Dakyah Agama Baru Ke Atas Pelajar Malaysia. Episod Akhir.

Loading...

Oleh : Firdaus Wong Wai Hung

PENDEDAHAN: Bukti Usaha Dakyah Utk Memurtadkan Pelajar Kita [Siri 3]

Dr Yoo Chong Young adalah penggerak utama ajaran Unification Church di Malaysia. Beliau sudah bertapak lebih 11 thn di Malaysia semata-mata utk menyebarluaskan ajaran ketuanya Sun Myung Moon atau dikenali Father Moon.

Di dlm pendedahan siri ini akan mengetegahkan apa yg berlaku sebenarnya disebalik penglibatan mereka di dlm badan-badan kerajaan dan NGO di Malaysia. Ada dua situasi, pertama adalah mendedahkan apa yg berlaku di Korea Selatan bersama dgn pelajar Malaysia dan kedua adalah pendedahan ucapan misionari Unification Church di Malaysia.

Apa Yg Berlaku Di Korea Selatan?
Seperti disebut di dlm siri yg lps, terdapat satu program yg telah berlansung di Universiti-Universiti tempatan iaitu program Students for Peace Leadership Conference. Program ini digerakkan oleh sebuah badan besar di bawah agama Unification Church iaitu Women’s Federation for World Peace (WFWP). Antara Universiti yg telah menjadi sasaran program ini adalah Universiti Malaysia Terengganu pd 30 April 2018, Universiti Putra Malaysia pd 10 Mac 2018, Universiti Sains Malaysia pd 6 Oktober 2018. Dan mungkin akan ada lagi susulannya memandangkan mereka mensasarkan 13 Universiti di Malaysia.

Murtad1 1 - Dakyah Agama Baru Ke Atas Pelajar Malaysia. Episod Akhir.
Pelajar Malaysia dibawa ‘ziarah’ ke Istana Father Moon (Cheonjeonggung) atau dikenali sbg gelaran Vatican Timur. Di sana terdapat barang-barang peninggalan Father Moon

Salah satu carannya adalah di dlm program tersebut, Women’s Federation for World Peace (WFWP) akan memberi anugerah ‘Youth Ambassadors for Peace’ kepada mana-mana pimpinan mahasiswa atau mahasiswi dr lain-lain Universiti di Malaysia dan pelajar yg mendapat anugerah itu, dia blh mengajak beberapa orang rakan yg lain utk menghadiri program “Student Leadership Conference & Exploring Korean Development and Culture Tour”. Yg mana program tersebut akan diadakan di Korea Selatan (dan akan dibuat juga di Hawaii). Peserta hanya perlu menyediakan pembelanjaan tiket penerbangan sahaja manakala yg lain-lain akan ditanggung oleh Women’s Federation for World Peace (WFWP).
 

Murtad2 - Dakyah Agama Baru Ke Atas Pelajar Malaysia. Episod Akhir.
Buku dakyah Unification Church dr Dr Yoo Chong Young yg dihadiahkan kepada pelajar-pelajar Malaysia.

Antara pelajar Universiti yg terlibat di dlm program ke Korea Selatan adalah dr Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Selangor (UNISEL).

Program itu berlangsung selama seminggu bermula 30 Julai sehingga 5 Ogos 2018 bertempat di YongPyeong Ski Resort, Korea Selatan. Apa yg berlaku selama seminggu itu adalah:

1) Pelajar-pelajar didedahkan tentang ideologi Father Moon dan Unification Church.

2) Pelajar-pelajar dipaparkan video dan testimoni pimpinan seluruh dunia mengenai Father Moon.


3) Pelajar diberikan buku pendakyahan Unification Church tulisan Dr Yoo Chong Young sendiri bertajuk True Parents and World Peace. 


4) Pelajar didedahkan tentang Mass Weeding dan idealogi Unification Church berkenaan perkahwinan dan juga kekeluargaan. 


5) Pelajar didoktrinkan supaya “mengagungkan” Father Moon sehingga ketika saat sebelum mkn juga pelajar diajar utk menyebut “Father Moon” bg menggantikan “Cheers”. 


6) Pelajar disuruh mengangkat ikrar dan bersumpah utk mengiktiraf Father Moon dan Mother Moon sbg Heavenly Parent dan menunaikan 3 Great Blessing. Pd waktu itu berlaku ketegangan kerana ramai yg protes utk melakukannya. 



