CUEPACS mohon bantuan Aidilfitri utk penjawat awam

FB IMG 1556630799837 1 - CUEPACS mohon bantuan Aidilfitri utk penjawat awam

IPOH 30 April – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dlm Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan memohon kepada kerajaan persekutuan agar dpt memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada semua penjawat awam di seluruh negara.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, CUEPACS akan mengutus surat kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung perkara itu dlm waktu terdekat ini iaitu ketika umat Islam menjalani ibadah puasa di bln Ramadan.

“Macam biasa kita akan suarakan kepada kerajaan dgn mengutus surat kepada PM (Perdana Menteri) dan Menteri Kewangan supaya dlm mengharungi kos sara hidup yg semua orang tahu beban, dan kesannya terhadap kewangan penjawat awam yg berada di mana-mana jua.

“Bukan sahaja membabitkan penjawat awam di kawasan bandar malah di luar bandar dan kalau tidak dibantu, mungkin ada dlm kalangan penjawat awam tidak dpt berhari raya kerana tidak mampu nak beli baju raya utk anak-anak dan sbgnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Seminar Hari Pekerja sempena sambutan Hari Pekerja CUEPACS 2019 yg dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Hal Ehwal Pengguna dan Integrasi Nasional Perak A.Sivanesan di Stadium Indera Mulia, di sini hari ini.

Tahun lps, kerajaan memberikan bantuan khas berkenaan iaitu bg gred 41 dan ke bawah sebanyak RM400 seorang manakala pesara kerajaan sebanyak RM200.

Sementara itu, terdahulu, Azih dlm satu kenyataan berkata kira-kira 10,000 penjawat awam akan menikmati perlindungan takaful kemalangan CuepacsPA-Raya bernilai RM220,000 secara percuma sempena sambutan Hari Pekerja 2019.

Menurut Azih, program yg merupakan kerjasama antara MyCuepacsCare dan Zurich General Takaful Malaysia Bhd (Zurich) akan memberikan perlindungan sekiranya berlaku kemalangan bermula 20 Mei sehingga 19 Jun hadapan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, penjawat awam blh mendapatkan borang CuepacsPA-Raya yg diedarkan secara percuma pd seminar hari ini, sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya esok dan sambutan Hari Pekerja CUEPACS di sini pd Khamis.

“Risiko berlakunya kemalangan ketika musim perayaan adalah tinggi berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya. Justeru, saya berharap penjawat awam tidak membiarkan diri mereka tanpa perlindungan sewajarnya,” katanya.

Azih berkata antara manfaat ditawarkan melalui CuepacsPA-Raya adalah perlindungan utk kemalangan sbg penumpang pengangkutan awam atau kenderaan persendirian, pembunuhan, serangan, mogok, rusuhan dan kekacauan awam. – BERNAMA


Loading...

Tags: #Aidilfitri #Awam #Bantuan #Cuepacs #Mohon #Penjawat

author
Author: 
    Bertengkar Dgn Wanita Kulit Hitam, Pemenang Kontes Kecantikan Ini Dihujat: Kok Kayak Preman Sih!
    slidegossip.com – Baru-baru ini publik dikejutkan dgn kelakuan seorang pemenang kontes kecantikan. Dlm
    Nasibnya Berujung Tragis! Remaja Ini Bunuh Diri Agar Bisa Hidup Bersama Tokoh Kartun Idolanya!
    slidegossip.com – Kisah tragis ini dialami oleh seorang remaja pria yg masih berumur
    Jangan Ditiru! Artis Cantik Berhijab Ini Ingin Gugurkan Kandungan Karena Tak Siap Punya Anak!
    slidegossip.com – Apa yg dilakukan artis cantik berhijab ini memang tak layak utk
    Tegaskan Tak Pernah Rebut Reino Dari Luna Maya, Syahrini: Saya Tidak Merasa Mkn Teman!
    slidegossip.com – Meski kini sudah resmi menikah dgn Reino Barack, namun sehingga saat

    Comments are closed.