CHILLED BLUEBERRY CHEESE CAKE WITH STRAWBERRY FRUITS

Loading...

019 3 - CHILLED BLUEBERRY CHEESE CAKE WITH STRAWBERRY FRUITS

Assalamualaikum…
Salam jumaat ..salam penghulu segala hari…dan salam sejahtera buat semua teman yg Uj sayangi.
Dah lama Uj tak membuat kek..Entah kenapa pulak semalam mak sedara calling-calling suruh Uj buat kan sebijik kek cheese utk menyambut ulang thn kelahiran anak bujangnya.
Ya..ampunn..mood nak menngodek kek memanglah kelaut sekarang ni..huhu…Puas jugak Uj bagi macam-macam alasan..tapi last-last tewas jugak Uj dgn pujukan rayunya..Bila dah rela …terpaksalah gi carik bahan kat kedai bakery yg berhampiran.

Okeyla..ni la hasilnya…airtangan dr orang yg tak berapa nak berseni sangat ni..

031 - CHILLED BLUEBERRY CHEESE CAKE WITH STRAWBERRY FRUITS 

Secara kebetulan Uj memang penah buat cheese cake ni dulu dan pernah juga dijadikan sbg buah tangan bila Uj datang bertandang ke rumanhnya dulu.Tapi Uj tak pernah pun kongsikan  resepinya didalam blog sebabnya terrr amatlah malasnya nak mengupdate blog.Pastu maksedara ni calling-calling pulak request kek cheese yg sama sekali lagi …Katanya tak puas mkn.Semua ahli keluarganya suka..Sedaplah tu kan hehe..Alhamdulillah…Uj pun suka cheese cake ni..Rasanya cheesenya tak berat sangat…bila mkn terasa seakan-akan tiramitsu dan dgn kerangupan biskut oreo didasarnya ditambah pulak dgn kelazatan blue berry fruits filling..yumyum…Cer bayangkan…..makan sambil lelap-lelap mata…

020 - CHILLED BLUEBERRY CHEESE CAKE WITH STRAWBERRY FRUITS

Okey bagi sesiapa yg nak mencuba dialu-alukan..Jom kita ke bahannya…

Bahan:

Utk base:
240 g biskut oreo ( uj guna oreo small crushed cookies pieces)
3 sudu bsr metega

Cara:

Gaul biskut oreo yg telah sedia hancur dgn mentega sehingga blh dikepal.
Kemudian tekan biskut dlm loyang lose ring dan simpan
dalam peti sejuk selama15 ~ 20 minit atau bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu
pun bole gak suhunya dlm 160 degree selama10~12 minit)

Bahan utk filling:

500 g krim cheese ( Uj guna tatura)
380 g susu pekat
2  sudu teh serbuk gelatin halal dicampur dgn 1/4 cwn air mendidih ( biar gelatin tu larut )
1/4 cwn whipping cream ( UJ guna jenama value pride)
sedikit blueberry fruits filling utk topping.

Cara:

1.      Putar krim cheese lembut.Addkan susu pekat dan larutan gelatin.Pukul lagi sehingga sebati.
2.      Addkan whipping cream dan pukul rata lagi sehingga sebati.
3.      Tuangkan adunan cheese kedalam  loyang biskut tadi.
4.      Sejukan kedalam petisejuk semalaman sehingga cheese nya mengeras.
5.      Keluarkan dr petisejuk longgarkan loose ring dan sapukan bluberry fruits filling diatas
         kek dan hiaslah mengikut citarasa anda..

Okey jom cuci mata….

030 3 - CHILLED BLUEBERRY CHEESE CAKE WITH STRAWBERRY FRUITS

Cuci mata lagi….nak potong tak blh..orang punya…

008 3 - CHILLED BLUEBERRY CHEESE CAKE WITH STRAWBERRY FRUITS

             Okeyy..Enjoy…

http   signatures.mylivesignature.com 54492 49 A4BCDBC6B9B616367C03192919E97DA1 - CHILLED BLUEBERRY CHEESE CAKE WITH STRAWBERRY FRUITS

Loading...

Tags: #BLUEBERRY #Cake #Cheese #CHILLED #FRUITS #STRAWBERRY

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "CHILLED BLUEBERRY CHEESE CAKE WITH STRAWBERRY FRUITS"