Churos dan Sosej, Dua Snek Mantap Minum Petang

cover 7 1 - Churos dan Sosej, Dua Snek Mantap Minum Petang

Kalau nak minum petang lebih syok, buatlah dua menu yg ada dua rasa berbeza. Misalnya satu manis dan satu lagi lebih berempah. Jadi dua gabungan menu itu membuatkan lebih sedap nak mkn.

Pertama, RASA nak share resipi churos dgn sos coklat ganache. Kedua, resipi sosej bakar madu. Dua-dua resipi ni sesuai utk minum petang. Mantap sungguh rasanya.

CHUROS MINI DENGAN SOS COKLAT GANACHE

1 6 1 - Churos dan Sosej, Dua Snek Mantap Minum Petang

Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
Sedikit esen vanilla
Secubit garam
3 sudu mkn gula
25 gram butter
1 biji telur ayam gred A

Cara memasak
1. Masukkan air, gula, garam, mentega, esen vanilla dan masak sehingga mendidih.
2. Selepas itu masukkan tepung dan gaul cepat-cepat sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan telur. Gaul lagi sampai sebati.
4. Sejukkan seketika, selepas itu blh dibentukkan menggunakan nozel/acuan yg ada.
5. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan taburkan gula icing sedikit sbg hiasan

COKLAT GANACHE

1/2 cawan serbuk koko
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak jagung
1/4 cawan susu cair

Cara memasak
Masak secara double boiled.

Kredit: Nursidah Muhd Amin

SOSEJ BAKAR MADU

2 5 - Churos dan Sosej, Dua Snek Mantap Minum Petang

Bahan-bahan
Sepeket sosej (10 ketul)

Bahan perap
6 sudu mkn kicap manis
2 sudu mkn kicap masin
2 sudu mkn sos cili
2 sudu mkn sos tomato
2 sudu mkn madu
Secubit lada hiitam

Cara memasak
1. Satukan semua bahan perapan ke dlm mangkuk.
2. Masukkan sosej ke dlm bahan perapan tadi dan perap seketika. Bakar di atas kuali rata.
3. Masukkan 3 sudu mkn mentega ke dlm kuali sebelum sosej dibakar.
4. Bakar dengen api perlahan sehingga masak.
5. Bila sosej sudah masak curahkan baki sos tadi.
6. Gaul rata perlahan-lahan supaya sosej tak patah.
7. Selepas masak, angkat sosej ke dlm pinggan. Sedia dihidang.

Kredit: Mak Cik Ratu

Komen anda


Loading...

Tags: #Churos #MANTAP #Minum #petang #Snek #Sosej

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Churos dan Sosej, Dua Snek Mantap Minum Petang"