Cucur Ikan Bilis Yg Rangup

IMG 5792 1 - Cucur Ikan Bilis Yg Rangup

Alhamdulillah, hari ini saya digagahkan utk ke pejabat. Lagi lama di rumah, lagi emosi saya tidak stabil sehingga saya mula mengalami simpton depressi. Saya mudah menjadi emosional dgn tanpa sebab. 

Aduhaai memang fikiran jadi sangat tak menentu. Bukan kerana saya tidak menerima ujian atau tidak redha tetapi keadaan menjadikan saya serba salah. Saya bukan mengeluh dgn sakitnya saya kerana saya tahu disebalik ujian, ada hikmahNya. Allah tidak menimpakan sesuatu melainkan ada hikmah yg ingin dikurniakan. 

Namun sepanjang di pejabat, saya sangat berhati hati dgn langkah kaki saya kerana tidak mahu terlalu bergerak aktif secara mengejut. Kalau biasanya, saya memang seorang yg bergerak pantas dan berjalan laju. Alhamdulllah walaupun masih ada bengkak tapi bengkaknya agak berkurangan. 

Hari ini saya ingin kongsikan resepi ringkas sahaja. Sesuai utk hidangan sarapan pagi dan juga hidangan petang. Masuk ke dapur utk bersarapan sebelum mkn ubat. Tapi bila dibuka saji, kosong. Tiada mknan utk sarapan. Saya meminta Ros utk menyediakan Cucur Ikan Bilis. Cucur ikan bilis hari ini hanya menggunakan bahan bahan yg tersedia di rumah sahaja. 
IMG 5787 - Cucur Ikan Bilis Yg Rangup

Cucur ikan bilis hari ini memang sangat sedap. Cukup rasanya, cukup garing dan kerangupannya. Habis sepinggan tanpa disedari pun. Blh click di SINI utk entri Best Ever Cucur Udang. Bahan bahannya lebih kurang sama sahaja. Cuma hari ini dimasukkan sedikit air panas utk meranggupkan kuih cucur. 

Jom layan resepi di bawah ini. Blh diubahsuai sukatan bahan bahan jika ingin membuat dlm kuantiti yg banyak. 

IMG 5791 - Cucur Ikan Bilis Yg Rangup

Cucur Ikan Bilis Yg Rangup
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 biji bawang besar Holland
1 tangkai cili merah
1 biji ubi kentang – potong dadu
1/2 biji karot – hiris panjang
Sejemput ikan bilis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil baking powder
1/4 cawan air panas
Air secukupnya

Cara cara:
Satukan semua bahan di atas dan dikacau. Tuang air panas dan kacau. Kemudian baru dituang air biasa sehingga menjadi adunan yg sederhana kecairannya. 

Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Balik balikkan dan setelah masak kedua dua belah, blhlah angkat dan tos. 

Nota:
Mahu lagi sedap, blh tambah daun kucai atau daun bawang dan isi jagung. 



Loading...

Tags: #Bilis #Cucur #IKAN #RANGUP

author
Author: 
    Resep dan Cara Memasak Ceker Mercon Mudah, Enak dan Lezat ala Zasanah
    Ceker adalah salah satu bagian ayam yang banyak disukai oleh orang. Ceker bias
    Mee Goreng Daging Sedap
    Detail recipe, please click my blog at http://www.aziekitchen.com/2017/11/mee-goreng-daging-yang-sedap.html Please follow me at :
    Resepi & Cara Masak Sambal Nasi Lemak Sedap
    Resepi sambal nasi lemak #airtanganamelia Bawang merah (lebih pun takpe) Bawang putih (sedikit)
    Chinese Vegetable Stir Fry Recipe | iCookAsia
    Bring a pop of colour to any meal with this delicious Chinese Vegetable

    Leave a reply "Cucur Ikan Bilis Yg Rangup"