DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK?

Soalan: 
Apakah benar memakan daging unta membatalkan wudhuk? 
Jawapan: 
Alhamdulillah, segala puji bg Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga bgnda SAW, sahabat bgnda SAW serta orang-orang yg mengikuti jejak langkah bgnda SAW. 
Berdasarkan soalan di atas, perkara ini telah menjadi khilaf di antara alim ulama’ atau mazhab-mazhab di dlm Islam. Di sini kami nukilkan pendapat para fuqaha’ drpada al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah terhadap hukum memakan daging unta adakah ia membatalkan wudhuk. [Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 42-43/8] 
Jumhur ulama’ berpendapat bahawa memakan daging unta tidak membatalkan wudhuk. Ini berdasarkan apa yg diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA, diriwayatkan bahawa Nabi SAW: 
 إنَّمَا الْوُضُوءُ مِمَّا يَخْرُجُ وَلَيْسَ مِمَّا يَدْخُلُ 
Maksudnya: “Sesungguhnya berwudhuk (perlu) berdasarkan apa yg keluar, bukannya berdasarkan apa yg masuk.” [Riwayat al-Baihaqi (708)][Imam al-Nawawi mengatakan riwayat al-Baihaqi ini sanadnya adalah hasan atau sahih][Imam al-Zahabi mengatakan riwayat ini adalah mawquf di dlm Tanqih al-Tahqiq dan begitu juga Imam al-Mulaqqin di dlm Khulasah al-Badr al-Munir] 
Selain itu juga, berdasarkan apa yg diriwayatkan oleh Jabir RA berkata:
 كَانَ آخِرَ الْأَمْرَيْنِ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَرْكُ الْوُضُوءِ مِمَّا غَيَّرَتِ النَّارُ 
Maksudnya: “Antara perintah terakhir Rasulullah SAW adalah meninggalkan wudhuk pd mkn apa-apa yg diubah (disentuh) api.” [Riwayat Abu Daud (192)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadith ini adalah sahih] 

Ini kerana, apa yg dimakan itu sama sahaja seperti mknan-makanan yg lain (selain drpada daging). 
Pendapat ini juga diriwayatkan drpada Abu Bakar al-Siddiq RA, Umar RA, Uthman RA, Ali RA, Ibn Mas’ud RA, Ubai bin Ka’ab RA, Abi Talhah RA, Abi Darda’ RA, Ibn Abbas RA, Amir bin Rabi’ah RA dan Abi Umamah RA. Selain itu, pendapat ini adalah yg dipegang oleh jumhur Tabi’in dan ia merupakan pendapat mazhab Hanafi, Maliki dan pendapat yg sahih di dlm mazhab al-Syafi’e. 
Adapun, mazhab Ahmad dan juga pendapat qadim (terdahulu) di dlm mazhab al-Syafie mewajibkan berwudhuk bg orang yg memakan daging unta dlm semua keadaan iaitu dlm keadaan daging itu mentah atau dimasak dan juga samada orang tersebut tahu (akan batalnya wudhuk dgn memakan daging tersebut) dan jahil (tidak tahu). 
Pendapat ini dipegang oleh Ishak bin Rahawayh, Yahya bin Yahya dan dikhabarkan oleh al-Mawardi drpada kalangan sahabat pula ialah Zaid bin Thabit RA, Ibn Umar RA, Abu Msa RA dan Abu Talhah RA. Ia juga merupakan pilihan bg beberapa orang ulama’ yg bermazhab al-Syafie seperti Abu Bakar bin Khuzaimah, Ibn Munzir, al-Baihaqi dlm tarjihan serta pilihannya dan juga pendapat tersebut dikuatkan (disokong) oleh al-Nawawi sbgmana yg dinyatakan di dlm al-Majmu’. 
Mereka ini menggunakan dalil drpada hadith al-Barra’ bin Azib berkata: 

 سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْوُضُوءِ مِنْ لُحُومِ الْإِبِلِ، فَقَالَ: تَوَضَّئُوا مِنْهَا، وَسُئِلَ عَنْ لُحُومِ الْغَنَمِ، فَقَالَ: لَا تَوَضَّئُوا مِنْهَا 
Maksudnya: “Nabi SAW ditanya berkaitan daging unta. Maka Nabi SAW menjawab: “Berwudhuklah kamu disebabkannya. Bgnda SAW juga ditanya berkaitan daging kambing. Maka jawab Bgnda SAW: Tidak berwudhuk disebabkannya.” [Riwayat Abu Daud (184)] [Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadith ini adalah sahih] 
Antara hadith yg lain adalah, bahawa Nabi SAW bersabda:

