DAGING TUMIS NOXXA

b55cb1860b886a308cd532607de4d9be7a3afb87 1 - DAGING TUMIS NOXXA

Bahan-bahannya:

850 gram isi daging – dipotong ikut suka
2 biji bawang besar – dipotong bulat
Air secukupnya
3 sudu besar gula perang
Kerisik 350 gram
Tambahan gula putih secukup rasa
Garam secukup rasa
2 sudu besar kicap manis

Bahan-bahan dikisar (untuk perapkan daging):

1 1/2 cawan cili yg telah dikisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
15 gram halia muda
10 gram lengkuas
Sedikit belacan (sebesar hujung jari)
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar sos tomato puri
Air secukupnya

Bahan-bahan ditumis:

1 biji bawang besar – dihiris
1 batang serai – dititik
1 helai daun pandan – dikerat 3

Penyediaannya:

1. Daging diperap dgn bahan-bahan kisar selama lebih kurang 30 minit. Ketepikan.
2. Masukkan minyak secukupnya dlm periuk dlman Noxxa. Tekan fungsi STIR FRY dan on. Bila minyak telah panas, masukkan bahan-bahan tumisan.
3. Tumis sehingga naik bau dan bawang kekuningan. Off fungsi STIR FRY.
4. Kemudian masukkan perapan daging tadi dan kacau rata. Masukkan sedikit air. Tutup periuk dan putar tombol (cap) ke arah PRESSURE. Tekan Fungsi High Pressure 30 minit dan On.
5. Selepas masa tamat, putar tombol ke arah STEAM utk melepaskan wap. Selepas habis semua wap dilepaskan, buka tudung periuk . Kacau rata. Off fungsi HIGH PRESSURE. (Masa ini daging telah empuk tetapi kuah masih belum kering).
6. Masukkan kerisik, gula perang, gula putih, garam, dan kicap. Kacau rata. Tekan fungsi STIR FRY dan On. Biarkan ia mendidih sehingga kuah kering sedikit. Akhir sekali masukkan bawang besar yg dipotong bulat dan dikaup balikkan. Off STIR FRY.
7. Siap utk dihidangkan.

Loading...

Tags: #Daging #Noxxa #Tumis

author
Author: 
    Indonesian Food Noodles with Egg INDOMIE – Cara masak Mie Instan Yang Enak
    Bantu mencapai 5000 Subscribe ya 😁 Klik Subscribe Gratis 😁 SUBSCRIBE ya mas/mbak
    Cara Membuat Bihun Goreng – How To Make Indonesian Style Fried Rice Vermicelli II Cook Like Kayka
    cook like kayka, bihun goreng, how to prepare bihun goreng sederhana, Indonesian style
    Pepe, Kek, and the Rise of an Elder God
    The Pepe/Kek phenomenon is far more than just an amusing meme; it’s a
    MEE GORENG
    My take on making Mee Goreng . If you enjoy, give it a

    Leave a reply "DAGING TUMIS NOXXA"