CUEPACS setuju COLA dikaji semula

IMG 20190111 201059 1 - CUEPACS setuju COLA dikaji semula

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dlm Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengalu-alukan cadangan kerajaan mengkaji semula elaun kos sara hidup (COLA) bg pegawai kerajaan berikutan kos sara hidup yg makin meningkat.

Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata kos sara hidup yg kian meningkat itu bukan saja dirasai kakitangan awam di bandar tetapi di kawasan luar bandar.

Katanya, keadaan itu tidak selari dgn kenaikan gaji diterima kakitangan kerajaan menyebabkan beban hidup semakin dirasai.

“Kerajaan bukan saja wajar memikirkan utk mengkaji semula COLA tetapi menimbang kenaikan utk semua lokasi tanpa mengira sama ada kakitangan berkhidmat di bandar atau luar bandar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran semalam bahawa kerajaan akan mempertimbangkan utk mengkaji semula COLA bg pegawai kerajaan.

Kulasegaran dipetik berkata, kali terakhir COLA utk pegawai kerajaan dikaji semula ialah pd 2012 dgn jumlah ditetapkan pd RM300, RM250, dan RM150 tertakluk kepada lokasi penempatan.

Azih berkata, kajian semula COLA tepat pd masanya sbg salah satu usaha memberi kebaikan kepada kakitangannya, khususnya kakitangan kumpulan sokongan satu dan dua.

Sumber: BH Online

loading…

Loading...

Tags: #COLA #Cuepacs #dikaji #Semula #setuju

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "CUEPACS setuju COLA dikaji semula"