Cikgu Chan ikon jawi sekolah

chan - Cikgu Chan ikon jawi sekolah

KOTA BHARU 20 April – Pandai membaca dan menulis jawi adalah satu kemahiran yg tidak dimiliki ramai orang pd zaman ini, apatah lagi di kalangan yg bukan berbangsa Melayu.

Bagi warga pendidik, Chan Seew Eng, 53, yg berasal dr Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa, beliau sangat berterima kasih kepada dua guru pendidikan agama semasa bersekolah rendah dan menengah yg gigih mengajarnya sehingga dpt membaca dan menulis jawi.

Seew Eng yg berkhidmat sbg guru Penolong Kanan Ko-kurikulum Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail (2) di sini berkata, kemahiran yg dimiliki itu membantunya semasa belajar di Institut Bahasa Lembah Pantai sehingga menjadi rujukan pelajar lain termasuk pelajar Melayu.

imageB252812529 - Cikgu Chan ikon jawi sekolah
Chan Seew Eng, 53

“Saya belajar jawi dan agama Islam bermula dr sekolah rendah sehingga menengah, saya malas hendak keluar kelas waktu subjek ini jadi lebih baik saya duduk belajar bersama rakan lain.

“Saya ingat lagi dua ustaz yg mengajar saya iaitu arwah Ustaz Abdul Rauf semasa di SK Pulau Gajah dan Ustaz Abdul Wahab di Sekolah Menengah Pengkalan Chepa, kalau silap tulis dlm kelas saya akan turut kena denda ketuk kepala sama seperti pelajar lain,” katanya.

Seew Eng ditemui Utusan Online selepas Kursus Pemantapan Kaedah Pengajaran Jawi Guru-guru Pendidikan Islam (GPI) dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) anjuran SK Sultan Ismail (2) di sekolah itu di sini hari ini.

Dalam program itu, lebih 50 guru dan murid didedahkan dgn kaedah pengajaran jawi melalui teknik BDN iaitu baca dgn nombor yg telah disampaikan oleh penerima Anugerah Guru Inovatif Sekolah Rendah negeri Perak 2017, Wan Mohd Azhar Wan Mahamod.

Sementara itu, Seew Eng berkata, semasa belajar di sekolah menengah dahulu, dia menulis nota subjek agama Islam dlm tulisan jawi dan berjaya mendapat gred C4 dlm Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Sehingga hari ini saya masih lagi blh membaca dan menulis jawi walaupun lama telah ditinggalkan.

“Pada pandangan saya, orang Melayu khususnya perlu mempunyai kemahiran membaca dan menulis jawi kerana ia sangat penting, asas utk belajar al-Quran bermula dr jawi,” katanya.

image - Cikgu Chan ikon jawi sekolah
Mohammad Fadzil Mat

Sementara itu, Guru Besar SK Sultan Ismail (2), Mohammad Fadzil Mat berkata, beliau baru sahaja mengetahui kebolehan yg dimiliki orang kanannya tersebut yg lebih mesra dipanggil Cikgu Chan.

“Cikgu Chan turut mengajar subjek Bahasa Melayu di sini, saya sebenarnya baru saja tahu dia pandai jawi, semasa program ini berjalan Cikgu Chan sedang mundar mandir di luar kelas kerana memantau kerja-kerja menaiktaraf gelanggang badminton.

“Tetapi kerana minatnya kepada jawi, dia beberapa kali menjenguk masuk melihat bengkel yg kita buat ini, selepas ini kita rancang jadikan Cikgu Chan sbg ikon jawi sekolah supaya dpt menjadi motivasi kepada murid-murid lain,”katanya.

Sumber – UTUSAN ONLINE


Loading...

Tags: #Chan #Cikgu #ikon #Jawi #Sekolah

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.