Cikgu Izzudin sudah tiada…

IMG 20191115 075147 1 - Cikgu Izzudin sudah tiada...

“SAYA minta maaf. Sesiapa yg sudah membuat bayaran utk tempahan tag nama, saya akan pulangkan semula wang mereka.

“Mereka yg sudah mendapat tag nama, itulah kenangan ditinggalkan,” itu luahan Suzana Muhamad Tab, isteri kepada pesakit kanser Limfoma, Mohd Izzudin Zainal.

Mohd Izzudin iaitu guru yg mengambil tempahan membuat tag nama tulisan khat dr atas katil hospital bg menampung kos rawatan disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), 8.05 malam tadi.

Suzana, 34, ketika dihubungi Harian Metro, memberitahu doktor mengesahkan suaminya meninggal dunia kerana jangkitan paru-paru.

“Semalam, arwah masih berusaha menyiapkan beberapa tempahan tag nama walaupun dlm keadaan sesak nafas.

“Pagi tadi tahap oksigen arwah semakin menurun dan semua bacaan lain pd mesin mulai menurun.

“Sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, doktor tetap berusaha memberi bantuan pernafasan di depan saya,” katanya dlm keadaan sebak.

Allahyarham Mohd Izzudin meninggalkan dua cahaya mata lelaki, Sulaiman, 5, dan Isa, 3.

Jenazah akan disempurnakan dan disembahyangkan di Masjid Al-Khadijah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pantai Dlm, pagi esok.

Kisah Mohd Izzudin berusaha mencari rezeki dgn mengambil tempahan membuat tag nama tulisan khat sehingga tular di media sosial, pernah dilaporkan Harian Metro pd 2 dan 7 November lalu.

Loading...

Tags: #Cikgu #Izzudin #SUDAH #Tiada

author
Author: 
    Muat Turun Buku Panduan Pengurusan Persatuan Pandu Puteri
    Buku Panduan Pengurusan Persatuan Pandu Puteri ini ialah dokumen yg memerincikan garis panduan
    Kena Santet, Kaki Artis Terkenal Ini Dibuat Seperti Kaki Gajah, Yg Lakuin Teman Syuting?
    slidegossip.com – Aktor dan komedian Rony Dozer mengaku dikirimi guna-guna oleh orang yg
    Seorang kanak-kanak maut, seorang parah jatuh dr tingkat empat kuarters guru di Gombak
    KUALA LUMPUR, 28 Jan – Seorang kanak-kanak perempuan maut manakala seorang lagi parah
    Keluarga Atta Halilintar Harus Hadapi Kasus Hukum, Kok Nama Siti Badriah Ikut Terseret?
    slidegossip.com – Keluarga Atta Halilintar yg dikenal dgn Gen Halilintar harus siap menghadapi

    Comments are closed.