SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dlm Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan menyegerakan penebusan awal Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 75 hari kepada kakitangan awam seperti dibentangkan dlm Belanjawan 2020.
Presidennya, Adnan Mat berkata, berdasarkan pengumuman sebelum ini, penebusan ganjaran itu sepatutnya berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Menurutnya, GCR adalah ganjaran wang tunai yg diberi kepada anggota perkhidmatan awam yg tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.
“Belanjawan 2020 bg perkhidmatan awam telah memperuntukkan penebusan awal GCR sebanyak 75 hari utk ganjaran wang tunai bg penjawat awam yg telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 thn.
“Perkara ini sepatutnya berkuat kuasa pd 1 Januari 2020, namun sehingga kini tiada sebarang pekeliling dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkaitan penebusan awal GCR ini.
“Justeru, Cuepacs berharap agar pihak kerajaan melalui JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dpt mengambil tindakan segera terhadap perkara yg telah dibentangkan dlm Belanjawan 2020 bg perkhidmatan awam demi kebajikan anggota berkenaan,” katanya dlm satu kenyataan hari ini.
Adnan berkata, ganjaran itu hanya diberikan kepada anggota tetap termasuk pegawai dlm tempoh percubaan dan anggota sementara dlm perkhidmatan awam.
Tags: #Bayaran #Cuepacs #Gesa #Kerajaan #Percepat