DAGING SEKILO BAWANG SEKILO

SEKILO 1 - DAGING SEKILO BAWANG SEKILO
Assalam buat semua..
Terliur tengok resepi ni kat Blog Amie’s Little Kitchen.
Sementara masih ada daging ni terus saja saya cuba membuatnya.
Di buat sedikit berkuah sebab Azim nak mkn dgn nasi
Kalau nak mkn dgn Nasi Impit,elok di keringkan sedikit.
Thanks Amie…
Let’s try buat

DAGING SEKILO BAWANG SEKILO

Bahan-bahan

1 kg.daging-potong kecil-kecil
500 ml santan cair
250 ml santan pekat
5 ulas bawang putih-pecahkan dan cincang
1 kg.bawang besar-potong kasar
15 biji lada merah-potong nipis
3 cm halia-di tumbuk
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 sudu teh pati asam jawa
garam /gula/perasa pilihan
minyak

Cara membuatnya

  • Panaskan sedikit minyak.Tumis bawang putih,halia,kulit kayu manis,bunga lawang sehingga wangi.
  • Masukkan lada merah dan terus kacau sehingga layu.
  • Masukkan daging dan bawang,biarkan sehingga layu.
  • Gunakan api besar supaya lada dan bawang segera hancur.
  • Masukkan 500 ml santan cair. Perlahankan api dan tutup kuali.
  • Setelah kuah hampir kering,bawang dan lada hancur,masukkan pula santan pekat,garam dan gula secukup rasa serta perasa pilihan dan pati asam jawa.Gunakan api perlahan.
  • Kacau selalu supaya sebati dan tutup api bila terbit minyak.
  • Siap utk di hidang bersama nasi putih atau Nasi impit.

Loading...

Tags: #BAWANG #Daging #SEKILO

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "DAGING SEKILO BAWANG SEKILO"