
Orang sekarang kalau mkn nak sedap, pastu tu kalau blh tak mahu lama di dapur. Jawapanhya kenalah pilih menu ekspres seperti Daging Goreng Serai ni. Menu sempoi yg anda semua blh sediakan tak lebih dr 15 minit. Sambil tunggu nasi masak blhlah goreng daging ni, gerenti korang tidak menyesal. Sesuai sangat utk si bujang atau mak-mak yg bekerja.
DAGING GORENG SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 250gm daging batang pinang | rebus dan hiris nipis
- 1 biji bawang besar| dihiris bulat
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 2cm halia | dihiris memanjang
- 3 batang serai| dihiris serong
- 1 biji cili merah| dihiris memanjang
- ½ biji cili benggala
- Sedikit hirisan lobak merah
- 1 sudu mkn sos tiram
- 1 sudu mkn sos cili
- 1 sudu mkn sos tomato
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak secukupnya utk menumis
LANGKAH DEMI LANGKAH:
- Panaskan minyak. Masukkan hirisan halia, bawang putih dan merah sehingga wangi.
- Masukkan hirisan serai, kacau sehingga serai kekuningan.
3. Masukkan pula hirisan daging, kacau lebih kurang 2-3 minit.
Masukkan sos tiram
4. Masukkan sos cili, tomato, garam dan gula secukup rasa.
5.. Akhir sekali masukkan hirisan lobak merah, cili merah dan cili benggala. Kacau 1-2 minit, angkat dan hidang.
Komen anda
Tags: #Cepat #Daging #GORENG #Idea #Masak #Sedap #Serai