
Cucur Pisang, Cekodok atau jemput-jemput pisag adalah mknan yg sama , cuma sebutan sahaja berbeza mengikut negeri, tempat dan daerah. Ita biasa panggil jemput-jemput pisang aje..
Kegemaran ita sejak kecil lagi. Enak di jadikan juadah utk sarapan pagi atau minum petang. lawannya hanya dgn gula atau sambal pun blh. Mkn macam tu je pun dah sedap!
CUCUR PISANG
300 gm pisang yg masak ranum
2 sudu besar tepung beras
100 gm tepung gandum
3 sudu besar gula ( blh lebihkan jika pisang tak manis )
1 sudu teh garam
1 sudu teh soda
Lenyek pisang sehingga hancur, masukkan garam , soda dan gula
Gaul rata
Masukkan tepung beras dan tepung gandum
gaul rata
Biarkan sebentar
panaskan minyak yg banyak dlm kuali
basakkan tangan dgn air
Jemput-jemputkan adunan pisang dgn jari
Goreng sehingga kuning keemasan
Angkat dan hidangkan