Datin Nor Hafizah Saad Kongsi Resipi Nasi Lemuni & Kuih Serabai Ala Kedah

Loading...

untitled design 41 12 44 962383 1 - Datin Nor Hafizah Saad Kongsi Resipi Nasi Lemuni & Kuih Serabai Ala Kedah

Hidangan Air Tangan VIP kali ini memang ‘awesome’ resipi ori diwarisi dr ibu tersayang.. Walaupun sibuk bertugas sbg Pengurus Grup Agensi Amanah Saham dan Usahawan Al-Quran bertanda, beliau tetap ada masa memasak utk keluarga dan tetamu .

RASA menghurai petua dr Datin Nor Hafizah Saad ,45 thn, yg handal memasak lauk pauk asli Kedah warisan keluarganya.

5255 12 34 550163 - Datin Nor Hafizah Saad Kongsi Resipi Nasi Lemuni & Kuih Serabai Ala Kedah
.Aktif di Instagram, rakaman photo shoot majalah RASA pd hari itu turut disiarkan secara langsung di akaun [email protected] norhafizahsaad. Bagaimana cerianya kandungan instagram wanita peramah ini, begitulah dirinya bila diajak bersembang dan temuramah.

Usahawan berasal dr Lubok Buntar, Serdang Kedah ini adalah suri hati kepada Datuk Ramli Abdul Manaf , 52 thn dan ibu kepada seorang cahaya mata Muhammad Ar-Rayyan Ramli berusia 4 thn.

5256 12 38 143180 - Datin Nor Hafizah Saad Kongsi Resipi Nasi Lemuni & Kuih Serabai Ala Kedah
“Datuk tak mkn masakan pembantu rumah. Dia nak masakan air tangan isteri sebab katanya isteri ada buat apa mkn lauk air tangan pembantu rumah. Bukannya kahwin dgn ‘maid’ pun,” katanya diikuti dgn gelak ketawa.Bertemu jodoh agak lewat usia ketika berusia 40 thn, pastinya rumahtangga yg baru terbina selama lima thn ini cukup hangat dgn kasih sayang .

Semasa kami tiba hidangan tradisional Kedah telah pun dihidang cantik di dlm set pinggan mangkuk Port Meirion yg tekenal dr Britain dan Korea. Beliau membuat persediaan masakan seawal 6 pagi utk menyiapkan empat menu istimewa ini iaitu Nasi Leuni , Sambal Ikan Bilis Bersama Terung Pipit, Kuih Serabai dgn kuah durian serta Mi Udang.

5252 12 22 115244 - Datin Nor Hafizah Saad Kongsi Resipi Nasi Lemuni & Kuih Serabai Ala Kedah

Ada cerita di sebalik sajian Nasi Lemuni yg berwarna hitam atau ungu tua ini. Warnanya adalah dr daun pokok lemuni yg berwarna hijau dan ungu di belakang daun. Jika di kampungnya pokok Lemuni senang didapati, bila tinggal di KL beliau mendapatkan bekalan dr rumah bapa saudaranya di Ampang yg menanam pokok ini.

Bila masak nasi lamuni, jangan kedekut ramuan. Bg satu cawan beras, masukkan segenggam atau dua biar lebih berperisa rasa daunnya. Begitu juga dgn santan , sukatannya sama dgn jumlah beras. Gunakan pati santan dan kisarkan bersama daun lamuni.

Nak sedap lagi tambahkan sedikit lada hitam dan juga halia. Nasi ni juga sesuai dimakan utk wanita dlm pantang bersalin. Tapi hati-hati lps mkn ‘angin’ terlepas keluar dr badan,” cerianya tertawa kecil.

5254 12 29 635347 - Datin Nor Hafizah Saad Kongsi Resipi Nasi Lemuni & Kuih Serabai Ala Kedah
Bercerita mengenai kuih serabai yg dimakan bersama kuah durian petuanya jika mahu lebih sedap blh sahaja menggunakan durian Musang King dan gula Melaka. Jika gemarkan kelapa serabai juga blh ditambahkan kelapa parut utk menjadikannya serabai kelapa. Inilah antara sajian sarapan dan minum petang disukai keluarganya yg menetap di Pulau Pinang..

Berasal dr Kedah, Datin Fiza dan keluarga tinggal dan membesar di Pulau Pinang. Ibunya berniaga mknan di pasar malam memang handal memasak dan menjual laksa, bihun utara dan air tebu di gerai.

Laksa mak cukup laris, sehari kami masak 30kg ikan sardin utk laksa, blh licin habis. Hari-hari saya tengok mak saya cukup ligat memasak. Kami empat beradik tolong aje. Dan hari-hari juga mak berpesan suruh belajar masa, sebab kalau dia ‘takde’ siapa yg nak tunjukkan cara masak. saya suka memerhatikan apa yg dimasak oleh mak, imbaunya lagi.

Patutlah Datin Nor Hafizah cukup cekap di dapur. Beliau adalah pemerhati yg baik dan terang hati. Walaupun belajar memasak di usia 30 an, tetapi kini byk resipi warisan ibunya telah pun ‘dikuasainya’.

