Chocolate Formage Cake yg sangat sedap!

3Y2A7030 1 - Chocolate Formage Cake yg sangat sedap!

Assalamualaikum
haiii… apa khabar rakan-rakan dan follower-follower ita di luar sana, besar harapan ita agar kalian semua sihat, di berikan kesihatan yg baik, kekal sihat dan ceria di samping keluarga tersayang.
Lama juga tak up date blog ni kan.. tak ada resepi baru yg nak di kongsikan, kalau asyik resepi yg sama pasti terasa bosan pulak kan.

Alhamdulillah ita masih di sini.. di bumi Johor yg indah dan permai ini.. Kebelakangan ini agak sibuk dgn kelas, dgn tempahan kek dan sibuk keluar masuk pergi pos laju utk hantar produk yg di tempah rakan-rakan. Alhamdulillah rezeki Allah , harap rakan-rakan di luar sana juga di berikan rezeki yg melimpah ruah hendaknya..

Ita pasti ramai yg dah tertunggu-tunggu resepi yg bakal ita kongsikan ni. Serius ita katakan kek ni sangat sedap.. tidak terlalu manis, dan tak muak lah kata orang tu.. Bakal menjadi resepi viral ni..

Cara buatnya agak mudah, bahan pun mudah di dapati, tak menyusahkan.. cuma stepnya agak banyak.. nak buat kek, nak buat cream coklat, nak buat krim putih.. tapi serius walaupun banyak step pasti rasa berbaloi dgn keenakkan rasanya yg menusuk terus ke kalbu..
Nape…? tak caya..? cuba buat dan cuba rasakan sendiri kenikmatannya sehingga ke hujung garfu tau!

Oklah kak ita tak nak sembang panjang-panjang, kita terus aje kepada resepi yg bakal di kongsikan.

3Y2A7045 - Chocolate Formage Cake yg sangat sedap!

CHOCOLATE FROMAGE CAKE

Sebelum buat, kak ita nak terangkan dulu setiap step supaya lebih mudah adik-kakak nak faham.

Step pertama, adik-kakak kena sediakan kek span coklat bersaiz 7 inc, ya.. kek ni tak besar ya hanya bersaiz 7 inc sahaja. Utk resepi kek span coklat , adik-kakak  blh rujuk resepi yg ita pernah kongsikan sebelum ini di SINI
Tak banyak pun , sekeping utk lapisan bawah dan sekeping lagi utk buat serdak , atau serbuk kek yg akan di taburkan pd final touch nanti.

Mula-mula sediakan loyang spring form pan macam ni

261733786136 - Chocolate Formage Cake yg sangat sedap!

Kalau tak ada yg macam ni pun blh

product image ab6f3d38 65a5 464f 8780 0e6614824529 1024x102425402x - Chocolate Formage Cake yg sangat sedap!

Tapi kalau yg macam ni adik-kakak kena sediakan satu loyang atau tray yg muat utk letakkan kek saiz 7 inc di sebelah bawah.
Lapik dgn kertas minyak yg di potong memanjang dan lebihkan pd loyang supaya mudah nak angkat atau keluarkan kek dr loyang nanti sebab loyang yg ni tak ada lapik bawah.
ok faham tak?
lepas tu, potong sekeping kek dan letakkan dlm loyang spring form pan ni, macam ni

aa5db2ed c7cb 46c9 93ce 4f338760251b - Chocolate Formage Cake yg sangat sedap!

Dah siap ketepikan, sekarang kita nak buat krim coklat atau kastard coklat dulu, kita lihat bahan-bahan yg kita perlukan

30d484ee cc46 4e54 a9d5 eb2da49b8956 - Chocolate Formage Cake yg sangat sedap!

KRIM COKLAT / KASTARD COKLAT

140 gm cream cheese
20 gm gula caster
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
40 gm Whipping Cream (dairy)
50 gm Dark Chocolat
1 sudu besar  tepung kek / tepung gandum

Putar cream cheese sehingga lembut
masukkan gula
masukkan telur
Masukkan esen vanilla dan putar sehingga lembut dan creamy
masukkan whipping cream dan tepung gandum dan putar sebati
masukkan dark chocolate yg di cairkan ( double boil )
tapis adunan ( adunan agak pekat ) utk dapatkan adunan yg smooth dan tiada ketulan tepung, cheese atau coklat.
Tuang adunan atas kek ( dlm spring form pan ) tadi
Bakar dlm oven suhu 160 C oven rumah dan 170 C oven industri selama 20 – 25 minit
* ingat oven kena panaskan 15 minit awal sebelum masukkan kek

ok dah siap sekarang kita sediakan krim putih atau kastard putih pulak

66c21dab 776e 4c43 bdcf c916cedd5c2b - Chocolate Formage Cake yg sangat sedap!

