Direman 4 Hari, Ini Luahan Pendakwah Zamri Vinoth..

Oleh : Zamri Vinoth

Ya saya Zamri Vinoth,

Wallahhi saya tidak mempunyai sedikitpun perasaan dendam mahupun ingin membalas dendam ataupun perasaan marah terhadap mereka yg telah membuat laporan Polis keatas saya malah saya hargai apa yg mereka lakukan kerana itulah saluran betul yg perlu setiap rakyat Malaysia ikuti.

ZamriBVinoth - Direman 4 Hari, Ini Luahan Pendakwah Zamri Vinoth..

 
Saban hari ada segolongan kecil dr mereka yg menyuap naluri amarah mereka dgn cemuhan, cacian, kecaman dan makian terhadap saya walaupun setelah saya ditahan oleh pihak berkuasa, mungkin ia dilakukan demi memuaskan selera hati mereka yg sedang digelorakan oleh beberapa pihak yg tidak mesra Islam dan saya redhakan perkara tersebut kerana pd saya mungkin ini suatu khafarah buat saya.

Ramai yg menuduh bahawa saya telah menghina namun ramai di kalangan mereka alpa dan mungkin tidak sedar bahawa apa yg sedang mereka lakukan itulah sebenarnya menghina. Dlm kealpaan mereka menuduh saya menghina mereka mungkin terlupa bahawa merekalah yg sedang melakukan apa yg mereka perkatakan sendiri secara terang-terangan dimana mereka sedang menghina melalui ungkapan serta niat utk menghina namun saya tidak memperbesarkan isu tersebut walaupun sebenarnya sayalah insan yg telah dijadikan mangsa keadaan yg sebenar dlm isu ini yg mana sengaja dibangkitkan oleh segolongan dr mereka yg tidak bertanggungjawab dan anti Islam serta Melayu.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PDRM yg telah bertindak secara Professional dlm perkara ini walaupun ada di kalangan mereka pegawai yg beragama hindu yg terlibat dlm penahanan saya namun mereka tetap bertindak secara matang demi memastikan kedaulatan undang-undang terjamin. Tidak lupa juga kepada semua warga anggota di balai polis Dang Wangi saya hadiahkan tabik hormat saya kepada anda semua.

Namun jauh disuatu sudut yg suram dan kecil di hati saya ada perasaan kecewa kerana saya amat pasti bahawa saya tidak mempunyai sebarang niat utk menghina namun saya telah ditahan serta direman selama 4 hari, saya akur kepada system perundangan tersebut walaupun saya tidak menghina, cuma naluri kekecewaan itu timbul kerana ada dikalangan individu seperti waytha, kula dan ramasamy yg terang-terangan dikhalayak ramai telah menghina Islam dan juga rakan-rakan bangsa Melayu saya namun tiada sebarang tangkapan yg pernah dilakukan setakat ini walaupun ratusan malah ribuan report polis yg telah dilontarkan keatas mereka. Apabila mengimbas senario tersebut jiwaku secara spontan meminta tuntutan keadilan buat diriku yg daif ini sehingga tercetusnya kekecewaan tersebut.

Tiada siapa yg kebal Undang-undang termasuk menteri kita cuma mungkin mereka belum bersedia utk melaksanakan kata-kata mereka sendiri. Sungguhnya perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata.

Semoga melalui ujian yg saya lalui ini Allah mengampunkan seluruh dosa saya, ibu bapa saya, keluarga saya serta seluruh dosa-dosa mereka yg sedang memperjuangkan syiar Islam dan semoga dgn ujian ini Allah membuka luas pintu hidayahnya buat semua rakan-rakan bukan Islam yg sedang mencari jalan kebenaran.

“Dakwah tetap akan diteruskan walau badai yg mendatang”

Zamri Vinoth
‘Insan terhina di mata mereka’


Loading...

Tags: #Direman #Hari #Luahan #pendakwah #Vinoth #Zamri

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.