Cream Puff Yg Sedap Dari Juita

Loading...

Cream Puff Yg Sedap Dari Juita
Resepi hari ini diambil dr blog Masam Manis oleh blogger tersohor Norazlita Aziz di SINI yg sangat saya kagumi. Kali pertama saya mengenali kuih ini ialah ketika di tingkatan empat di mana sahabat baik saya Cik gu Noriah Mohamed ketika itu menyediakannya utk satu majlis mkn mkn di sekolah. 

Saya terus meminta resepi dan cuba membuatnya. Memang menjadi cream puff nya. Tapi creamnya tidak menjadi kerana saya tidak menggunakan tepung kastard. Maklumlah masa itu, mana ada duit nak membeli bahannya. Lagi pun bukan ada dijual di kedai runcit berdekatan rumah. 

Seumur hidup pun tak pernah beli tepung kastard ketika itu. Jadi cream saya tidak menjadi kuning dan tidak kental. Saya lupa apa bahan yg saya gunakan utk mengganti kastard ketika itu. Kenangan itu, amat saya ingati sehingga sekarang. 
Cream Puff Yg Sedap Dari Juita

Cream Puff hari ini disediakan Juita ketika beliau bercuti di Malaysia tapi saya belum sempat publish. Juita memang hebat dlm bab menyediakan kek, biskut dan kuih muih. Sejak belajar di Manchester, dia mula belajar memasak. Malah semasa kami ke sana, Juita telah menyediakan nasi lemak siap dgn ayam goreng utk kami. Berbeza dgn Nana yg serba blh dlm semua.  

Saya pernah menyediakan Cream Puff Choux Pastry tapi menggunakan fresh cream. Blh click di SINI. Sedap dgn rasa yg berbeza dr cream puff hari ini. Hahaha rasa lebih English nya.

Jom layan resepi yg digunakan oleh Juita dan saya olah semula di bawah ini. Selamat mencuba..
Cream Puff Yg Sedap Dari Juita

Cream Puff
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
100 ml air 
45 gram butter – suhu bilik, potong 1cm 
60 gram tepung gandum – diayak 

2 biji telur – 100 gram

Cara cara:
Panaskan oven pd suhu 200C. Alaskan dulang oven (oven plate) dgn aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, blh terus sapukan butter 

Masukkan telur ke dlm mangkuk. Pukul sehingga telur kuning dan telur putih bercampur.

Masukkan air dan butter ke dlm periuk. Masak dgn api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

Masukkan tepung ke dlm periuk tadi dan kacau cepat-cepat. 

Panaskan semula adunan dgn api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian pdmkan api. 

Masukkan telur, kacau cepat-cepat. Sedia utk dipiping. 

Masukkan adunan ke dlm piping bag. Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak ada blh guna bucu plasti yg dipotong anggaran 1 cm. 

Pipe ke atas dulang. Tekan bahagian tanduk yg terhasil supaya cream puff nampak cantik. Spray permukaan cream puff dgn air. 

Bakar dlm oven pd suhu 200C selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C dan bakar selama 25 minit. Kalau mahu lagi perang, biarkan cream puff di dlm oven beberapa minit sebelum dikeluarkan. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard. 

Cream Custard
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:

1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung 
4 sudu besar gula 
200 ml (1 cup) susu segar 
1 biji telur – saiz besar 
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna kuning 

Cara cara:
Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dlm mangkuk. 

Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yg berketul ketul. 

Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yg selebihnya dan kacau. 

Masak atas dapur dgn api yg sederhana. Adunan hendaklah dikacau utk mendapatkan cream custard yg licin.
Cream Puff Yg Sedap Dari Juita

Loading...

Tags: #Cream #Dari #Juita #Puff #Sedap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Cream Puff Yg Sedap Dari Juita"