Dek Perbincangan Inkues Adib, Ia Menimbulkan Salah Faham Baru Di Sosial Media..

Loading...

GOSIP SOSMED | Sembang gosip netizens di sosial media sekarang ialah mengenai seorang jururawat bernama M. 

Jururawat itu didakwa bekerja di IJN dan antara individu pertama yg bertugas merawat kecederaan arwah Adib.

Miera 1 - Dek Perbincangan Inkues Adib, Ia Menimbulkan Salah Faham Baru Di Sosial Media..


“Wahai doktor, kalaulah semua staf berupaya utk memberikan keterangan, saya dulu yg akan tampil ke hadapan dan berkata, kecederaan itu bukanlah kerana kemalangan.

Kecederaan Adib adalah kerana dipukul, beberapa objek. Kami lihat lukanya, kami rawat kecederaannya, kami memulakan proses ECMO. Terutamanya di bahagian muka. 

Mungkin anda tak melihatnya dr hari pertama Adib dibawa ke sini. Kami nampak wajahnya! Kami nampak lebam di seluruh badannya dan pelbagai lagi yg tak blh disebutkan disini.



Kami bukannya buta, begitu juga awak.

Tapi sekurangnya kami ada perikemanusiaan, kami ada perasaan. Kami tahu dia tak bersalah.

Berdoalah sesungguhnya agar musibah ini tak terjadi kepada keluarga anda, supaya anda tak lalui apa yg keluarga Adib tempuhi.

Seorang doktor sepatutnya mempunyai hati yg murni, tetapi saya melihat anda tak berhati perut.

Saya berbangga dgn doktor kami yg memberikan keterangan benar. Itulah yg kami gelar sbg doktor,” katanya di ruangan komen yg melaporkan kenyataan Doktor Forensik mengenai hasil bedah siasat mayat Adib.

Kenyataan yg ditangkaplayar oleh netizens itu kemudiannya menjadi tular dan semakin tular dr hari ke hari memaksa Ahli Parlimen Kangar utk campurtangan.

Amin Ahmad kemudiannya bertindak atas inisiatif mahu mencari kebenaran lalu menghubungi jururawat tersebut.

Miera3 - Dek Perbincangan Inkues Adib, Ia Menimbulkan Salah Faham Baru Di Sosial Media..

Miera2 - Dek Perbincangan Inkues Adib, Ia Menimbulkan Salah Faham Baru Di Sosial Media..

Miera4 - Dek Perbincangan Inkues Adib, Ia Menimbulkan Salah Faham Baru Di Sosial Media..

Difahamkan Ahli Parlimen Kangar itu mahu mendekati jururawat tersebut utk menjadi saksi di INKUES Adib bg tujuan mendapatkan kebenaran dan hak buat mangsa.

Bagaimanapun jururawat itu enggan atas alasan IJN sudah pun memberikan keterangan mereka berhubung kes tersebut.

Responnya di sosmed pun sudah dipadamkan. Namun tangkaplayar itu berterusan tular. Kami diberitahu jururawat itu juga terpaksa menutup akaun Facebooknya disebabkan hal ini.

Ini adalah disebabkan serangan dr tentera bawang yg seperti biasa merasakan mereka punya hak dan kuasa utk menyerang sesiapa sahaja yg mereka anti, benci, marahkan di sosial media ini.

Berikutan dr penyebaran perbualan Ahli Parlimen Kangar dan jururawat itu, kumpulan yg menyokong Adib dilanggar beranggapan mereka dipihak yg benar.

Sekaligus meneruskan lagi pergaduhan diantara kumpulan #justiceforAdib dan kumpulan Siti Kasim (dianggap ketua tak rasmi yg sokong Adib dilanggar). – 23 Mac 2019.

Loading...

Tags: #Adib #Baru #Faham #Inkues #Media #Menimbulkan #Perbincangan #SALAH #Sosial

author
Author: 
    Barbie Kumalasari Ngaku Tarif Endorse nya Ratusan Juta, Netizen: Siapa yg Mau Bayar?
    slidegossip.com – Barbie Kumalasari seolah tak ada hentinya membuat sensasi. Setelah heboh dgn
    Lucinta Luna Dimaki-Maki Raffi Ahmad Sampai Nangis Gara-Gara Rambutan! Settingan?
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr Raffi Ahmad dan Lucinta Luna. Seperti dilansir
    Guru lelaki maut ketika water rafting
    Gambar hiasan via MyAdventureHost GOPENG 15 Sept. – Seorang guru lelaki mati lemas
    8 Tips Lindungi WhatsApp Dari Hacker Nakal
    WhatsApp adalah aplikasi perpesanan terpopuler. Bagaimana tidak, jumlah pengguna aktif blnannya lebih dr

    Leave a reply "Dek Perbincangan Inkues Adib, Ia Menimbulkan Salah Faham Baru Di Sosial Media.."