7) Pelajar Malaysia dibawa ke Istana Unification Church bernama Cheon Jeong Gung Peace Museum and Meeting Center yg berada di pendalam di atas bukit. Istana berwarna putih itu digelarkan sbg “Vatican of the East”. Pelajar dilarang membawa sebarang kamera atau telifon pintar ke dlm istana tersebut. Di dlm istana tersebut terdapat barang peninggalan Father Moon seperti baju, kasut, paparan legasi sepanjang hidupnya dan sbgnya.


8) Semasa berada di Istana tersebut pelajar disuruh utk melakukan upacara tunduk hormat pd sebuah tempat yg dianggap suci oleh Unification Church dan ada pelajar muslim juga terlibat. 


9) Pelajar juga ditawarkan utk membawa balik kitab suci Unification Church itu “Divine Principle”.

Semua pendedahan ini kami memiliki bukti berbentuk gambar, video dan juga saksi dr peserta yg telah menghadiri program tersebut. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa agenda mereka adalah utk merekrut keahlian dr pelajar-pelajar Malaysia utk menerima agama Unification Church. Memandangkan mereka tahu jika hal ini dilakukan di Malaysia maka mereka melanggar Perlembagaan Malaysia perkara 11 (4) iaitu:

“Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan undang-undang negeri dan berkenaan dgn Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan blh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dlm kalangan orang yg menganuti agama Islam”

Oleh itu, mereka memilih utk menghantar pelajar Malaysia ke Korea Selatan utk mengelak dr terikat dgn peraturan tersebut utk mendoktrin agama mereka kepada pelajar-pelajar Malaysia.

Apa Dakyah Unification Church Di Malaysia?

Di bahagian ini pula akan mendedahkan teks dan juga program yg telah diusahakan oleh agama Unification Church di Malaysia. Hal ini jelas bercanggah dgn Perlembagaan Malaysia dan juga enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri.

1) Ucapan Dr Yoo Chong Young di program Students for Peace Leadership Conference yg diadakan di Universiti Putra Malaysia, pd 10 Mac 2018, yg dihadiri oleh majoriti pelajar Muslim. Ucapan ini diambil drpada buku tulisan beliau sendiri di dlm buku True Parents And World Peace:[1]

a) Beliau membawa cerita berkenaan petanda bahawa Father Moon adalah Sang Penyelamat di zaman sekarang berdasarkan kisah Sir Anthony Brooke yg sanggup ke Korea Selatan utk mencari Sun Myung Moon:

“Fifty-three years ago, Anthony Brooke received a revelation from above when he was half awake and half asleep. God told him in the vision of the night: A living saint, the Peace Messiah has appeared in the land of the Rising Sun in a Far-Eastern country. Then, on 24 March 1964, he went to Korea”

Sebelum Anthony Brooke tiba di Korea, dikatakan beliau beranggapan kehadiran sang penyelamat di “land of the rising sun in a far eastern country” di dlm mimpi itu adalah Jepun lalu beliau ke Jepun. Selama di Jepun dikatakan beliau tidak menemukan seorang pun pendeta yg dimaksudkan itu sehinggalah seorang Professor di Eh Hwa Women University menulis surat kepada Anthony Brooke bahawa tanah matahari terbit itu bukan Jepun tetapi Korea. Lalu Dr Yoo memetik ayat Bible:

“May I refer to Revelation 7:2 “I saw another angel ascending from the east, having the seal of the living God”

Berdasarkan ayat ini, seolah-oleh menunjukkan bahawa Father Moon itu merupakan ‘malaikat’ dr timur itu. Walhal sambungan kepada ayat itu berbicara konteks yg sangat berbeza.

Mimpi tersebut menjadi tanda aras kepada Dr Yoo bahawa ia sedang merujuk kepada Father Moon di Korea. Dan beliau menyambung:

“Finally, after meeting Father Moon in Seoul in a shabby humble house at Chung Pa Dong, Anthony Brooke testified Father Moon as the Peace Saint, Peace Messiah and King of Peace. Anthony Brooke said: “I had seen Father Moon’s face in my vision”. Fortunately, I (Dr. Yoo) also heard his testimony at that time.”
Setelah itu Dr Yoo menekankan dgn ingin melogikkan bahawa benar mimpi itu adalah dr Tuhan sehingga membawa Anthony Brooke sampai ke Korea utk bertemu dgn sang penyelamat baru.

b) Dr Yoo juga menjelaskan bahawa salah satu misi Father Moon (Unification Church) adalah utk membangkitkan tamadun baru yg aman dikenali sbg Pacific Rim Era. Yg mana ia adalah tamadun yg dikuasai oleh lingkaran Pacific bermula Santiago (Chile) ke Las Vegas (US) ke Anchorage (Alaska) ke Jepun ke Korea ke Malaysia dan ke Wellington (New Zealand). Beliau berucap:

“Long ago, Father Moon foresaw the pattern of how human culture will be developing during the different eras. Therefore, he declared, “With the rise of the Pasific Rim Era, a new civilization of peace is beginning!” It is Father Moon’s ferevent desire that all of us living around the Pasific Rim can unite and play a more active role in bringing about peace and harmony to our world.”

