Diserang Ektremis Hindu, Ini Penjelasan Ustaz Firdaus Wong.

Oleh : Ustaz Firdaus Wong
 

Ulasan ‘Provokasi’ Ekstrimis Hindu Di Pejabat MRM

Berikut adalah ulasan kami tentang provokasi seorang ekstrimis Hindu ke pejabat Multiracial Reverted Muslims – MRM pagi tadi. Ulasan ini agak panjang tetapi sila baca sebelum komen dan fahami betul-betul apa yg ingin disampaikan… Saya mengambil masa hampir 2 jam utk mengarang ulasan ini semasa dlm perjalanan ke Teluk Intan…

1 13 - Diserang Ektremis Hindu, Ini Penjelasan Ustaz Firdaus Wong.

2 3 - Diserang Ektremis Hindu, Ini Penjelasan Ustaz Firdaus Wong.

3 1 - Diserang Ektremis Hindu, Ini Penjelasan Ustaz Firdaus Wong.


1. Lebih kurang jam 10.35am, 16 Jan 2019, seorang ekstrimis Hindu bernama Arunakiri telah masuk ke premis pejabat kami tanpa kebenaran dan sebarang temujanji.

2. Walaupun beliau datang tanpa temujanji & masuk tanpa kebenaran, kakitangan kami masih membenarkannya duduk di ruang tamu kami dan menawarkan air kepada beliau tetapi beliau menolak sambil beliau terus membuat video live dgn suara yg agak kuat sehingga menganggu pengambaran kami yg menyebabkan terpaksa meminta beliau merendahkan suara dan beliau akur.

3. Pd waktu itu, saya sedang menjalani pengambaran bersama krew dr RTM di bilik saya dan telah tidak tahu akan kehadiran beliau sehingga saya dimaklumkan oleh kakitangan setelah saya selesai wawancara.

4. Kakitangan kami telah memaklumkan kepada beliau bahawa jadual kami agak pdt dan sibuk dan perlu tunggu utk berjumpa dgn saya.

5. Setelah beliau menunggu hampir 20 minit, saya keluar berjumpa dgn beliau dan memaklumkan bahawa saya agak sibuk dgn shooting yg belum selesai. Krew RTM perlu bergegas ke Terengganu manakala saya pula perlu bergegas ke Teluk Intan bg program masing-masing selepas shooting.

6. Setelah bersalam dgn beliau, beliau terus mengajukan soalan bertalu-talu dan menuntut jawapan, saya memaklumkan bahawa saya akan membiarkan kakitangan kami utk berurusan dan menjawab beliau kerana saya perlu meneruskan pengambaran di dlm tetapi beliau terus berkeras mahukan jawapan dr saya.

7. Apabila beliau terus mendesak dan menganggu operasi pejabat kami, saya terpaksa meminta beliau utk keluar dr pejabat kami tetapi beliau enggan meninggalkan pejabat kami dgn alasan pejabat kami bukannya private property tetapi adalah public property dan suka hati beliau kalau beliau mahu duduk di situ.

8. Pihak kami telah membuat panggilan kepada polis kerana beliau enggan meninggalkan premis pejabat kami.

9. Antara sebab kehadiran beliau sbgmana dlm video live beliau adalah kerana artikel kami menjawab tuduhan Hindu kononnya Cogan Jata Negeri Pahang diambil dr simbol dewa Murugan. Blh baca di sini > https://bit.ly/2FvtwuW
 

5 - Diserang Ektremis Hindu, Ini Penjelasan Ustaz Firdaus Wong.

