
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan menasihatkan pihak pengurusan sekolah supaya mengambil langkah perlu susulan cuaca panas dan kering berpanjangan melanda negara kini.
“Pihak pengurusan sekolah perlu memantau aktiviti yg mendedahkan murid kepada cuaca panas; menangguhkan semua aktiviti Iuar bilik darjah jika cuaca panas; memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di sekolah; menggalakkan murid mengambil air minuman dlm kuantiti sesuai; membekalkan air minuman kepada pelajar asrama yg berdepan sumber air kritikal dan bekerjasama dgn klinik sekiranya murid berdepan komplikasi cuaca,” katanya.
Menurutnya, semua sekolah diingatkan supaya lebih peka akan bahaya cuaca panas dan mengambil tindakan berdasarkan Prosedur Operasi Standard.
“Kementerian juga akan membuat pemakluman dr semasa ke semasa terhadap sebarang perubahan berkaitan fenomena yg dialami pd masa ini,” katanya.

Tags: #Ambil #berjagajaga #Cuaca #diminta #langkah #PANAS #Sekolah