COVID-19: UPSR, PT3 akan dtangguhkan?

814104333  c2601857 18127 907 ARCH522072 MG129068 1 - COVID-19: UPSR, PT3 akan dtangguhkan?

Bekas menteri pendidikan, Mahdzir Khalid, berpendapat Kementerian Pendidikan tidak perlu mewajibkan pihak sekolah melaksanakan sepenuhnya sukatan pelajaran thn ini yg terjejas akibat Covid-19.

Beliau berkata, peperiksaan peringkat sekolah atau berpusat pula perlu mengambil kira jumlah hari pengajaran dan pembelajaran berlangsung serta sukatan pelajaran yg blh dihabiskan bg thn ini.

Jelasnya, beliau menyambut baik sekiranya Kementerian Pendidikan melakukan perubahan serta penjajaran semula takwim pendidikan thn ini.

“Saya setuju takwim diubah, kena kira balik jumlah hari yg ada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah thn 2020. Berapa sukatan pelajaran yg blh dihabiskan utk thn ini bg setiap mata pelajaran berdasarkan jumlah hari mengajar di sekolah.

“Berdasarkan jumlah hari dan jumlah sukatan pelajaran yg blh diajar, peperiksaan peringkat sekolah atau berpusat blh mengambil kira faktor itu.

“Tidak perlu lagi utk menghabiskan sukatan pelajaran thn 2020 utk semua subjek. Lembaga peperiksaan mesti diberi peluang mengemukakan beberapa pilihan yg ada, masa yg sesuai utk peperiksaan,” katanya kepada Malaysiakini.

Hari ini, Malaysiakini melaporkan Kementerian Pendidikan dijangka akan meminda semua tarikh peperiksaan utama selaras dgn keputusan kerajaan melanjutkan PKP dan pengangguhan pembukaan persekolahan ekoran Covid-19.

Pinda semua tarikh peperiksaan

Malaysiakini dimaklumkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan peperiksaan PT3 akan ditangguhkan beberapa bln.

Begitu juga dgn Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bertulis serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Semester 3 dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sumber bagaimanapun berkata ia tertakluk kepada kelulusan kabinet.

Dalam pd itu, Mahdzir berkata, Kementerian Pendidikan mestilah memberi gambaran awal kepada masyarakat umum bahawa mereka sudah mempunyai perancangan pasca-Covid-19.

Sementara itu Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Mohamad Ali Hassan, menyokong penuh pindaan tarikh peperiksaan utama dan takwim pendidikan thn ini ekoran pelanjutan PKP.

“PIBGN menyokong penuh usaha dan tindakan KPM utk meminda kesemua tarikh peperiksaan utama sekolah disebabkan pelanjutan PKP serta sebab-sebab pelanjutan tersebut ekoran Covid-19.

“Pihak PIBGN juga menyambut baik perubahan takwim persekolahan thn ini dan berikutnya serta menyarankan Kementerian Pendidikan utk terus mengatur sebaik mungkin pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran melalui e-pembelajaran, termasuk TV dan radio utk akses semua pelajar,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu bg Exco Pemuda Umno, Mustafa Shah Abdul Hamid, mahu Kementerian Pendidikan turut memberi tumpuan kepada murid-murid luar bandar termasuk anak Orang Asli agar mereka tidak tercicir pelajaran sepanjang pelaksanaan PKP.

Mustafa berkata, beliau khuatir jika murid-murid di kawasan pedalaman serta masyarakat Orang Asli tidak dpt mengakses pembelajaran secara dlm talian kerana capaian internet yg terhad.

“Kita menuntut supaya Kementerian Pendidikan turut memberi perhatian khusus kepada murid-murid yg berada di kawasan luar bandar termasuk anak-anak Orang Asli yg saya kira pelajaran mereka terjejas ketika ini.

“Walaupun KPM melakukan pendidikan secara dlm talian melalui e-pembelajaran dan TV pendidikan, namun bg masyarakat yg tinggal di luar bandar pastinya berdepan kesukaran utk mendapat liputan internet apatah lagi utk melaksanakan pembelajaran secara dlm talian di rumah masing-masing,” katanya.

Tambahnya lagi KPM perlu ada mekanisme khusus bg memastikan kumpulan ini tidak ketinggalan dan tercicir pelajaran mereka.

Sumber: Malaysiakini


Loading...

Tags: #akan #Covid19 #dtangguhkan #UPSR

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.