Cuaca Panas Cecah 36.9 Darjah Celcius Selama 3 Hari Di Perak, Kedah & Perlis

Loading...

IMG 20190225 193654 1 - Cuaca Panas Cecah 36.9 Darjah Celcius Selama 3 Hari Di Perak, Kedah & Perlis

Cuaca panas melampau kian hari kian terasa. Keluar sahaja rumah bahang haba yg terasa sungguh membuatkan aktiviti harian kita sedikit terbatas. Negara kita kini mengalami cuaca panas yg berterusan.

Menerusi laman Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Malaysia mengalami gelombang haba sehingga suhu mencecah 36.9 darjah Celcius di beberapa kawasan. Oleh hal yg demikian, kita haruslah berjaga-jaga dan sentiasa memperbanyakan meminum air kosong utk mengekal hidrat tubuh badan kita.

10 kawasan terjejas

53344624 2019065461476740 6201768999731068928 n - Cuaca Panas Cecah 36.9 Darjah Celcius Selama 3 Hari Di Perak, Kedah & Perlis

10 kawasan di negara ini yg mengalami gelombang haba di tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Muar, Kepong, Maran, Kinta, Kuala Kangsar, Hulu Perak, Sik, Kota Setar, Kubang Pasu dan Chuping akan mengalami suhu maksimum harian mencecah 35 darjah Celcius sehingga ke 36.9 darjah Celcius sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut. Lain-lain kawasan di Malaysia masih di tahap biasa iaitu suhu maksimum harian kurang drpada 35 darjah Celcius.

Sabah Sarawak tidak terjejas

Suhu Maksima SS - Cuaca Panas Cecah 36.9 Darjah Celcius Selama 3 Hari Di Perak, Kedah & Perlis

Kawasan-kawasan di sekitar Sabah dan Sarawak tidak mengalami sebarang gelombang haba seperti yg terjadi di beberapa kawasan di sekitar semenanjung Malaysia.

Langkah berjaga-jaga

Apabila cuaca panas melampau melanda, kita sering dinasihatkan utk menjaga kesihatan tubuh badan dgn kerap meminum air dan mengurangkan aktiviti luar rumah. Hal ini bg mengekalkan hidrat tubuh badan kita di musim panas ini.

Sumber: Jabatan Meteorologi

Loading...

Tags: #36.9 #Cecah #Celcius #Cuaca #Darjah #Hari #Kedah #PANAS #PERAK #Perlis #Selama

author
Author: 
    Fakta , Gambar Dan Foto Rio Tengker Kakak Nagita Slavina Yg Jarang Terekspose!
    Fakta Dan Gambar Rio Tengker, Saudara Nagita Slavina Dan Caca Tengker – Byk
    Ini 10 Smartphone Dgn Tingkat Radiasi Terendah
    Beberapa waktu lalu, kita telah membahas 10 smartphone dgn radiasi tinggi yg berpotensi
    Awas, Ini Daftar 10 Smartphone Dgn Radiasi Tertinggi
    Radiasi smartphone beberapa thn lalu menjadi momok yg ditakuti oleh kebanyakan orang. Byk

    Leave a reply "Cuaca Panas Cecah 36.9 Darjah Celcius Selama 3 Hari Di Perak, Kedah & Perlis"