CUEPACS minta kerajaan jangan abai kebajikan guru

Loading...

3005 azih muda4 1 - CUEPACS minta kerajaan jangan abai kebajikan guru

SEMPORNA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dlm Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melihat kebajikan termasuk berkaitan elaun para guru di negara ini khususnya yg berkhidmat di luar bandar.

Presidennya, Datuk Azih Muda turut menyarankan supaya kerajaan mengkaji semula elaun yg diberikan kepada pengetua, guru besar, penolong kanan, ketua bidang dan memberikan elaun setimpal kepada guru disiplin dan guru panitia.

“Misalnya, guru panitia serta guru disiplin ketika ini tidak diberikan sebarang elaun. Harapan Cuepacs supaya kekurangan ini diatasi segera,” katanya kepada pemberita pd Majlis Warga Pendidik Semporna bersama Cuepacs di sini.

Beliau dlm pd itu turut mencadangkan kepada pihak berkaitan seperti Kementerian Pendidikan atau Jabatan Perkhidmatan Awam agar mengecualikan warden sekolah drpada pemotongan elaun rumah (kuarters kerajaan).

“Warden bertugas 24 jam di sekolah, menjaga dan mengawal (pelajar) dan tinggal dlm kuarters kerajaan tetapi elaun rumah dipotong,” katanya.

Selain itu, Azih berkata, pihaknya berharap Kementerian Pendidikan menyusun semula gred guru yg memegang portfolio ketua bidang di sekolah kepada 48 dan bukannya gred 44.

“Harapan Cuepacs utk melihat hab industri pendidikan negara ini terus cemerlang tanpa mengabaikan keperluan guru,” katanya.

Sementara itu, Azih turut menzahirkan terima kasih kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kerana memenuhi janji walaupun tidak menyeragamkan elaun Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) utk penjawat awam tetapi menaikkan kadar itu kepada RM50 sebulan bg kumpulan pelaksana.

Beliau turut menyarankan agar elaun COLA itu dpt diberikan juga kepada penjawat awam Persekutuan gred 48 dan ke bawah. – Bernama

Loading...

Tags: #abai #Cuepacs #Guru #Jangan #Kebajikan #Kerajaan #Minta

author
Author: 
    Jom Cuti Sekolah Bersama Captain Quack & Friends Di Sunway Lagoon
    Hi semua.. Dah masuk cuti sekolah kan mesti tengah planning nak bawa anak-anak
    Sindir Artis yg Suka Pamer Isi ATM? Tamara Bleszynski: Receh, Sangat Memalukan!
    slidegossip.com – Belakangan ini byk artis-artis yg ikut-ikutan membongkar isi saldo di ATM
    Bibir Bengkak, Barbie Kumalasari Disantet? Mbah Mijan: Dari Orang yg Ditolak Cintanya!
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr Barbie Kumalasari. Baru-baru ini bibir Barbie Kumalasari
    Elaun Perjalanan Kenderaan (EPK) Penjawat Awam Dinaikkan
    Melalui satu siaran bertrikh 12 November 2019, adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah

    Comments are closed.