10. Beliau tidak berpuashati kononnya kami mengaitkan syaitan dgn dewa Murugan tetapi mungkin beliau baca tak habis atau penguasaan Bahasa Melayu beliau lemah. Ini perkara nombor 4 yg kami tulis yg beliau tidak puas hati;

“Jika klaim semudah itu digunapakai utk mendakwa simbol tersebut menciplakkan atau terpengaruh dr dewa Murugan disebakan ada sedikit persamaan bentuk, maka adakah relevan jika orang mengatakan senjata syaitan yg sering diimejkan memiliki lembing bermata tiga (trisula) itu adalah pengaruh dr dewa Siva yg turut memiliki lembing yg sama? Mengapa tidak mendakwa dewa laut Poseidon dan Aquaman di dlm Komik DC itu juga pengaruh dr Siva disebabkan memiliki trisula tersebut? SUDAH TENTU KAMI TIDAK MEMAINKAN KLAIM INI KERANA IA MEMILIKI LATAR YANG BERBEZA. Begitu juga dlm soal Jata negeri Pahang yg dikaitkan dgn Murugan ini.”

11. Apakah adil apabila mereka membuat pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap Islam, Muslim, Raja & Sultan tetapi bila kami menjawab dgn ilmiah, kami pula yg dituduh sbg ektrimis dan terrorist? Ini apa yg kami sebutkan semalam juga > https://bit.ly/2TQ8hH9

12. Beliau mendesak kami membawa keluar kitab Vedas yg menjadi rujukan penulisan kami bg membuktikan kebenaran tulisan kami dan bg menjawab fitnah beliau, kami membuka meja dan meletakkan kitab-kitab rujukan agama Hindu di luar pejabat kami agar perbincangan tidak akan menganggu operasi pejabat kami dan juga wawancara kami.

13. Apabila beliau bertanya dan meminta kami memberikan jawapan, kami bersedia menjawab tetapi apabila kami mula menjawab beliau mencelah dan meninggikan suara tanpa memberikan sebarang ruang utk kami bercakap.

14. Apabila dibukakan kitab Vedas kepada beliau, beliau berkata itu adalah terjemahan tetapi beliau tidak mahu melihat teks sanskrit yg juga ada di dlm. Malahan beliau mempersoalan kitab terjemahan ini bukannya kitab rujukan mereka sedangkan terjemahan kitab agama ini kami beli di toko buku agama Hindu di Indonesia dan diterjemahkan oleh sarjana agama Hindu mereka sendiri!

15. Kami tidak menjual kitab agama lain tetapi kami membeli dan memiliki byk kitab agama lain, falsafah, fahaman malahan agama Islam di perpustakaan kami utk tujuan rujukan dan kajian kami.

16. Beliau bertanya apakah kami ini Hindu sehingga memilki byk kitab agama Hindu tetapi persoalan saya kepada Arunakiri apakah menjadi suatu kesalah utk penganut agama lain memiliki kitab Vedas sedangkan toko buku agama Hindu di Indonesia menjualkan kepada kami dan apakah Arun memiliki kitab Vedas di rumah beliau sbg rujukan?

17. Jikalau gunakan logik Arun bahawa apakah kami ini Hindu sehingga memiliki byk kitab Hindu, apakah saya seorang saintis hanya kerana memiliki minat membaca tentang jurnal sains atau hanya saintis yg blh beli buku berkaitan dgn sains? Jikalau itu logik Arun, beliau perlu ke Indonesia dan menuntut toko buku agama Hindu di situ ditutup agar orang bukan Hindu tidak blh membeli dan memiliki kitab Hindu.

18. Apabila polis sampai, beliau masih meneruksn tuduhan dan provokasi beliau. Beliau menuduh kami sbg terrorist, menuduh kami terlibat dan tahu tentang penculikan Pastor Raymond dan ingin mewujudkan rusuhan kaum di Malaysia.

19. Saya mahu menyaman beliau tetapi apakan daya, saya tidak mampu membayar kos guaman utk saman fitnah sebanyak RM35,000 dan tidak mungkin saya menggunakan wang NGO utk membayar kos guaman. Saya hanya mampu pendam dan menerima fitnah dr beliau dan geng-geng lain bertalu-talu tanpa mampu membuat tindakan undang-undang terhadap mereka kerana tidak mampu.