KRIM PUTIH / KASTARD PUTIH

60 gm cream cheese – lembutkan suhu bilik
20 gm gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
4 gm gelatin
25 gm air
140 gm whipping cream ( dairy)

Hanya menggunakan whisk sahaja, putar atau cream cheese sehingga lembut dan creamy
masukkan kuning telur dan esen vanilla dan kacau sebati
Atas dapur panaskan air dlm periuk ( teknik double boil) letakkan adunan cream cheese dan telur atas periuk berisi air dan kacau rata ( hati2 jangan sampai telur jadi scrambel egg pulak! ) adunan mesti berkrim / creamy.
Gelatin cairkan dahulu bersama air ( double boil / masuk dlm microwave )
Tuangkan gelatin dlm adunan telur dan kacau lagi
akhir sekali masukkan whipping cream
kacau rata

4a89ea87 f17d 4e5e 80aa 943cb50102be - Chocolate Formage Cake yg sangat sedap!

Ini adunan krim coklat yg dah di bakar, biarkan dia suam dulu atau sejuk dulu
Lepas tu tuangkan adunan kastard putih atasnya
Simpan dlm peti ais sampai dia mengeras

* ok ada dua kaedah
1. anda blh asingkan sedikit krim kastard putih utk sapu pd luar kek utk lapisan akhir
2. anda blh sediakan satu lagi krim utk bahagian luar atau blh gunakan whipping cream non dairy yg di putar, mana-mana pun blh
Untuk yg kak ita buat ni kak ita sediakan krim putih sebab kak ita nak ada lagi satu layer di luar yg ya Allah haven nya bila mencair dlm mulut, dia lalu kat anak telak ni.. smooth aje…

KRIM PUTIH 2

30 gm gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
60 gm butter
4 gm gelatin
50 gm air
50 gm coklat putih ( cairkan double boil)
130 gm whipping cream Dary

 Gula icing , telur dan esen vanilla puar dan masak kaedah daouble boil dgn whisk sehingga krim
Tuangkan gelatinyang dah di cairkan cara double boil
Butter putar asing sehingga ghebu, masukkan adunan telur tadi dlm adunan butter, masukkan adunan coklat yg di cairkan kaedah double boil juga
Dalam mixer lain putar whipping cream sehingga soft peak
kaup balik adunan butter dan whipping cream rata

Bila kek kita dah keras, salutkan luar kek dgn krim putih 2
Ambil sekeping lagi kek coklat dan parut dgn penapis sehingga menjadi serbuk halus
salut serbuk kek pd keseluruhan kek
Sejukkan dan sedia di nikmati
Yummy!
Selamat mencuba

3Y2A7013 - Chocolate Formage Cake yg sangat sedap!

3Y2A7066 - Chocolate Formage Cake yg sangat sedap!

Loading...

Tags: #Cake #Chocolate #Formage #sangat #Sedap

author
Author: 
    Kek Milo Kukus | Steam Milo Cake
    Join channel telegram Buat Orang Lapo untuk dapatkan notifikasi dan juga update video
    Tutorial Memasak “Tteokbokki” (Spicy Rice Cake) Versi Indonesia
    Masaknya pake bahan yg ada di Indonesia, jadi rasanya jelas ga sama dengan
    VLOG#182|RESEP BAKSO KENYAL DAN ENAK| RESEP BY ANTI MY FRIEND
    BAHAN BAKSO 1.DAGING SAPI 450GR 2.DAGING AYAM 250 GR 3.BAKING POWDER 1 SENDOK
    Tutorial Memasak mie Ala Cef Koplak
    Saya duwiarsana, di http://duwiarsana.com mencoba memasak mi dengan kompor baru saya yang lama

    Leave a reply "Chocolate Formage Cake yg sangat sedap!"