Cukai gula akan digunakan utk sarapan percuma murid sekolah – PM

Loading...

IMG 20190320 004602 1 - Cukai gula akan digunakan utk sarapan percuma murid sekolah - PM

Tidak akan ada lagi cukai baharu bg thn ini kecuali cukai ke atas gula yg diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2019, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

“(Bagaimanapun), ia (pelaksanaannya) ditangguhkan buat sementara waktu kerana kita mahu memastikan mekanisme itu berkesan terutamanya utk memenuhi matlamat kesihatan negara,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Invest Malaysia 2019 di Kuala Lumpur.

Cukai eksais 40 sen seliter ke atas minuman bergula yg sepatutnya mula dilaksanakan pd 1 April, 2019 bagaimanapun ditangguhkan kepada 1 Julai, 2019.

Semasa membentangkan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan cukai gula akan dikenakan ke atas minuman yg mengandungi gula melebihi lima gram bg setiap 100 mililiter, begitu juga jus yg mengandungi lebih 12 gram gula bg setiap 100 mililiter.

Perdana Menteri juga berkata mulai thn depan, kerajaan akan menggunakan hasil yg dikutip drpada cukai itu bg menjalankan program sarapan berkhasiat dan percuma kepada semua kanak-kanak sekolah rendah.

“Kita mahu anak-anak kita kuat dan sihat utk mencapai prestasi baik di sekolah,”katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata jawatankuasa pembaharuan cukai (TRC) juga berada di peringkat akhir utk memuktamadkan cadangan penambahbaikan hasil cukai.

Cadangan itu akan mengesyorkan langkah utk mengurangkan ketirisan cukai, bagaimana mengakses kepada transaksi ekonomi yg dianggap haram, penambahbaikan pentadbiran cukai serta mencari sumber hasil baharu, katanya.

“Kita juga akan melaksanakan rasionalisasi insentif cukai bg pelaburan, ​​​memandangkan struktur pentadbiran serta tadbir urus insentif cukai yg ada sekarang amat berasingan, menggunakan kos yg tinggi dan kurang berkesan,” katanya.

Beliau berkata Malaysia pd masa ini menawarkan lebih 130 jenis insentif yg diuruskan oleh 32 Agensi Penggalak Pelaburan, dgn pelbagai peranan dan tanggungjawab, serta beberapa agensi yg memberi kelulusan.

“Cadangan kita memerlukan insentif cukai pelaburan yg holistik dan mudah yg akan menarik pelaburan masa depan,” katanya.

Dr Mahathir berkata insentif itu akan diberikan kepada sektor diinginkan dan jenis pelaburan yg diperlukan negara, serta insentif itu dijajarkan dan terikat dgn Petunjuk Prestasi Utama yg khusus.

Agensi yg terlibat dlm memberikan dan meluluskan insentif cukai akan turut diperkemas.

Kadar cukai korporat di Malaysia telah sedia kompetitif, katanya.

Bagi thn ini, kadar cukai korporat akan dikurangkan kepada 17 peratus drpada 18 peratus utk perusahaan kecil dan sederhana dgn modal berbayar di bawah RM2.5 juta serta perniagaan yg mencatatkan pendapatan blh cukai thnan di bawah RM500,000.

Mengenai syarikat besar dan utama pula, di samping kadar cukai itu yg lebih tinggi, kadar cukai berkesan adalah kurang drpada 10 peratus susulan insentif ini, katanya.

– Bernama

Loading...

Tags: #akan #Cukai #Digunakan #Gula #Murid #PERCUMA #Sarapan #Sekolah

author
Author: 
    Fakta , Gambar Dan Foto Rio Tengker Kakak Nagita Slavina Yg Jarang Terekspose!
    Fakta Dan Gambar Rio Tengker, Saudara Nagita Slavina Dan Caca Tengker – Byk
    Ini 10 Smartphone Dgn Tingkat Radiasi Terendah
    Beberapa waktu lalu, kita telah membahas 10 smartphone dgn radiasi tinggi yg berpotensi
    Awas, Ini Daftar 10 Smartphone Dgn Radiasi Tertinggi
    Radiasi smartphone beberapa thn lalu menjadi momok yg ditakuti oleh kebanyakan orang. Byk

    Leave a reply "Cukai gula akan digunakan utk sarapan percuma murid sekolah – PM"