Dari Mahkamah ke Bilik Darjah (MYC2C) dedah konsep perundangan kepada murid

Loading...

image 6 - Dari Mahkamah ke Bilik Darjah (MYC2C) dedah konsep perundangan kepada murid
Richard Malanjum (tengah) menunjukkan buku bartajuk
‘Sistem Kehakiman dan Perundangan Malaysia’
pada Majlis Pelancaran Program dr Mahkamah Ke Bilik Darjah (MYC2C)
di SMK Putrajaya Presint 8 (1) hari ini.
Turut kelihatan Mohamed Hanipa Maidin (kiri) dan
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan) Shaari Osman. – BERNAMA

PUTRAJAYA 8 April – Pelajar sekolah menengah di seluruh negara bakal diberi kefahaman awal mengenai sistem perundangan Malaysia menerusi program Dari Mahkamah ke Bilik Darjah (MYC2C).

Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum berkata, program anjuran Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dan Kementerian Pendidikan itu bertujuan memberi pendedahan awal mengenai intipati undang-undang serta mendidik generasi muda menghormatinya.

“Sistem perundangan selalunya dipelajari di fakulti perundangan dan ia sudah lambat kerana jika diajar di bangku sekolah lagi, generasi muda akan lebih mengetahui sistem penghakiman negara.

“Justeru saya berharap anak muda dpt memanfaatkan program ini sekali gus dpt mengurangkan penggunaan dadah dan buli di peringkat sekolah,” katanya selepas pelancaran Program MYC2C, di sini hari ini.

Yang turut hadir Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri David Wong Dak Wah; Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Ahmad Maarop; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin serta Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Mengulas lanjut Richard berkata, program MYC2C merangkumi tiga aspek utama iaitu lawatan ke mahkamah, hakim ke sekolah dan peguam muda.

Katanya, kesemua program yg dijangka bermula Jun ini akan memberi peluang kepada pihak sekolah dan mahkamah utk bekerjasama serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

“Pihak sekolah blh membuat permohonan utk Hakim atau Majistret datang ke sekolah dan memberi syarahan berkaitan undang-undang negara.

“Bagi program peguam muda pula, akan diadakan perbicaraan olok-olok bg memberi gambaran sebenar perjalanan prosiding mahkamah,” katanya.

Sumber – UTUSAN ONLINE

Loading...

Tags: #Bilik #Dari #Darjah #Dedah #Kepada #Konsep #Mahkamah #Murid #MYC2C #perundangan

author
Author: 
    Pertimbang bonus sebulan gaji, semak semula SSM – CUEPACS
    GEORGETOWN: Kerajaan diharap mempertimbangkan pemberian bonus sekurang-kurang sebulan gaji kepada penjawat awam dlm
    MATXI Corp Sambut Ulangtahun Ke 2 Penuh Gemilang
    Assalamualaikum Tahniah MATXI Corp atas ulang thn ke 2 pd 21 Sept lps.
    Dijambak Haters dan Ketahuan Botak, Lucinta Luna Ngamuk di Tempat Umum!
    slidegossip.com – Lucinta Luna kembali jadi perbincangan publik. Seperti terlihat dlm video yg
    Lirik Lagu Ilir 7 ‘Entah Apa yg Merasukimu’ Langsung Viral di Media Sosial!
    slidegossip.com – Lagu berjudul ‘Entah Apa yg Merasukimu’ tiba-tiba saja jadi viral di

    Comments are closed.