COVID-19: Kerajaan laksana Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara

muhyiddin yassin rtm1 pic 130320 1 1 - COVID-19: Kerajaan laksana Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara

Kerajaan memutuskan utk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa sehingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;

Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yg menjual barangan keperluan harian. Khusus utk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dgn keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yg telah bersidang pd 15 Mac 2020.

Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bg yg baru pulang dr luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari;

Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dlm negara;

Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;

Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan

Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yg terlibat dgn perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan mknan.

PERUTUSANBKHASBYABBPMB B16032020B Bfinal.pdf page 001 - COVID-19: Kerajaan laksana Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara

PERUTUSANBKHASBYABBPMB B16032020B Bfinal.pdf page 002 - COVID-19: Kerajaan laksana Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara

PERUTUSANBKHASBYABBPMB B16032020B Bfinal.pdf page 003 - COVID-19: Kerajaan laksana Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara

PERUTUSANBKHASBYABBPMB B16032020B Bfinal.pdf page 004 - COVID-19: Kerajaan laksana Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara



Loading...

Tags: #Covid19 #kawalan #Kerajaan #laksana #Negara #Pergerakan #Perintah #seluruh

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.