Cokodok Pisang Lembut, Cantik & Bulat. mcm Ni Cara Buatnya.

untitled design 25 12 363417 1 - Cokodok Pisang Lembut, Cantik & Bulat. mcm Ni Cara Buatnya.

Sedapnya mkn cokodok pisang panas-panas. Bg yg teringin sangat nak mkn, ni ada resipi Cokodok Pisang sedap dan mudah perkongsian saudari Cik Pooja yg blh dicuba. Menurut empunya resipi, resipi ni memang hasilnya lembut dan tak serap minyak. Pendek kata, pasti puas hati. Tengok gambar je pun dah dpt rasa sedap. Jom cuba.

COKODOK PISANG LEMBUT & CANTIK

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji pisang bersaiz besar – jika kecil, blh guna 8-10 biji. Empunya resipi guna pisang bunga.
  • 2 sudu mkn marjerin
  • 5 sudu mkn gula pasir
  • 1 sudu teh soda bikarbonat – sukatan tidak terlalu membukit
  • 1 sudu teh garam
  • 2 cawan tepung gandum

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan ( kecuali tepung gandum) dan lenyek sehingga sebati.

24993445 912454322250732 3999053836459897326 n - Cokodok Pisang Lembut, Cantik & Bulat. mcm Ni Cara Buatnya.
2. Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi sehingga sekata bersama adunan pisang tadi.

24991038 912454392250725 281841475209491014 n 1 - Cokodok Pisang Lembut, Cantik & Bulat. mcm Ni Cara Buatnya.
3. Rehatkan adunan selama 10-15 minit. Pastikan adunan tidak terlalu cair.

24909834 912454465584051 7737225238403290927 n - Cokodok Pisang Lembut, Cantik & Bulat. mcm Ni Cara Buatnya.
4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi menggunakan jari. Goreng guna api perlahan sehingga garing dan masak.

24900039 912454515584046 1950251454721182744 n - Cokodok Pisang Lembut, Cantik & Bulat. mcm Ni Cara Buatnya.
5. Angkat dan sedia utk dinikmati.

24900061 912454572250707 1944187710593092492 n - Cokodok Pisang Lembut, Cantik & Bulat. mcm Ni Cara Buatnya.

INFO:

1. Tujuan guna marjerin ialah utk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila digoreng nanti. Malah ia juga menghalang minyak dr terserap ke dlm isi.
2. Cekodok akan menjadi wangi tetapi masih mengekalkan rasa asli.
3. Jangan goreng cekodok dgn api besar kerana nanti akan hangit dan tidak masak di dlm.
4. Utk hasil cekodok yg cantik, hanya jemputkan bancuhan ke dlm minyak. Nanti ia akan membulat dgn sendiri ( jika bancuhan tu dibuat dgn baik)

Kredit resipi & foto: Cik Pooja

Loading...

Tags: #Buatnya. #Bulat. #Cantik #Cara #Cokodok #Lembut #Pisang

author
Author: 
    Membongkar resep gorengan tempe krispy abang-abang
    Gorengan tempe krispy bener-bener garing tahan lama renyahnya tanpa menggunakan plastik hanya mengandalkan
    Resepi Siakap Tiga Rasa ala Thai
    Resepi Penuh : https://buatoranglapo.com/2017/02/03/ikan-siakap-3-rasa-ala-thai/ #enjoymusicwhilelearningrecipe #awesomemusic #janganjogetkuatsangat #learnrecipe #belajarmemasak #howtocook #howto #akuyangmasakkauyangmakan #akuyangmasakkauyangpanas
    Resepi Roti Puri | Poori Recipe
    0:32 rest dough for 15 minutes rehatkan adunan selama 15 minit Roti Puri
    RESEP SARWENDAH Mahal ?! Worth It Gak Sih ??
    Nih buat kalian yang penasaran sama Resep Sarwendah ya 😉 Kita pesen yang

    Comments are closed.