Daging Dendeng Berlada

Loading...

IMG 8769 1 - Daging Dendeng Berlada

Sebelum masuk bab resepi Dendeng Daging Berlada, saya mahu kongsikan sedikit lagi intipati tazkirah Zohor oleh Ustazah Ros Izanuri berkenaan Hadis yg berkenaan barang siapa yg pernah melakukan kezaliman pd maruah atau harta saudaranya mkn perlulah menunai hak dgn meminta maaf sebelum tiba hari kiamat. 

Jika tidak diselesaikan, pahala yg ada akan diambil dan diberi pd mereka yg kita berhutang atau melakukan dosa tadi. Jika tiada lagi pahala, maka akan diberikan dosa dia kepada kita. 

Jadi jika kita pernah buat salah maka minta maaf lah dgn saudara kita sebelum tibanya hari kematian kita. Selesaikan dgn berusaha mencari dan meminta maaf. Jangan ego dan jangan mati dlm keadaan tergantung atau berhutang. 

Sebelum Ramadhan dah siap minta maaf dan bersihkan diri dr sebarang dosa terutama yg melibatkan orang lain. Tak blh tak bertegur atau berkecil hati. Bila masuk Ramadhan tinggal melakukan ibadah sahaja. Sebelum berlaku hari kiamat mesti selesai apa apa kezaliman dan kejahatan dgn tunaikan hak dgn meminta dan juga memberi maaf. 

Hari kiamat di mana ianya adalah hari yg tidak lagi diterima dinar atau dirham. Yg ada hanya pahala atau dosa sahaja. Jangan sampai pahala dr amal baik terpaksa diberi sebab ada hutang perasaan dgn dia. Jika tiada amal kebaikan, kita pula kena tanggung dosa dia. Jadi Ramadhan ni kena bermaaf maafan. 

Nasihat saya juga, jangan buat dosa yg tidak sepatutnya seperti meninggalkan komen yg mengguris hati orang yg tidak kita kenali pun di social media. Tulis komen pd orang lain sbg bodoh, bisu, kedekut, lidah naik jerawat dsb. Ingatlah kerana semua perbuatan ini akan dicatat sbg hutang perasaan dgn orang lain yg perlu diselesaikan sebelum mati. 
IMG 8770 - Daging Dendeng Berlada

Setiap kali ke restoran nasi Pdng, saya pasti tidak lepas utk memilih daging dendeng berlado sbg salah satu lauk pilihan. Dagingnya digoreng garing dan rangup. Bila digigit krup krap krup krap. 

Yang saya buat hari ini, ialah daging yg tidak digoreng ranggup. Goreng hanya seketika atau sehingga keperangan sahaja. Saya ambil resepi di SINI. Yg mana penulis menulis yg beliau anak orang Minang. Di samping itu, saya juga membuat beberapa rujukan di blog dr Indonesia.

Hmm puas hati dapat menyediakannya sendiri. Saya mkn nasi menambah nambah juga. Lebih lebih dimakan dgn kuah Gulai Udang Nenas Tumis Darat dan ikan kering gelama. Nantikan entri resepi ini di entri akan datang.   

Jom layan resepi yg saya olah semula di bawah ini. Jangan lupa utk layan video penyediaannya dj Azie Kitchen youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…

IMG 8772 - Daging Dendeng Berlada

Daging Dendeng Berlada
Oleh: Azie Kitchen

Bahan perap:

1/2 kg daging
1 inci halia
3 ulas bawang putih 
1/2 sudu serbuk kunyit
Sedikit garam

Cara cara:
Kisar halia dan bawang putih. Lumur bahan kisar pd daging yg dihiris bersama garam dan serbuk kunyit selama 15 minit. 
IMG 8743 - Daging Dendeng Berlada

IMG 8745 - Daging Dendeng Berlada

Rebus daging sehingga empuk. Nota: Jika suka, masukkan sedikit cuka semasa memerap daging dgn bahan kisar. 
IMG 8751 - Daging Dendeng Berlada

Angkat dan tumbuk manja manja jer daging dgn batu lesung. 
IMG 8753 - Daging Dendeng Berlada

IMG 8754 - Daging Dendeng Berlada

Panaskan minyak dan goreng seketika sehingga keperangan sahaja. 
IMG 8762 - Daging Dendeng Berlada

IMG 8765 - Daging Dendeng Berlada

Nota: Jika suka daging yg kering, blh goreng sehingga daging garing. Angkat dan ketepikan. 


Bahan-Bahan Sambal: 
1 biji bawang besar 
1 biji buah tomato
7-10 tangkai cili merah  

Cara cara:
Kisar atau tumbuk kasar semua bahan di atas. Tumis dgn menggunakan minyak yg banyak lebihan menggoreng daging tadi. Nota: jika utk memudahkan ditumbuk, blh rebus cili seketika. 
IMG 8750 - Daging Dendeng Berlada
IMG 8756 - Daging Dendeng Berlada
IMG 8759 - Daging Dendeng Berlada

Tumis sehingga sambal terbit minyak. Masukkan garam dan sedikit gula. Sesuaikan rasa.
IMG 8763 - Daging Dendeng Berlada
IMG 8764 - Daging Dendeng Berlada

Masukkan daging yg telah digoreng dan kacau rata. Sedia utk dihidangkan. 
IMG 8766 - Daging Dendeng Berlada
IMG 8768 - Daging Dendeng Berlada

Nota;
Boleh diceduk keluar minyak yg berlebihan. Tapi jangan buang semua, kerana minyak menyerap pd daging akan menjadikannya lebih sedap.

Cili merah lagi banyak lagi sedap dan blh dibuat sbg sambal masak seperti sambal masakan nasi pdng.



Carian Berkaitan

Ros Izanuri
Loading...

Tags: #Berlada #Daging #Dendeng

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.