Cuti wajib 14 hari jika terdedah coronavirus

Gan Kim Yong 1580121915 - Cuti wajib 14 hari jika terdedah coronavirus
Menteri Kesihatan Singapura, Gan Kim Yong.

SINGAPURA: Individu yg mempunyai rekod terdedah kepada coronavirus (2019-nCoV) diwajibkan bercuti 14 hari dan diperiksa suhu badan dua kali sehari bg memastikan tidak terkena jangkitan.

Pasukan petugas pelbagai kementerian yg ditubuhkan bg mengekang penularan penyakit berjangkit, melaksanakan langkah itu selain melakukan saringan dan pemeriksaan, terutama terhadap mereka yg baru kembali dr China.

Individu mempunyai hubungan rapat dgn mereka yg terdedah kepada coronavirus diberikan cuti wajib dua minggu terutama yg bekerja di pra-sekolah, sekolah dan sektor penjagaan kesihatan.

Pada sidang media yg dihadiri beberapa menteri pagi semalam, Pengerusi Bersama Pasukan Petugas yg juga Menteri Kesihatan, Gan Kim Yong, berkata kerajaan akan berusaha keras memastikan rakyatnya selamat.

“Antara langkah-langkah yg dilaksanakan secara berperingkat adalah mengurangkan pengimportan barangan berisiko membawa jangkitan, pemantauan suhu, kawalan sempadan yg lebih baik dan nasihat perjalanan.

“Pasukan doktor yg kini melakukan pemantauan rapi dan berjaga-jaga, melaporkan tiada bukti virus itu sedang tersebar kepada rakyat Singapura, keadaan masih terkawal.

“Bagaimanapun, kita akan berwaspada dan mengambil langkah selanjutnya berdasarkan keperluan,” katanya.

Dengan lebih 80 kematian dan 2,000 dijangkiti coronavirus di Wuhan, China, Singapura sedang berusaha menghentikan penularan virus itu dgn menasihatkan rakyatnya elak mengunjungi tanah besar China buat sementara waktu.

Bermula Rabu lalu, pengimbas suhu di lapangan terbang meliputi semua penerbangan masuk, selain pengawasan tambahan kepada semua pesawat dr China serta pemegang pasport dr Hubei dilaksanakan.

Setakat ini, 66 mangsa dikuarantin di Singapura, sama ada di rumah atau ditempatkan di kemudahan kerajaan seperti chalet dan asrama universiti, yg mampu menampung kira-kira 1,000 orang.

Menyentuh mengenai pelajar yg terpaksa cuti wajib, Menteri Pelajaran, Ong Ye Kung, menegaskan ia bukan satu cuti panjang.

“Kami akan membantu pembelajaran mereka, guru akan dihantar mengajar di rumah,” katanya. – The Straits Times/ANN


Loading...

Tags: #coronavirus #CUTI #Hari #Jika #Terdedah #Wajib

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.