Daging Masak Kicap Mudah dan Sedap

Loading...

IMG 8609 1 - Daging Masak Kicap Mudah dan Sedap

Hari ini adalah hari kedua umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Jadi di bulan ini, kita sama sama berusaha melakukan penyucian dr segala penyakit hati supaya bila keluar dr bulan Ramadhan, kita akan dibebaskan dr segala dosa. Apa yg dikatakan penyakit hati. Banyak lah. Penyakit hati ini, semua orang tahu. Antaranya ialah hasad dengki, riak takbur dan ujud. 

Bagaimana nak mengubat penyakit yg ada dlm hati kita. Salah satu drnya ialah dgn menanam sikap sabar yg tinggi. Utk bersabar memang berat. Sabar dan solat. Kedua duanya adalah sukar utk dilakukan. Solat dgn kusyuk adalah sesuatu yg susah. 

Sabar juga sesuatu berat. Mudah utk disebut bila kita tidak mengalaminya sendiri. Tapi bila kita mengalaminya, tengok lah bagaimana tingkah laku kita sbg contoh bila rumah kita menpunyai masalah seperti gangguan bekalan elektrik atau air. Masa tu baru kita tahu jika mudah atau susah utk bersabar. Bila kita ditimpa masalah atau musibah, Allah menyuruh kita supaya bersabar dan solat. OK sekarang kita pindah pula pd bab masakan. 

Saya percaya antara lauk yg popular di bulan Ramadhan adalah masak kicap. Tak kiralah ayam masak kicap, daging masak kicap, telur masak kicap atau apa apa sahaja. Satunya kerana kicap biasanya adalah kegemaran anak anak. Keduanya memasaknya cukup simple, cepat dan mudah. 
IMG 8608 - Daging Masak Kicap Mudah dan Sedap

Hari ini saya menyediakan lauk daging masak kicap bukan utk berbuka tetapi sbg lauk bersahur. Mknan sahur tidak blh berlemak sangat, blh hilang selera. Mkn yg simple simple seperti ini pun dah cukup. Digandingkan dgn timun dan telur dadar pun dah cukup sedap. Telur dadar digoreng garing garing. Wallaa. Mkn pula dgn nasi putih panas panas. 

Lebih sedap jika menggunakan beras yg mahal. Saya pun sebenarnya baru sahaja menukar pd beras mahal. Sbg anak petani, saya hanya mkn nasi dr beras yg ditanam sendiri oleh kedua ibubapa. Jadi saya rasa nasi itulah sedap. Tak tahu lah pula ketika itu, ada nasi yg lebih sedap.

Satu hari Nelly yg ketika itu masih di bangku sekolah balik mencadangkan supaya kami menukar pd beras yg mahal selepas mkn nasi yg sedap di rumah kawannya. Lepas itu, barulah kami beli beras basmathi. Bukanlah dr dulu dulu mkn beras mahal. Maklumlah kami bukan orang yg asal kaya tetapi hanya mkn gaji sahaja.

Jom layan resepi daging masak kicap versi campak campak saya hari ini. Kalau daging itu jenis keras, blhlah rebus dulu atau rebus menggunakan pressure cooker. Jadi waktu memasak lebih singkat. Tak perlu lama lama menunggu daging empuk. Selamat mencuba…
IMG 8610 - Daging Masak Kicap Mudah dan Sedap

Daging Masak Kicap Mudah dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
250 gram daging batang pinang
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar sos cili
3-4 sudu besar kicap manis
Sedikit cuka
1 biji bawang besar – hiris
4 tangkai cili padi – atau cili hijau dan merah
Daun bawang atau daun saderi

Bahan tumis:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia 
1 batang serai – ketuk
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara cara: 
Daging dipotong seperti kiub. Jangan dihiris nipis atau kecil. Daging kemudiannya dilumur garam dan serbuk kunyit. Ketepikan. Sementara itu, blh sediakan bahan bahan lain.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia yg dihiris. Masukkan sekali bunga lawang dan kayu manis serta serai. Tumis sehingga wangi. 

Masukkan cili kering kisar dan kacau rata sehingga cili garing. Masukkan daging dan kacau rata. 


Masukkan sedikit air dan biarkan daging sehingga empuk. Jika belum empuk, blh tambah air.
IMG 8598 - Daging Masak Kicap Mudah dan Sedap

Setelah daging empuk, masukkan sos cili, kicap manis dan cuka. Biarkan kuah mendidih lama lama supaya ianya sebati dgn air daging. Nota: masukkan air secukupnya utk dijadikan kuah. 
IMG 8602 - Daging Masak Kicap Mudah dan Sedap

Akhir sekali, masukkan bawang besar yg dihiris, cili padi atau cili besar hijau dan merah. Sebelum dihidangkan, tabur dgn daun bawang atau daun saderi. 
IMG 8605 - Daging Masak Kicap Mudah dan Sedap

IMG 8611 - Daging Masak Kicap Mudah dan Sedap

Sedia utk dihidang dan dinikmati. 

Nota:
Lebih sedap jika daging ada lemak dan urat urat halus antara daging. 
IMG 8607 - Daging Masak Kicap Mudah dan Sedap

Loading...

Tags: #Daging #Kicap. #Masak #Mudah #Sedap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.