Tanpa Telekung.

Loading...

Tahukah anda bukan lagi menjadi rahsia umum bahawa seseorang wanita yg mahu bersolat tak semestinya dia perlu memakai telekung. Jika pakaiannya mematuhi syariah dan bersih, blh sahaja dia bersolat tanpa memakai telekung.

Tahukah anda di Arab Saudi adalah pemandangan yg biasa wanita bersolat tanpa memerlukan telekung?

Solat 1 - Ditengking Kerana Solat Tanpa Telekung.

Mari kita baca luahan wanita yg dikenali sbg AJ Joseph ini, seorang mualaf yg ditegur kerana bersolat tanpa menggunakan telekung;

Ke sekian kalinya ditegur kerana solat tanpa telekung di surau beberapa hari lps.

Saya diam, dengar saja.

Sesudah yg menegur habis cakap, saya ucap terima kasih lalu berlalu pergi dgn anak-anak tapi ditahan pula.

Belum habis ya tegurannya..

Saya masih cuba berdiam diri tapi bila nada penegur makin tinggi, seolah-olah saya buat kesalahan besar, malah dia juga mengatakan solat saya tidak sah kerana pakai baju biasa, bukan telekung.

I had to say something.

“Puan, kenapa solat saya tak sah?”

“Awak tak pakai telekung. Pakai baju biasa je.”

“Telekung bukan hukum sah solat puan.”

“Ustaz kata pakaian terbaik solat ialah telekung.”

“Tak semestinya pakai telekung baru sah.”

“Tapi ustaz kata..”

Oh, this gonna be a loooong one. Need to cut it short. I had to go.

“Puan, terima kasih atas teguran. Saya faham concern puan. Mmm.. Antara hukum sah solat ialah menutup aurat, betul kan puan? Telekung ini labuh dan longgar, sebab itu ustaz kata ia pakaian terbaik utk solat. Tapi bukan wajib pakai telekung baru sah solat.”


“Sekarang ni puan lihat pakaian saya cukup labuh atau tidak? Melekat di badan? Tudung saya menutup dada, depan belakang tidak singkat. Bahagian bawah dagu juga saya cover. Saya pakai handsocks dan stokin.”

“Pada pandangan puan, cara pemakaian saya ini tidak patuh dgn hukum aurat wanita ke?”

“Tapi aspek kebersihan belum tentu lps. Mana tahu ada najis melekat tanpa sedar. Lagi pula tadi awak masuk je terus solat, tak ambil air semayang, tak pakai telekung, solat gitu je.”

“Puan, saya yakin pakaian saya bersih. Saya masih ada..”

“Macam mana awak blh yakin sangat?! Kat Malaysia ni, tempat..”

I’m late. I’m late. I’m late. 😰

“Puan.. Sebelum keluar rumah, saya sudah berwudhu. Saya drive ambil anak di tadika kemudian terus drive ke sini. Satu-satunya tempat yg saya ada turun dr kereta adalah kawasan depan tadika anak. Tiada najis di situ.”

“Berjalan dr parking sampai ke surau, tiada najis kelihatan. Saya tiada pergi ke tandas, dan kalau saya perlu pergi tandas, saya tahu cara jaga pakaian saya drpada dicemari najis.”

“Macam mana awak yakin sangat ni?!! Awak mualaf kan?!!”

Kenapa tengking-tengking ni..

“Puan, dlm Islam ini semuanya sudah dinyatakan dgn jelas. Memang saya bukan lahir Islam, memang saya tak pandai agama, byk benda saya tak tahu, tapi hal aurat ini saya cuba jaga sebaiknya sebab bg saya ini adalah yg paling senang di antara semua perintah Allah utk dibuat, diubah, selepas saya peluk Islam.”