 تَوَضَّئُوا مِنْ لُحُومِ الْإِبِلِ، وَلَا تَتَوَضَّئُوا مِنْ لُحُومِ الْغَنَمِ 

Maksudnya: “Berwudhuklah kamu disebabkan daging unta dan janganlah kamu berwudhuk disebabkan daging kambing.” [Riwayat Ibn Majah (497)][Menurut Syeikh Fuad Abd al-Baqi di dlm sanad hadith ini terdapat perawi bernama Baqiyyah bin al-Walid dan dia adalah seorang mudallis. Dia juga meriwayatkan hadith ini dgn “العَنْعَنَةْ”. Perawi yg lain adalah thiqah melainkan Khalid adalah seorang yg majhul (tidak diketahui keadaannya). 
Sebelum kami nyatakan pendapat kami dlm masalah ini, suka bg kami utk menukilkan pendapat Imam al-Nawawi di dlm al-Majmu’: 

 وَمَذْهَبُنَا أَنَّهُ لَا ينتقض الوضوء بشئ مِنْ الْمَأْكُولَاتِ سَوَاءٌ مَا مَسَّتْهُ النَّارُ وَغَيْرُهُ غَيْرَ لَحْمِ الْجَزُورِ وَفِي لَحْمِ الْجَزُورِ بِفَتْحِ الْجِيمِ وَهُوَ لَحْمُ الْإِبِلِ قَوْلَانِ الْجَدِيدُ الْمَشْهُورُ لَا يَنْتَقِضُ وَهُوَ الصَّحِيحُ عِنْدَ الْأَصْحَابِ وَالْقَدِيمُ أَنَّهُ يَنْتَقِضُ وَهُوَ ضَعِيفٌ عِنْدَ الْأَصْحَابِ وَلَكِنَّهُ هُوَ الْقَوِيُّ أَوْ الصَّحِيحُ مِنْ حَيْثُ الدَّلِيلُ وَهُوَ الَّذِي أَعْتَقِدُ رُجْحَانَهُ 

Maksudnya: “Mazhab kami (mazhab al-Syafi’e) adalah tidak membatalkan wudhuk sesuatu drpada mknan samada ia dikenakan api (dimasak) atau selain drpadanya melainkan daging unta terbahagi kepada dua pendapat. Pendapat yg baru lagi masyhur (dalam mazhab al-Syafi’e) adalah tidak membatalkan wudhuk dan pendapat ini adalah sahih di sisi ashab al-Syafi’eyyah. Adapun, pendapat yg qadim (pendapat lama dlm mazhab al-Syafi’e) adalah membatalkan wudhuk dan pendapat ini adalah dhaif (lemah) di sisi ashab al-Syafi’eyyah. Akan tetapi, pendapat ini (pendapat yg lemah) lebih kuat atau sahih dr sudut dalil dan aku lebih cenderung kepada pendapat ini dr sudut ketepatannya.” [Lihat: al-Majmu’, 57/2] 

Jawapan Para ulama’ 
Berikut adalah dua jawapan yg diberikan oleh para ulama’ (yang mengatakan memakan daging unta tidak membatalkan wudhuk) dlm berinteraksi dgn dalil-dalil yg dilihat lebih kuat bg pihak yg mewajibkan berwudhuk sbgmana dinyatakan oleh Imam al-Nawawi dan kami nukilkan jawapan ini drpada fatwa negara Jordan: 
Pertama: 
Hadith yg memerintahkan utk berwudhuk adalah mansukh (hukumnya digantikan disebabkan datangnya dalil yg lain) dgn hadith Jabir RA yg diriwayatkan oleh Imam Abu Daud. 
Kedua: 
Maksud wudhuk di dlm hadith adalah membasuh tangan dan berkumur. Akan tetapi, mengapa dikhususkan daging unta adalah disebabkan lemak yg berlebihan ada pd dagingnya. Selain itu, Nabi SAW melarang seseorang itu tidur dlm keadaan tangan dan mulutnya berlemak (lemak daging) kerana bimbang disengat oleh kala jengking dan seumpamanya sbgmana yg disebut di dlm Sunan Abi Daud. 
Pendapat kami 
Setelah melihat pendapat-pendapat di atas, maka kami lebih cenderung kepada pendapat jumhur ulama’ yg tidak membatalkan wudhuk bg sesiapa yg memakan daging unta. Akan tetapi, jika seseorang itu berwudhuk selepas memakan daging unta adalah lebih baik sbg langkah berjaga-jaga dan keluar drpada khilaf pendapat yg mewajibkan. 
Penutup 
Semoga dgn pencerahan yg ringkas ini dpt memberi sedikit manfaat dan kefahaman kita dlm agama. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman dlm agama seterusnya dpt kita beramal dgnnya. Amin. 
Wallahua’lam
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Jabatan Perdana Menteri
Loading...

Tags: #Daging #MEMBATALKAN #UNTA #WUDHUK

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK?"