Daun jarum tujuh bilah

Utusan 1 - Daun jarum tujuh bilah

7Bduri - Daun jarum tujuh bilah
Pereskia saecnarosa

ARKIB : 05/12/2004
DI MALAYSIA, terdapat lebih 15,000 spesies tumbuhan kelas atas dan lebih kurang 1,200 drpadanya telah dilaporkan mempunyai nilai farmaseutikal dan neutraseutikal dan ada yg telah digunakan dlm perubatan herba. Satu drpada tumbuhan yg menarik perhatian penyelidik ialah Pereskia saecnarosa. Tumbuhan ini lebih dikenali dgn nama jarum tujuh bilah di Malaysia dan digunakan secara tradisional utk mencegah pelbagai jenis barah. Tumbuhan in juga popular di kalangan masyarakat Cina di Malaysia dan juga dikenali dgn nama pokok 1,001 khasiat. Selain digunakan utk mencegah barah, daun jarum tujuh bilah juga digunakan menghilangkan sakit kepala dan juga utk menyegarkan badan. Herba ini mudah ditanam dan senang ditemui di Malaysia.

7Bduri2 - Daun jarum tujuh bilah
Pereskia saecnarosa atau jarum tujuh bilah

Terdapat banyak jenis spesies Pereskia di dunia ini iaitu lebih kurang 15 sehingga 20 spesies. Pereskia saecnarosa atau jarum tujuh bilah, tergolong dlm kumpulan kaktus yg merupakan pokok kecil yg blh mencecah ketinggian 3 sehingga 6 meter. Mempunyai bunga yg berwarna oren. Pokok ini dipercayai berasal dr Brazil, Paraguay, Uruguay dan Argentina. Pokok ini mempunyai daun yg pendek (lebih kurang 4 inci atau 10sm) dan mempunyai jarum yg sangat tajam pd batangnya (sama seperti kaktus). Yg menariknya, jarum yg terdapat pd sepanjang batang berjumlah tujuh bilah, yg menerangkan dgn jelas perkaitan di antara nama dan sifat fizikal pokok ini.

Secara tradisionalnya, utk mendapatkan khasiat jarum tujuh bilah ini, daunnya yg matang dipetik (satu atau dua helai daun) dan dimakan sbg ulam bersama-sama dgn nasi atau mkn secara mentah. Daun jarum tujuh bilah ini mengandungi lendir, tetapi lendir ini tidak pahit. Jika diamalkan daun ini secara berterusan, ia mungkin blh melindungi badan drpada pelbagai jenis barah.

7Bduri3 - Daun jarum tujuh bilah
Terdapat lebih kurang 15 sehingga 20
spesies di seluruh dunia.

Daripada kajian makmal yg dilakukan oleh pihak Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun jarum tujuh bilah menunjukkan jumlah aktiviti antioksidan (total antioksidan activity) yg tinggi. Walaupun nilai jumlah aktiviti antioksidannya tidak setinggi vitamin C (asid askorbik) dan vitamin E (alfa-tokoferol), tetapi nilainya masih dianggap tinggi dan sesuai utk dimakan sbg ulam bagi meningkatkan paras aktiviti antioksidan di dlm tubuh seseorang. Daun jarum tujuh bilah ini juga mengandungi sebatian fenolik yg sederhana tinggi. Sebatian fenolik memang telah diketahui menunjukkan aktiviti antioksidan di samping menghapuskan radikal bebas.

7Bduri4 - Daun jarum tujuh bilah
Pereskia grandiflora

Bagi membuktikan sama ada jarum tujuh bilah mampu utk mengubati atau mencegah barah, kajian praklinikal telah dijalankan utk menilai keberkesanan ekstrak daun jarum tujuh bilah secara in vitro (kultur tisu) dan juga secara in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak daun jarum tujuh bilah bertindak secara efektif utk merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan juga sel kanser ovari. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak daun jarum tujuh bilah pd kepekatan 10% (100g daun jarum tujuh bilah dikisar dgn 1,000ml air) telah diuji keberkesanannya terhadap tikus yg diaruh kanser hati. Keputusannya menunjukkan bahawa ekstrak daun jarum tujuh bilah mampu utk mengurangkan keterukan kanser hati dgn menurunkan paras enzim penanda kanser. Walau bagaimanapun, penurunan paras enzim penanda kanser tidak sampai ke paras normal yg menunjukkan bahawa ekstrak daun jarum tujuh bilah hanya mampu utk mengurangkan keterukan kanser hati, tetapi bukannya mengubati kanser hati secara keseluruhan.

Kajian secara in vitro (kultur tisu) dan juga secara in vivo (kajian haiwan) menunjukkan bahawa daun jarum tujuh bilah tidak menunjukkan kesan toksik atau kesan sampingan yg buruk kepada sel yg normal atau tikus yg normal.

Kesimpulannya, daun jarum tujuh bilah mempunyai kesan utk melawan atau mengubati barah, tetapi kajian lanjut masih amat diperlukan utk menilai keberkesanannya terhadap pesakit barah atau kanser. Tiada kesan toksik dilaporkan pd sel yg normal atau tikus yg normal yg menunjukkan ia selamat utk dimakan dlm kuantiti yg sederhana. Diharap dgn penemuan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan mempromosikan pemakanan ulam-ulaman tempatan bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia. – Profesor Madya Dr. Asmah Rahmat, (UPM).


Loading...

Tags: #bilah #daun #Jarum #Tujuh

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Daun jarum tujuh bilah"