“I would like to encourage all of you, Ambassadors for Peace here in Malaysia to work together to bring about peace and true family culture in our world!”

“I believe UPM will be another volcano and starting point of Peace for Malaysia and the World. Could you please wake up from the deep sleep? Open your spiritual eyes and then you will see the new world.”

Sememangnya antara kawasan lingkaran Pasific ini menjadi fokus bertapak kukuhnya gerakkan keagamaan ini. Di tengah-tengah pula terletakknya kepulauan Hawaii dan disitu juga merupakan kawasan yg sangat aktif mereka melakukan dakyah. Malah ahli parlimen Malaysia juga pernah dihantar oleh Universal Peace Federation utk menghadiri persidangan di sana.[2] Selain itu, ada ura-ura mereka juga merancang akan membuat program Leadership Conference bersama dgn Mahasiswa Malaysia di Hawaii yg akan digunakan pelajar Malaysia yg telah menghadiri di Korea pd awal Ogos lalu utk menguruskan program di Hawaii.

Murtad3 - Dakyah Agama Baru Ke Atas Pelajar Malaysia. Episod Akhir.
Borang ikrar utk semua pelajar perlu bersumpah (syahadah) supaya mengakui Father Moon dan Mother Moon adalah ibubapa syurgawi dan ibubapa sebenar.

Dr Yoo melabelkan sesiapa yg melibatkan diri ke dlm misi Unification ini dgn gelaran Ambassadors of Peace agar dilihat lebih harmoni.

2) Ucapan dr anak Sun Myung Moon iaitu Dr. Hyun Jin Preston Moon dlm program Global Peace Convention pd 5-8 Disember, 2013, di Hotel Shangri-la, Kuala Lumpur. Beliau merupakan pengasas kepada Global Peace Foundation dan di Malaysia juga memiliki cawangannya di Petaling Jaya. Ucapan beliau bertema “Unity in Diversity: Building Social Cohesion for Sustainable Peace through Universal Aspirations, Principles, and Values”. Program ini dihadiri oleh ahli perniagaan, pimpinan negara, dan ahli akedemik dlm dan luar negara. [3] 

Ada beberapa perkara yg beliau sebut:

“We all aspire to establish peace on earth, to recognize the value of human life, to recognize the importance of individual responsibility in living according to the laws of nature and heaven and of the individual conscience in guiding us to do so, and to realize that we are truly ONE FAMILY UNDER GOD”

“I believe that vision is the simple yet profound idea that all people, regardless of race, nationality, religion, or culture, are members of ONE FAMILY UNDER GOD.”

“You have all gathered here because you share the hope of a peaceful world rooted in the vision of ONE FAMILY UNDER GOD.”

“Let us determine that it is not they who will determine the future, but it is us that share this common vision to build ONE FAMILY UNDER GOD, to put our mark in this very crucial moment in human history, and shape the future of humanity.”

“This is a solemn moment. But I cannot leave without giving a challenge. This is a big, big challenge that I am proposing here today: Will you become owners of the dream of ONE FAMILY UNDER GOD and make it a living reality for future generations? If you do, please stand up.”

“I want to share with you a Korean word: “Aju”. My father (Sun Myung Moon) explained that this word has tremendous meaning to it, because it means that “I will take ownership over it,” not somebody else. “Peace will start with me. I will be the peacemaker.” So could we say together, “Aju!”? [Aju!] Louder, could we say, together, “Aju!”? [Aju!]

“Will you be owners of the dream of ONE FAMILY UNDER GOD and carry this message and the large mantle that is present before us to the world as the true peacemakers of this century? Will you do that? Yes or no? [Aju!]”

Konsep One Family Under God ini merupakan konsep di dlm Unification Church. Ia dikenali sbg legasi terakhir Sun Myung Moon. Ia dibahaskan di dlm laman sesawang mereka di bawah tajuk “One Family Under God Is Dr. Sun Myung Moon’s Lasting Legacy” ada menyebut bahawa Father Moon itu adalah bapa rohani bg semua, semua adalah anak-anaknya, dan semua adalah satu keluarga.[4]

Ini kerana menurut akidah Unification Church, Father Moon dan Mother Moon adalah Ibubapa Syurgawi (Heavenly Parent) dan mereka itu Ibubapa sejati (True Parent) jelmaan Adam dan Hawa yg ketiga di dunia. Oleh itu mereka mengajak utk menerima konsep fahaman mereka supaya berada di dlm satu keluarga yg dinaungi oleh Father Moon dan Mother Moon di bawah ‘tuhan Father Moon’. Malah pengikut Unification Church ada menulis buku bertajuk One Family Under God: The Life of Sun Myung Moon.

