Disenarai Hitam Oleh PTPTN…?

Ramai dikalangan kita tidak menyedari ataupun pura-pura tidak sedar, hehehe.. mengenai pinjaman pendidikan PTPTN yg sepatutnya dibayar setelah tamat pengajian.

ptptnBputerahelmei - Disenarai Hitam Oleh PTPTN...?

Dan terkini, bermula thn ini (2016), pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil langkah drastik utk memasukkan nama peminjam yg liat membayar hutang PTPTN, ke dlm senarai hitam (blacklist) CCRIS. Kesannya, para peminjam tersebut tidak blh ke luar negara / tidak blh membuat sebarang bentuk pinjaman samada pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan ataupun pinjaman peribadi. Maksudnya di sini, terus rekod kita dah tak cantik dlm rekod CCRIS.

Apa perlu hampa buat kalau di senarai hitam oleh PTPTN dlm CCRIS..??

Pilihan 1
i.. Pergi ke mana-mana cawangan PTPTN, utk melakukan rundingan penstrukturan semula pinjaman anda.
ii.. Sediakan wang tunai dlm RM1500.00 sehingga RM3000.00 bagi pekerjaan tetap, supaya blh digunakan sbg deposit pembayaran semula tunggakan PTPTN. Kadang-kadang tunggakan peminjam blh mencecah RM8000.00… buat la ayat sedih sikit sekiranya hampa tak mampu bayar banyak..
iii. Setelah pembayaran dibuat dan pihak pegawai PTPTN bersetuju dgn jumlah bayaran tersebut, anda diminta utk melengkapkan perjanjian penukaran pinjaman dr konvensional menjadi ujrah. Pegawai PTPTN akan bertanya berapa jumlah bayaran bulanan yg anda mampu bayar utk keseluruhan pinjaman anda. Dari tempoh 5 thn, sehinggalah tempoh 40 thn. Tapi kena ingat, semakin lama tempoh pembayaran, semakin tinggi jumlah caj perkhidmatan @ bunga dikenakan..
iv. Kemudian itu, sekiranya tiada sebarang masalah penukaran tersebut. Mknya anda sudah dikira berjaya dikeluarkan dr senarai hitam. Utk makluman setelah membuat penukaran kepada ujrah, seperti di dlm perjanjian baru, anda blh membuat pilihan potongan gaji ataupun tidak.

PTPTNBKINRARABPUTERAHELMEI - Disenarai Hitam Oleh PTPTN...?

Kiosk PTPTN Giant Kinrara yg 
saya pergi Khamis lepas

Pilihan 2
i. Sediakan Sijil Tamat Belajar anda serta Penyata Terkini KWSP
ii. Pergi ke mana-mana cawangan PTPTN, utk melakukan rundingan penstrukturan semula pinjaman anda.
iii. Anda tidak mampu utk menyediakan tunai bagi deposit pembayaran semula tunggakan. Jadinya, anda blh memilih utk mengeluarkan Akaun 2 KWSP sbg bayaran deposit tunggakan PTPTN. Part ni best, memang tak blh mengelak. Jumlah akan ditentukan berdasarkan berapa amount yg ada pd Akaun 2 KWSP anda. Semakin banyak jumlah amaun anda, semakin banyak amaun yg akan di nego oleh Pegawai PTPTN terhadap kita utk mengeluarkan kita dr senarai hitam CCRIS.
iv. Selepas bersetuju, anda perlu membawa surat pengesahan drpada PTPTN utk dibawa ke KWSP, bersama dgn itu, perlu dibawa bersama surat tamat pengajian (yang original dan copy).
v. Anda akan diberi resit permohonan oleh KWSP, & resit itu blh diberi kepada Pegawai PTPTN utk urusan selanjutnya yakni proses penukaran pinjaman dr Konvensional kepada Ujrah. Selepas dr itu, anda akan dimaklumkan yg anda akan dikeluarkan dr senarai hitam blacklist CCRIS. Utk makluman setelah membuat penukaran kepada ujrah, seperti di dlm perjanjian baru, anda blh membuat pilihan potongan gaji ataupun tidak.

Nota:
Untuk kenal pasti anda disenarai hitam oleh CCRIS atau tidak, anda tidak blh bergantung kepada website imigresen sahaja. Walaupun nama anda tidak disenarai hitam oleh pihak imigresen dlm websitenya, anda tidak blh merasakan selamat. Ini kerana, kemungkinan nama anda ada juga dlm CCRIS. Itu diberitahu oleh pegawai PTPTN. Perkara ini hanya blh disemak setelah anda membuat sebarang permohonan pinjaman kepada institusi kewangan atau perbankan. Utk makluman, sekarang pihak PTPTN telah menempatkan pegawainya di airport bagi urusan kenal pasti peminjam yg masih belum melunaskan bayaran tunggakan.

Semua info ini berdasarkan pengalaman saya sendiri pergi ke PTPTN utk urusan keluarkan nama dr senarai hitam

Loading...

Tags: #Disenarai #HITAM #oleh #PTPTN...

author
Author: 
    Gambar Ttg Ramadhan
    Gambar ramadan wallpaper, gambar ramadhan, gambar ramadan 2019, gambar ramadan special, gambar ramadan
    Flek Membatalkan Puasa Tidak
    Flek membatalkan puasa tidak mkn, flek membatalkan puasa sunnah, flek membatalkan email, flek
    Ulasan Filem: The Unicorn Store (2019)
    Tahun Terbit | 2019 Pengarah | Brie Larson Pelakon | Brie Larson, Samuel
    Puasa Daud Utk Kekayaan
    Puasa daud utk kekayaan wishnutama, puasa daud utk kekayaan sandiaga, puasa daud utk

    Leave a reply "Disenarai Hitam Oleh PTPTN…?"