Dato’ Dr. Usman Awang

DatoDr.UsmanAwang 1 - Dato' Dr. Usman Awang
Dato’ Dr. Usman Awang

Sasterawan Negara yg disegani ini dilahirkan di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili Kota Tinggi  Johor pd 12 Julai 1929 dan meninggal dunia pd usia 72 thn di Kuala Lumpur setelah lama menderita akibat penyakit jantung. Menjalani hidup sbg anak nelayan menjadikan beliau sbg insan berjiwa kental namun penuh kelembutan, selembut ucapan puisi yg dikagumi sehingga kini. Kesusahan hidup banyak mengajar beliau tentang kehidupan dan menghadirkan ilham yg berterusan serta menguatkan azam beliau utk mengubah taraf hidup yg dibelenggu kemiskinan.

Usman Awang menerima pendidikan setakat Darjah 6 Sekolah Melayu sahaja. Bersekolah di Kuala Sedili(1936), Mersing(1937) dan Bandar Maharani(1940) sehingga lulus darjah enam. Sewaktu pemerintahan Jepun di Tanah Melayu beliau menjadi buruh paksa Jepun selama 6 bulan di Singapura tetapi berjaya melepaskan diri lalu pulang ke Segamat dan bekerja sbg pembantu pejabat di Pejabat Taliair Segamat. Kemudian beliau memasuki Pasukan Polis Jepun yg dikenali sbg Botai, namun selepas beberapa minggu mengikuti latihan, Jepun diistiharkan kalah dlm Perang Dunia Kedua.

Beliau kemudiannya diserapkan dlm perkhidmatan polis British dan meneruskan latihannya di Johor Bahru sebelum memulakan tugas di Melaka. Selepas itu, Usman Awang mula menceburi bidang penulisan bermula sbg pembaca pruf di Penerbitan Melayu Raya, dan kemudian berpindah bersama Pejabat Utusan Melayu ke Jalan Chow Sow Lin Kuala Lumpur, diikuti pula di Penerbitan Federal dan akhir sekali di Dewan Bahasa dan Pustaka dlm pelbagai jawatan beliau bersara pd bulan Julai 1985.

Karya Usaman Awang menyerlahkan ilhamnya yg bernas dan penuh makna tersirat sehingga menarik minat ramai khalayak pembaca utk mengikuti karyanya. Beliau adalah antara penyair Melayu yg mengekalkan semangat dan harmoni pantun dlm sajak-sajaknya walaupun dgn melonggarkan beberapa ikatan konvensional puisi lama. Ketika itu nama penanya Tongkat Warrant dan Adi Jaya menjadi sebutan ramai peminat dan pencinta puisi. Antara puisinya yg mendapat perhatian meluas ialah Gadis di Kuburan, Salam Benua dan Guru oh Guru. Sajak-sajaknya menepati rima-rima dan ciri-ciri pantun, mudah difahami, bersahaja dan indah utk dihayati. Antara novel terkenalnya ialah Tulang-Tulang Berserakan(pernah dijadikan teks Sastera STP),drama Uda dan Dara, tamu di Bukit Kenny dan Serunai Malam.

images1 1 - Dato' Dr. Usman Awang

Sajak Guru oh Guru dan kita akan dapati bagaimana indah sajak beliau:

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja naik takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yg mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.

(Petikan sajak Guru oh Guru)

Di samping bijak dlm pemilihan patah kata-kata serta ketelusan karyanya, Usman Awang juga menonjol kerana simpatinya terhadap golongan bawahan yg kurang diberi perhatian. Beliau pernah diundang melawat Amerika Syarikat, Indonesia, China, Filipina dan Rusia sbg seorang penyair terkenal dr Malaysia. Beberapa buah karyanya telah diterjemah ke dlm Bahasa Inggeris, China, Jepun, Korea, Perancis, Thailand. Czechkoslovakia, Tamil, Italy dan Rusia. Usman Awang telah dipilih menerima SEA Write Award pd thn 1982. Pd 11 Ogos 1983 Usman dianugerahkan pula Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) oleh Universiti Malaya.

Usman Awang juga adalah penerima Anugerah Sastera Negara bagi thn 1983 dan sbg menghargai sumbangannya dlm dunia kesusasteraan, beliau telah diberi penghormatan apabila dilantik menjadi salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera dan telah dilantik sbg Panel Anugerah Sastera iaitu sebuah badan kehormat yg tertinggi dlm bidang sastera tanah air.

Tongkat,
Setelah berkali-kali ku baca sajakmu
Engkau bukan lagi sbg sahabatku
Engkau adalah guru
Yang mengajar bahasa kepada anak-anak kami
Bahasa penyair Melayu yg jernih, lembut dan halus
Tetapi lebih dr itu, berisi sopan santun akal budi
Suara kemanusiaan yg terlintas, miskin dan hina
Tanpa prasangka warna, bangsa dan agama
Inilah mahkota tertinggi dlm segala seni.

(Petikan sajak Salam kepada Usman Oleh Baha Zain)

Loading...

Tags: #AWANG #Dato' #Usman

author
Author: 
    Corona Membawa Berkah? Gara-Gara Corona, Roro Fitria Kini Bebas Dari Penjara!
    slidegossip.com – Artis Roro Fitria yg sempat terjerat kasus narkoba kini sudah dibebaskan
    Guided Reading Lower Level Materials 01
    What is Guided Reading? These worksheets help to focus on the reading strategies
    Korea Utara Tetap Ngotot Negaranya Bersih Dari Corona! Amerika Bakal Kirim Mata-Mata?
    slidegossip.com – Virus corona atau covid-19 masih saja membuat was-was masyarakat dunia. Melansir
    Tertangkap Kamera CCTV! Sebelum Meninggal, Pria Positif Corona Ludahi Orang Lain Agar Tertular!
    slidegossip.com – Baru-baru ini viral sebuah video yg memperlihatkan seorang pria yg sudah

    Leave a reply "Dato’ Dr. Usman Awang"