Cookies Guna Kekacang Dan Biji-Bijian Sungguh Sedap Dibuat Kudapan.

Loading...

Untitled design 13 1 2 - Cookies Guna Kekacang Dan Biji-Bijian Sungguh Sedap Dibuat Kudapan.

Nak biskut tambah rangup, tambah aje kekacang dan bijian. Biskut moden memang sentiasa dicipta dan dikemas kini setiap thn. Hiasan kekacang dan biji-bijian bukan sahaja menambah tarikan tetapi juga rasa lemak yg sungguh sedap.

Jom kita semak 5 lagi resipi biskut raya yg dikongsikan oleh Zaiton Ismail dr Dyra Bakery & Academy ini. Tak payah tunggu raya buat kudapan masa tengok rancangan tv pun syok juga nih… 

1.CHERRY SUN FLOWER SEEDS

Untitled design 3 1 3 - Cookies Guna Kekacang Dan Biji-Bijian Sungguh Sedap Dibuat Kudapan.

BAHAN-BAHAN :

  • 250 gm mentega
  • 100 gm gula aising
  • 350 gm gm tepung gandum | diayak
  • 50 gm tepung kentang | diayak
  • 50 gm tepung jagung | diayak
  • 30 gm ceri hijau dan merah | dipotong kecil
  • 30 gm biji bunga matahari | telah dipanggang

Bahan hiasan :

  • Ceri hijau dan merah
  • Biji bunga matahari secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur, pukul rata.
3. Kemudian masukkan semua jenis tepung diikuti ceri hijau ,ceri merah dan biji bunga matahari serta gaul rata.
4. Adun sehingga menjadi doh
5. Kemudian gelekkan doh dan terap ikut bentuk acuan yg disukai
6. Panaskan oven dan bakar dlm suhu 170 darjah celcius selama 18 minit

Waktu memasak : 18 minit
Keistimewaan : Buah ceri yg manis dan biji bunga matahari yg rangup

INFO : Panggang dahulu biji bunga matahari utk biskut yg lebih rangup dan berlemak. Susun dgn jarak yg jauh sedikit kerana doh akan mengembang dan merebak.

2. APRICOT SHIP COOKIES

Untitled design 2 1 3 - Cookies Guna Kekacang Dan Biji-Bijian Sungguh Sedap Dibuat Kudapan.

BAHAN-BAHAN :

  • 250 gm mentega
  • 50 gm gula aising
  • 400 gm tepung gandum | diayak
  • 100gm apricot kering | dipotong kecil
  • 100 gm serbuk badam
  • Sedikit pewarna kuning

Bahan hiasan :

  • Aprikot, ceri dan badam cincang secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang, masukkan pewarna kuning.
2 .Masukkan tepung gandum, diikuti dgn badam dan aprikot kering.
3. Adunkan supaya menjadi doh.
4. Bentukkan dgn acuan berbentuk kapal, jangan terlalu nipis.
5. Hiaskan aprikot , ceri dan badam cincang di atasnya.
6. Panaskan oven dgn suhu 170 darjah celcius dan bakar selama 15 minit.

Waktu memasak : 15 minit
Keistimewaan : Hiasan aprikot, ceri dan badam dlm biskut kapal, menaikkalan lagi rasa ramuannya

INFO : Anda blh juga menggunakan buah-buahan beri lain menggantikan ceri

3.PEANUT BUTTER TART ALMOND

Untitled design 6 3 2 - Cookies Guna Kekacang Dan Biji-Bijian Sungguh Sedap Dibuat Kudapan.

BAHAN – BAHAN:

  • 250 gm mentega
  • 60 gm gula aising
  • 350gm tepung gandum | diayak
  • 50 gm tepung jagung | diayak
  • 100 gm mentega kacang
  • 50 gm badam hiris
  • 50 gm ceri merah dan hijau

Bahan Hiasan :

  • Coklat cair warna merah mudah, dipaipkan.

CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang.
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan uli sehingga menjadi doh.
3. Kemudian gunakan acuan kulit tart dan bentuk tart seperti dlm gambar.
4. Kemudian masukkan mentega kacang, ceri dan badam hiris ke dlm tart.
5. Panaskan oven dlm suhu 170 darjah celcius, dan bakar selama 18 -20 minit atau sehingga perang keemasan.
6. Setelah sejuk hiaskan atau paipkan coklat cair warna merah muda.

Waktu memasak :18-20 minit
Keistimewaan : Inti mentega kacang,badam hiris memberikan rasa berlemak

INFO : Ceri merah dan hijau yg manis menyedapkan lagi biskut ini

4.SUGEE ALMOND COOKIES

Untitled design 8 2 2 - Cookies Guna Kekacang Dan Biji-Bijian Sungguh Sedap Dibuat Kudapan.

BAHAN-BAHAN :

  • 250 gm minyak sapi
  • 120 gm gula aising
  • 400 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh perisa pandan
  • 1 sudu teh pewarna hijau

Bahan hiasan :

  • 50 gm hirisan badam
  • 100 biji labu hijau

CARA MEMASAK :
1. Pukul minyak sapi dan gula aising sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan perisa pandan dan pewarna hijau.
3. Terap mengikut acuan dan hiaskan hirisan badam dan biji labu di atasnya.
4. Panaskan oven dgn suhu 170 darjah celcius, dan bakar selama 20 minit

Waktu memasak : 20 minit
Keistimewaan : Biskut suji yg lembut dan gebu dgn perisa pandan Anggaran kos : RM 45

INFO : Biskut suji kaya dgn rasa minyak sapi yg lazat. Anda blh juga menambahkan sedikit susu tepung utk rasa lebih berkrim

5. GREEN MINT COOKIES WITH PUMPKIN SEEDS

Untitled design 11 2 1 - Cookies Guna Kekacang Dan Biji-Bijian Sungguh Sedap Dibuat Kudapan.

BAHAN-BAHAN :

  • 250 gm mentega
  • 110 gm gula aising
  • 1 biji telur
  • 300 gm tepung gandum | diayak
  • 10 ml perisa pudina
  • 10 ml pewarna hijau
  • 10 gm serbuk penaik | diayak
  • 20 gm hirisan badam

Bahan hiasan :

  • Coklat cair secukupnya utk dipaipkan atas biskut.
  • 120 biji labu secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega bersama gula aising dan kemudian masukkan telur
2. Pukul rata dan masukkan tepung gandum dan serbuk penaik.
3. Masukkan perisa pudina dan hirisan badam.
4. Uli doh dan sudukan ke atas dulang, hiaskan dgn biji labu.
5. Panaskan oven dan bakar pd suhu 180 darjah celcius selama 18 minit.
6. Sejukkan dan hiaskan dan paipkan coklat yg dicairkan di atasnya.

Waktu memasak :18 – 20 minit
Keistimewaan : Kelazatan rasa pudina dan badam

INFO : Panggang dahulu biji labu , jika anda mahu memasukkan sedikit dlm adunan (10 gm) utk rasa lebih rangup.

Terima kasih :

Dyra Bakery & Academy,15- 1 Jln Elektron E U16/E, Denai Alam, Shah Alam. fb: nurdyracookies house, fb :Kzis Zis Zaiton Ismail

Komen anda

Loading...

Tags: #BijiBijian #Cookies #dibuat #Guna #Kekacang #Kudapan #Sedap #Sungguh

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Cookies Guna Kekacang Dan Biji-Bijian Sungguh Sedap Dibuat Kudapan."