CUEPACS tuntut 3 perkara drpada kerajaan

C7C52412 8A4B 4071 B3EF B0D284677755 - CUEPACS tuntut 3 perkara drpada kerajaan
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dlm Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengemukakan tiga tuntutan kepada kerajaan seiring tempoh setahun Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara.

Selain isu perumahan utk penjawat awam, kesatuan itu mahu campur tangan dlm pengendalian dan pelaksanaan dasar kerajaan oleh individu lantikan politik dihentikan, serta pertimbangan memberi insentif khas sempena Aidilfitri ini.


Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda, berkata kerajaan diminta mengekalkan dasar perumahan utk penjawat awam berikutan masih ramai belum memiliki kediaman sendiri.

Beliau berkata, jika kerajaan memutuskan tiada pengkhususan dasar utk penjawat awam membeli rumah, kemampuan mereka bersaing dlm pasaran terbuka akan menjadi lebih mencabar.

“Berdasarkan sejarah, penjawat awam memang tidak mampu bersaing dgn gaji swasta yg lebih tinggi.

“Sekiranya dasar ini disusun semula dgn percampuran (pembelian rumah antara) penjawat awam dan swasta, kami bimbang kakitangan awam tidak akan mampu membeli rumah.

“Harga RM300,000 utk rumah mampu milik sangat tinggi dan di luar kemampuan (penjawat awam),” katanya pd sidang media bg mengulas tempoh setahun pentadbiran PH, di sini, hari ini.


Azih berkata, penjawat awam tidak ada harapan selain utk kerajaan menyedia dan menawarkan rumah mampu milik kepada mereka, dgn harga tidak melebihi tahap kemampuan gaji yg diterima.

“Setiap kali cabutan (undi utk) rumah penjawat awam, hanya 10 peratus berjaya, manakala 90 peratus lagi perlu bersaing dgn pekerja swasta dan akhirnya tidak dpt.

“Diharapkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Zuraida Kamaruddin) melihat perkara ini. Melalui Dasar Perumahan Negara, CUEPACS pun tidak dipanggil. Dasar ini sepatutnya dpt menjamin penjawat awam utk membeli rumah,” katanya.

Azih berkata, CUEPACS juga sudah membangkitkan perkara itu utk pengetahuan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan akan menulis surat serta bersedia bertemu menteri bertanggungjawab jika gesaan mereka tidak diberi perhatian.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya menerima aduan bahawa ada individu lantikan politik mencampuri urusan dlm perkhidmatan awam.

“Apa (aduan) yg sampai ke pejabat kami, ada dasar diputuskan lantikan politik yg tidak mahu penjawat awam buat. Mereka (lantikan politik) yg hendak buat.

“Kalau ada halangan begini, ia akan melambatkan proses pelaksanaan. Penjawat awam tidak akan berdiam diri kerana mereka memegang dan memikul tanggungjawab,” katanya.


Seterusnya, Azih menjelaskan tuntutan bayaran insentif khas sempena Aidilfitri adalah seperti thn sebelum ini, sbg bukti keprihatinan kerajaan membantu meringankan beban penjawat awam, terutama mereka yg memiliki keluarga besar.

Beliau sekali gus mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Perak, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yg sudah menyatakan komitmen memberi insentif khas kepada penjawat awam di negeri terbabit.

“Kita sudah mengutus surat kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, justeru berharap kerajaan dpt mempertimbangkan pemberian bantuan khas kerana sara hidup ketika ini adalah tinggi serta mencabar. Diharapkan juga blh mendapat lebih awal utk persiapan raya,” katanya.


Loading...

Tags: #Cuepacs #drpada #Kerajaan #Perkara #tuntut

author
Author: 
    Setelah Dipukuli, Gadis Ini Dibakar Hidup-Hidup Oleh Ayahnya Karena Ingin Keluar dr Islam dan Masuk Kristen!
    slidegossip.com – Memilih agama utk diyakini adalah hak setiap manusia. Namun yg dilakukan
    Suami Meninggal Karena Corona, Istri Diseret Petugas Karena Nekat Ingin Masuk Kamar Jenazah!
    slidegossip.com – Belakangan ini di media sosial viral video seorang wanita yg diseret
    Suami Akhirnya Bisa Hamil, Model Cantik Ini Bahagia Menanti Kelahiran Anak Pertama!
    slidegossip.com – Kisah pasangan ini mungkin bisa dibilang unik dan jarang terjadi di
    Kisah Pelacur Cantik yg Menikah Dgn Kyai! Saking Cintanya, Sang Kyai Rela Antar Jemput Istrinya Jual Diri!
    slidegossip.com – Meski byk yg sudah bertaubat, namun profesi pelacur nyatanya tak bisa

    Comments are closed.