Datuk Dr. Mazlan Othman

Loading...

DatukDrMazlan 1 - Datuk Dr. Mazlan Othman
Datuk Dr Mazlan

Nama beliau terkenal di Malaysia terutamanya dlm bidang penyelidikan dan pembangunan kajian astronomi negara. Selain itu, satu perkara yg paling membanggakan tentang Datuk Dr Mazlan ialah beliau merupakan satu-satunya wanita dlm bidang astronomi dan profesional astrofizik di negara kita. Di luar negara, beliau telah dilantik sebanyak dua kali sbg Ketua Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOOSA)

Beliau dilahirkan di Seremban Negeri Sembilan pd 11 Disember 1951, kepintarannya mula terserlah setelah melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Kolej Tunku Kurshiah Seremban Negeri Sembilan. Seterusnya mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains dgn kepujian dr Universiti Otaga New Zealand pd thn 1975 di bawah Colombo Plan Scholarship dan mengukir nama sbg wanita pertama yg memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dlm bidang Astrofizik dr Universiti yg sama pd thn 1981. Beliau kembali ke Malaysia sbg ahli Fizik bintang pertama negara dan menawarkan kursus astronomi di universiti utk pelajar pra siswazah serta aktif mempromosi Sains Angkasa.

Datu Dr Mazlan dilantik sbg pensyarah di Jabatan Fizik UKM pd thn 1988. Dari thn 1990 sehingga Oktober 1995, beliau berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri utk mengawasi dan mengurus pembangunan Planetarium Negara Kuala Lumpur. Pd thn 1994, beliau dinaikkan pangkat menjadi Profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pd Oktober 1995 pula, beliau dilantik sbg Ketua Pengarah Bahagian Kajian Sains Angkasa Negara (ANGKASA) di Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTI)

Ketokohan beliau bukan sahaja mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan tetapi juga dikagumi di arena antarabangsa sehingga dilantik oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) Kofi Annan sbg Ketua United Nation Office For Outer Space Affairs(UNOOSA) di Vienna pd November 1999.

download - Datuk Dr. Mazlan Othman

Atas permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir, beliau kembali ke Malaysia pd 22 Julai 2002 dan berkhidmat sbg Ketua Pengarah Bahagian Sains Angkasa (BAKSA) Malaysia yg antara lain bertanggungjawab terhadap penubuhan Agensi Angkasa Lepas Malaysia. Antara tugas penting yg diamanahkan ialah melancarkan Program Angkasawan Negara yg diilhamkan oleh Datuk Dr.Mazlan pd thn 2002 utk meletakkan nama Malaysia seiring dgn nama luar yg berjaya dlm bidang angkasa lepas.

Selepas bersara drpada perkhidmatan awam, beliau dilantik semula sbg pengarah UNOOSA yg beribu pejabat di Geneva, Switzerland pd thn 2007. Di UNOOSA beliau memfokuskan isu-isu berkaitan dgn kerjasama antarabangsa dr segi sains angkasa dan koordinasi undang-undang angkasa lepas.

download1 - Datuk Dr. Mazlan Othman

Beliau juga telah mengabung sains dan seni bersama dan menubuhkan satu Perkhemahan Sains Mengilham Seni yg ditaja oleh Galeri Seni Kebangsaan. Program ini telah berjaya mengumpul para artis dan saintis terkemuka bersama. Beliau adalah instrumen dlm produksi bagi dua format besar filem Dokumentasi Sains dan telah menghasilkan empat tayangan planetarium.

Sumbangan dan idea bernas dlm bidang Sains Fizik dan Astronomi, membolehkan beliau menerima banyak anugerah yg berprestij. Antara anugerah yg tertinggi ialah Panglima Jasa Negara yg dikurniakan oleh DYMM Yg Dipertuan Agong yg membawa gelaran Datuk, Ijazah Doktor Sains (Kehormat) drpada Universiti Otago, New Zealand dan yg terkini Datuk Dr Mazlan telah dinobatkan sbg wanita pertama yg menerima gelaran Tokoh Melayu Terbilang bersempena sambutan ulang thn UMNO ke-65 pd 11 Mei 2011.

Loading...

Tags: #Datuk #Mazlan #Othman

author
Author: 
    Kokos Jiang Alias Kokos Leo Lim Mafia Koruptor Yg Merugikan Negara Rp 477 Milyar
    Jakarta, Infokanlah.com  Kokos Jiang atau juga dikenal Kokos Leo Lim merugikan negara Indonesia
    Cikgu Izzudin sudah tiada…
    “SAYA minta maaf. Sesiapa yg sudah membuat bayaran utk tempahan tag nama, saya
    Ibu bapa beratur sendiri beri hadiah kepada murid sempena Hari Apresiasi
    Setiap kali menjelang hujung thn, kesibukan sekolah menganjurkan majlis apresiasi kepada murid-murid mereka
    NUTP bantah mesyuarat guru di pertengahan cuti sekolah akhir thn
    SHAH ALAM – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bantah tindakan segelintir sekolah di

    Leave a reply "Datuk Dr. Mazlan Othman"