NASI LEMUNI

untitled design 26 12 45 039689 - Datin Nor Hafizah Saad Kongsi Resipi Nasi Lemuni & Kuih Serabai Ala Kedah

BAHAN-BAHAN :

  • 2 cawan beras | cuci dan tos
  • 2 cawan santan pekat @ pati |* 1beras : 1 santan
  • 2-3 genggam pucuk daun lamuni | dikisar dan tapis , ambil airnya. Pekat .
  • 4.5 sm halia muda | dihiris dan cincang halus
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 2 1/2 biji bawang besar | dikisar
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Masukkan semua bahan dan beras ke dlm periuk nasi
2. Tutup periuk dan biarkan sehingga masak.

SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT

untitled design 27 12 20 310228 - Datin Nor Hafizah Saad Kongsi Resipi Nasi Lemuni & Kuih Serabai Ala Kedah

BAHAN-BAHAN :

  • 200gm ikan bilis | digoreng dan toskan
  • 2 cawan terung pipit, dibuang tangkai dan bersihkan
  • 1/2 biji bawang besar, hiris nipis
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 2-3 senduk besar minyak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Bahan utk kisar halus:
  • 10-15 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar, potong 4

CARA MEMASAK :
1. Goreng ikan bilis separuh masak. Asingkan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga kekuningan.
3. Masukkan bahan kisar dan masak sambal di atas api perlahan sehingga pecah minyak. Masukkan ikan bilis, sos tiram, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
4. Kemudian masukkan terung pipit dan masak sehingga terung lembut. Angkat dan hidang.

KUIH SERABAI DAN KUAH DURIAN


5250 12 13 411098 - Datin Nor Hafizah Saad Kongsi Resipi Nasi Lemuni & Kuih Serabai Ala Kedah

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan santan pekat.
  • 1 sudu kecil yis segera.
  • 2 sudu teh gula.
  • 1 1/2 cawan air.
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil garam atau secukup rasa.
  • Bahan kuah :
  • 1 cawan gula perang.
  • 1 cawan santan.
  • 1/2 cawan air
  • 4 ulas durian
  • 1 cawan santan pekat dan masukan 1 sudu besar tepung jagung | dibancuh
  • 2 helai daun pandan di simpul.

CARA MEMASAK:

1. Masukkan gula dlm sebuah cawan diisi 1/2 cawan air suam dan masuk yis. Biarkan selama 10 minit or sehingga naik kembang
2. Masukkan tepung gandung dan tepung beras dgn santan dan digaul masukan juga garam
3. Masukkan yis yg sudah kembang bersama tepung yg dah di bancuh 4. 4. Panaskan acuan serabai (kalau tak ada gunakan kuali dlm bersaiz 20cm – 8 inci kuali biasa atau kuali non-stickable).


4. Sapukan minyak dgn sehelai daun pandan yg celup dgn minyak. Biarkan minyak dlm acuan panas betul-betul panas. Sederhanakan api dapur dan tuangkan adunan tepung serabai 3/4 penuh.
5. Masak dgn apai perlahan sehingga masak.

Cara masak kuah durian :
1. Masukkan gula dan air
2. Masukkan bahan bancuhan ke dlm kuali yg sedang panas sederhana. Masak dan kacau sebatian ini. Bila mula didih, masukkan bancuhan santan dan tepung jagung dan juga durian
3. Masak sehingga tepung jagung dan santan berubah warna kepada keemasan. Kepekatan terpulang pd berapa lama anda masak. perlu ingat. Bila sejuk kuah ini akan pekat dua kali dr masa panas. maka tentukan ia jangan terlalu pekat.

MI UDANG ISTIMEWA

5249 12 08 365053 - Datin Nor Hafizah Saad Kongsi Resipi Nasi Lemuni & Kuih Serabai Ala Kedah

BAHAN-BAHAN :

  • 500gm udang laut
  • 500gm ATAU 1 bungkus mi kuning, celur
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 8-10 tangkai cili kering | buang biji dan rebus kemudian kisar halus
  • ATAU 3 sudu besar cili giling
  • 1/2 senduk minyak masak
  • Bahan utk kisar halus:
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering, rendam dlm air sehingga lembut
  • Bahan utk rebus dan lenyek halus:
  • 3 ketul ubi kentang
  • Bahan utk hiasan atau taburan:
  • 3 biji telur, rebus dan belah dua
  • cili merah, hiris nipis
  • sayur sawi, potong dan celur

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan udang laut dgn cara belah belakang dan buang tali hitam di belakang, dan potong janggut. tak buang kepala dan kulit Udang.
2. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan kisar halus sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing dan pecah minyak.
4. Masukkan kentang lenyek diikuti air secukupnya. Anda perlu agak-agak kuantiti air, jangan kuah terlalu pekat.
5. Masukkan sos cili ,masak sehingga kuah mendidih.
6. Kemudian masukkan udang, dan perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
7. Hidang dgn cara tuang kuah dan udang di atas mi dan taburkan dgn bahan hiasan.

Loading...

Tags: #Datin #Hafizah #Kedah #Kongsi #Kuih #Lemuni #Nasi #Resipi #Saad #SERABAI

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.