CUCUR SIPUT

Assalamualaikum, 

Apa khabar pembaca blog fizalgk dan rakan-rakan sekelian. Suka tak mkn gorengan cucur…tak kiralah cucur sayur, cucur udang ataupun cucur yg manis seperti cekodok pisang. Pasti ramai yg suka..betul tak? Kecualilah yg tengah diet tu…ada yg elak dr mkn benda bergoreng. Tapi tak salah nak mkn sesekali dan kalau buat cucur dirumah kita blh control penggunaan minyak dgn menggunakan minyak jagung utk menggoreng. 

Ada tips sederhana sebenarnya utk mengelakkan cucur drpada berminyak iaitu jangan goreng cucur dgn api yg kecil kerana cucur akan menyerap minyak dan jika api dapur terlalu kuat, cucur cepat hangit diluar dan tidak masak didalam. Yg bagusnya goreng cucur menggunakan api sederhana panas dan ketika diangkat masukkan kedalam penapis yg di lapik tisu dapur supaya lebihan minyak diserap.

Baiklah…jom kita lihat resipi cucur siput yg saya sediakan dibawah ini. Blh je tukarkan dgn mknan laut lain utk resipi ni. 
cucurBsiput - CUCUR SIPUT
CUCUR SIPUT RANGUP
200gm isi siput – (saya guna isi siput kabung)
½ kilogram tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 paket (11gm) yis mauripan – dilarutkan dlm ½ cawan air suam 
1 sudu kecil garam
sedikit serbuk kunyit
200gm taugeh
1 pokok daun bawang
2 biji cili merah – dihiris nipis
Minyak secukupnya utk menggoreng

Cara membuatnya:

1. Larutkan yis kedalam air suam, biarkan seketika sehingga agak berbuih.

2. Potong daun bawang, cili merah dan cili padi. Masukkan kedalam mangkuk bersama taugeh yg telah dibersihkan dan isi siput.
cucurBsiputB9 - CUCUR SIPUT

3. Masukkan tepung gandum.
cucurBsiputB10 - CUCUR SIPUT

4. Masukkan pula serbuk kunyit, garam dan kacau rata. 

cucurBsiputB3 - CUCUR SIPUT

5. Pecahkan telur kedalam campuran tersebut dan masukkan larutan yis tadi bersama dua cawan air.

cucurBsiputB4 - CUCUR SIPUT

6. Gaul sehingga sebati dan masukkan sayur-sayuran. Perapkan sebentar sehingga adunan nampak berbuih.

7. Panaskan minyak masak dan gunakan api sederhana utk menggoreng cucur didalam minyak yg banyak. 

8. Goreng sehingga kuning keemasan dan angkat utk toskan minyak.

Loading...

Tags: #Cucur #Siput

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "CUCUR SIPUT"