Agenda yg dibawa oleh Dr Hyun Jin Moon ini secara terang mempromosi idea ini kepada rakyat Malaysia. Malah di sebuah halaman di Facebook bernama Dr. Hyun Jin Preston Moon terdapat posting pd 29 Mac 2012 sekeping gambar Dr Hyun Jin Moon bersama dgn pelajar-pelajar Malaysia dr pelbagai bangsa termasuk Melayu, Cina dan India dan dipercayai program tersebut diadakan di Kuala Lumpur. Status tersebut menulis “Dr. Hyun Jin Moon speaking to 2,000 students from 10 universities and colleges in Malaysia.” Dan semua pelajar memakai baju bertulis “One Family Under God Aju!”[5]

Kebanyakkan aktiviti yg dilakukan mereka ini sememangnya menuju kepada pendakyahan kepada agama Unification Church. Sebenarnya masih byk lagi program mereka yg berjalan setiap bln.

Jika dilihat kepada hasil drpada kesemua kes di atas ini, ternyata mereka telah melanggar Undang-Undang Malaysia iaitu Perlembagaan Malaysia Perkara 11 (4) dan juga Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor (1988) di bawah:

Seksyen 5. Kesalahan mendedahkan orang belum dewasa berugama Islam kepada pengaruh ugama bukan Islam.

Seksyen 6. Kesalahan mendekati orang Islam utk mendedahkannya kepada apa-apa ucapan atau pertunjukan sesuatu mengenai ugama bukan Islam.

Seksyen 7. Kesalahan menghantar atau menyerahkan terbitan-terbitan mengenai apa-apa ugama bukan Islam kepada orang berugama Islam.

Selain itu masih byk lagi program yg melibatkan agama Unification Church yg ada maklumat bersama kami. Ramai pihak yg tidak sedar tentang kehadiran mereka dan juga usaha mereka utk melebarkan sayap di Malaysia. Faktor-faktor itu sudah kami bincangkan di dlm artikel sebelum ini (Siri 2).
 

UMT - Dakyah Agama Baru Ke Atas Pelajar Malaysia. Episod Akhir.

Kesimpulan

Masyarakat Malaysia hendaklah sedar dan peka akan kehadiran agama baru yg makin halus melebarkan dakyahnya di Malaysia. Unification Church ini jelas adalah sebuah agama baru yg membina ketaksuban kepada pengikut mereka sbg nabi baru. Mereka memiliki dana yg sangat besar dlm mengerakkan program dan usaha pendakyahan di seluruh dunia.

SIRI 1
SIRI 2
SIRI SUSULAN

Nota akhir:
____________________________

[1] http://familyfedihq.org/…/malaysia-students-for-peace-lead…/
[2] http://www.upf.org/…/6140-malaysian-parliamentarians-attend…
[3] https://www.hyunjinmoon.com/dr-moon-calls-cooperation-amo…/…
[4] http://www.upf.org/…/4696-one-family-under-god-is-dr-sun-my…
[5] https://www.facebook.com/…/a.375720979117…/375720982451183/…

R&D Team Multiracial Reverted Muslims

Loading...

Tags: #Agama #Akhir #Atas #Baru #Dakyah #Episod #Malaysia #Pelajar

author
Author: 
    Disindir Soal 80 Juta, Vanessa Angel: Sekarang Udah Naik 800 Juta!
    slidegossip.com – Vanessa Angel seolah tak ada hentinya menuai sensasi usai dirinya bebas
    Dulu Artis Cantik Ini Bangga Punya Pacar Tajir! Putus, Hadiah Mobil Mewah pun Dikembalikan!
    slidegossip.com – Beberapa waktu lalu, artis cantik Angela Lee tampak bangga karena dirinya
    Bukan Cewek Sembarangan! Ini Profil Putri Tanjung yg Ditunjuk Jadi Staf Ahli Jokowi!
    slidegossip.com – Presiden RI Joko Widodo (Jokowi) akhirnya menunjuk Putri Tanjung sbg salah
    Erick Dwi Guna Yulianto Nangis Setelah Ketahuan Merekam Cewek Ganti Baju Di Mal
    Surabaya –Infokanlah.com Erick Dwi Guna Yulianto, pria perekam video di ruang pas atau

    Comments are closed.