20. Ada yg bertanya kenapa tidak berdebat dgn beliau? Jawapan kami mudah, Hindu Sangam yg menjadi NGO Hindu rasmi di Malaysia pun merasakan pegangannya kurang betul, apakah perlu kami berdebat dgn Arun ditambah pula kami telah tulis artikel beserta nota kaki tetapi setakat yg kami tahu, tiada satupun yg mereka balas dgn nota kaki dan rujukan secara 100%. Malahan Arun menuduh Hindu dr Indonesia adalah palsu dan tidak betul! Masih mahu berdebat dgn beliau?

21. Byk laporan polis telah dibuat tentang ancaman dr beliau dgn bukti telah disertakan tetapi beliau seperti mempunyai hubungan yg baik dgn seorang Menteri dan beberapa ahli dr NGO yg kini telah menjadi parti politik juga agak anti Islam dan terlepas dr sebarang tindakan undang-undang. Apakah semua ini ada kaitan?

22. Bayangkan, Arunakiri hadir keseorangan ke pejabat kami yg di dlmnya ada lebih dr 15 orang Islam sedang bekerja lalu membuat provokasi, tuduhan & fitnah tetapi beliau tidak diapa-apakan, dilayan baik dan keluar tanpa sebarang masalah. Berbeza anggota bomba kita yg mahu memadamkan kebakaran tetapi akhirnya nyawa beliau melayang demi melaksanakan tugas beliau. Jikalau seorang Muslim melakukan provokasi di kuil Hindu sbgmana yg dilakukan oleh Arunakiri, apakah individu itu akan selamat keluar dan dilayan baik? Mungkin….

Kesimpulan

Saya memohon jasa baik sahabat-sahabat yg mengikuti perkembangan dakwah kami agar tidak melakukan sebarang provokasi terhadap bangsa dan agama lain. Jangan juga menggunakan perkataan mencaci maki dan hinaan terhadap mereka.

Golongan ekstrim ada dlm semua agama termasuklah Hindu tetapi golongan ini adalah amat sedikit. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Yg kita perlu banteras adalah golongan ekstrim seperti ini dan bukannya kesemua bangsa dan agama itu sendiri.

We dont have to drop so low to their level. Jangan mencai maki dan menghina kerana ianya ajaran Islam dan andai kita beremosi dan mencaci maki beliau, Arunakiri dan gengnya akan jadikan modal utk serang Islam & Muslim.

Kita teruskan dakwah dan bykkan bersabar dan apabila telah mencapai kemuncak kesabaran, bertindak mengikut ajaran Islam yg rasional dan bukannya emosional. Kita biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dan jangan sesekali mengambil tindakan melampaui batasan undang-undang negara.

Doakan sahabat kita yg Belum Muslim dibukakan hati dan dikurniakan hidayah oleh Allah utk mengenal Islam dan memeluk Islam nanti. Allahuma Ameen.

*Screenshot hina Arunakiri Nathan terhadap Islam & orang Melayu yg sekaligus menjawab penipuan beliau kononnya beliau sayang orang Islam dan Melayu dan cinta semua agama.

*Boleh tonton video rakaman Pertama > https://bit.ly/2CmEqPu dan video kedua > https://bit.ly/2RSQm5o
 

Loading...

Tags: #diserang #Ektremis #Firdaus #Hindu #Penjelasan #Ustaz #Wong

author
Author: 
    Dek Perbincangan Inkues Adib, Ia Menimbulkan Salah Faham Baru Di Sosial Media..
    GOSIP SOSMED | Sembang gosip netizens di sosial media sekarang ialah mengenai seorang
    Live Streaming Sepahtu Reunion Live 2019 Minggu 9
    Live Streaming Sepahtu Reunion Live 2019 Minggu 9.  Malam ni seperti biasa akan
    Drama Encik Imam Ekspress Episod 9 – Episod 12
    Drama Encik Imam Ekspress Episod 9 – Episod 12 : Drama terbaru yg akan

    Leave a reply "Diserang Ektremis Hindu, Ini Penjelasan Ustaz Firdaus Wong."