“Saya yakin pakaian saya bersih, saya yakin wudhu masih ada, saya yakin saya tutup aurat ikut guideline, saya yakin solat saya sah tanpa telekung. Saya amal konsep pakaian solat-ready puan. Lagipun telekung-telekung dlm surau ini byk yg kotor terutama di bahagian keliling muka, penuh make-up. Kepam. Saya tak selesa pakai.”

“Saya faham keprihatinan puan. Terima kasih kerana tegur. Saya kena pergi dah ni. Asssala..”

“Ustaz kata kalau ragu-ragu, was-was, mesti..”

Lambat dah ni.. 😭😭

“Puan, ragu-ragu tak bertempat ini blh jadi kita ni ada masalah dlman yg kita tak sedar. Saya suggest puan pergi jumpa balik dgn ustaz tu atau rujuk kenyataan-kenyataan drpada mufti wilayah. Saya byk rujuk penjelasan mufti. Assalamualaikum.”

Hampir cakap masalah mental sebab rimas juga bila kena tahan time kita tengah kejar masa settle-kan urusan, bawa 2 anak kecil lagi. Tapi fikir-fikir nanti jadi biadab pula. 😔

Hmm..

I’m not trying to say that I’m better than anyone.

Dalam hidup ini, kita semua ada matlamat dan impian masing-masing.

Priority kita berbeza.

Bagi diri saya sendiri..


Saya fikir, apalah guna saya ni masuk Islam kalau tak nak ikut apa Islam ajar, tak nak jadi lebih baik..

Like I said, bg saya, dlm byk-banyak perkara yg saya perlu ubah supaya seiring dgn ajaran Islam, yg paling senang ialah aurat.

Saya ni dulu agak hardcore gamer juga. Main Gears of War tu mesti nak master skill itu ini, level up sampai max level. Score mesti nak setinggi-tinggi yg blh. Lps tu nak complete-kan semua mission, objective, task.. Aim for 100% completion.

Main console game, attitude begitu.

Peluk Islam, attitude acuh tak acuh pula.

(Ini saya cakap pasal diri sendiri bukan tuju kat semua gamers.)

I cannot say on behalf of all reverts.

But to me, my life as a revert is challenging.

Cerita pasal nenek masuk ward, worrying about her, wishing for her speedy recovery.. pun ada orang ‘tegur’.

Like kenapa la aku selalu jumpa orang yg jumud.

Kena jeling, kena tegur dgn nada sinis pasal solat tanpa telekung ni bukan perkara baru, selalu jadi tapi puan di atas ni yg paling agresif antara semua.

Mungkin Allah bg ujian byk-banyak utk fast track belajar byk perkara.

Mati itu pasti, bila-bila masa.

P.S. Saya tak marah atau terasa hati dgn puan itu. Niatnya baik.

P.P.S. Plus, we came from different background and living with different circle hence the different perspective.

#Revert

Loading...

Tags: #Ditengking #kerana #Solat #TANPA #Telekung.

author
Author: 
    Disindir Soal 80 Juta, Vanessa Angel: Sekarang Udah Naik 800 Juta!
    slidegossip.com – Vanessa Angel seolah tak ada hentinya menuai sensasi usai dirinya bebas
    Dulu Artis Cantik Ini Bangga Punya Pacar Tajir! Putus, Hadiah Mobil Mewah pun Dikembalikan!
    slidegossip.com – Beberapa waktu lalu, artis cantik Angela Lee tampak bangga karena dirinya
    Bukan Cewek Sembarangan! Ini Profil Putri Tanjung yg Ditunjuk Jadi Staf Ahli Jokowi!
    slidegossip.com – Presiden RI Joko Widodo (Jokowi) akhirnya menunjuk Putri Tanjung sbg salah
    Erick Dwi Guna Yulianto Nangis Setelah Ketahuan Merekam Cewek Ganti Baju Di Mal
    Surabaya –Infokanlah.com Erick Dwi Guna Yulianto, pria perekam video di ruang pas atau

    Leave a reply "Ditengking Kerana Solat Tanpa Telekung."