James Gunn kini sudah dipelawa kembali oleh Disney utk mengarahkan filem Guardians of the Galaxy Vol 3. Sebelum ini, pengarah filem itu telah dipecat gara-gara isu status Twitternya yg mengundang kontroversi. Berita ini mungkin mengundang kegembiraan setelah filem ketiga Guardians of the Galaxy itu dipenuhi kemelut selepas pemecatan James Gunn.

Berita pengambilan semula James Gunn sbg pengarah filem Guardians of the Galaxy 3 didedahkan Deadline. Pengarah itu yg turut mengarahkan filem The Suicide Squad dikatakan dipilih utk mengarahkan filem Guardians of the Galaxy 3 semula selepas perbincangan semula sebulan yg lalu.
Presiden Disney, Alan Horn kelihatan kagum dgn James Gunn dan menerima permohonan maafnya rentetan drpada kontroversi yg berlaku. Namun, Guardians of the Galaxy 3 mungkin akan hadir sedikit lewat kerana James Gunn sedang sibuk dgn filem sekuel Suicide Squad yg bakal terbit 2021.
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
Tags: #'Guardians #Disney #Galaxy #Gunn #James #Kembalikan #Kerusi #Pengarah