Cikgu Sirhajwan terima anugerah antarabangsa kali ke 17

B5139710 10EE 40EE A7D9 EEA01670E26A - Cikgu Sirhajwan terima anugerah antarabangsa kali ke 17

MOHD Sirhajwan (tengah) bersama Norlyziah (kiri) dan Anita menunjukkan sijil yg diterima.

Guru Bahasa Inggeris, Mohd Sirhajwan Idek dianugerahkan Pembentang Kajian Terbaik di persidangan International Conference on Research in Teaching, Education & Learning 2019 (ICRTEL) di KU Home, Kasetsart University, Chtuchak, Bangkok, Thailand.

Mohd Sirhajwan dr Kolej Vokasional (KV) Keningau, Sabah antara tiga guru dr negeri itu yg mewakili Malaysia bg pembentangan antarabangsa anjuran Teaching & Education Research Association (TERA).

Dua lagi guru ialah Anita Md Yasin (KV Keningau) dan Norlyziah Ali Hussein dr Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanzac, Kota Kinabalu.

Menurut Mohd Sirhajwan, anugerah itu diterima menerusi kajiannya yg bertajuk ‘See & Say: Utilizing Visuals to Stimulate Novice Learners Verbalization of Ideas in the Target Language’.

“Teknik pengajaran See & Say itu menggunakan visual tanpa perkataan utk membantu pelajar menjana idea yg lebih kritikal.

“Teknik itu turut menggalakkan pelajar bertutur dlm bahasa Inggeris menggunakan perkataan sendiri,” katanya.
Pencapaian itu adalah yg ke-17 bg kategori anugerah antarabangsa yg diterimanya termasuk dr United Kingdom, Perancis, Itali, Korea Selatan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sementara itu, Norlyziah pula membentang kajian berkenaan inovasi pengajaran utk subjek yg diajarnya iaitu Geografi.

Kajian ilmiahnya yg bertajuk The Application of Iziigrid in Facilitating Students’ Mastery of the Geographic Grid Among Students in Malaysian Secondary Education memfokuskan kepada alat inovasi yg dinamakan Iziigrid.
Iziigrid ialah pembaris khas yg membantu pelajar utk memahami tajuk kedudukan.

Inovasi itu pernah menjuarai inovasi guru inovatif berkumpulan peringkat Sabah dan naib johan di peringkat kebangsaan pd thn lalu.

Guru Seni Kulinari, Anita pula membentangkan kajian doktor falsafah (PhD) yg bertajuk Designing Effective Health Education Based on Students Perception on Obesity and Healthy Lifestyle.

Kajian itu berkenaan persepsi dan kesedaran pelajar kolej vokasional terhadap pemakanan sihat, risiko obesiti dan pencegahan melalui pendidikan.

Loading...

Tags: #AntaraBangsa #ANUGERAH #Cikgu #Kali #Sirhajwan #Terima

author
Author: 
    Soalan murid nakal ini buat gurunya hiba…
    Gambar hiasan Untuk renungan kita bersama *Hari Ini Saya Baik, Nanti Cikgu Beritahu
    5 Artis Ini Pernah Lakukan Hal Jorok? No 3 Pipis di Westafel, No 5 BAB di Celana Saat Konser!
    slidegossip.com – Artis itu juga manusia loh. Sama seperti yg lain, mereka juga
    Husnul Khatimah? 3 Artis Indonesia Ini Meninggal Usai Shalat, No 3 Masih Pakai Mukena!
    slidegossip.com – Jodoh, rezeki sehinggal ajal adalah rahasia Yg Maha Kuasa. Tak ada
    3 Artis Terkenal Indonesia Ini Mati Meninggalkan Hutang, No 3 Ketakutan dan Bunuh Diri?
    slidegossip.com – Umur manusia memang sudah ditentukan oleh yg Maha Kuasa. Tuhan bisa

    Leave a reply "Cikgu Sirhajwan terima anugerah antarabangsa kali ke 17"